Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1685

Santai Langkawi 2017

$
0
0
✿...السلام عليكم✿

Pada mulanya, anies rancang nak lepak dengan mama je. kira dating berdua laa ni. tapiiii... semuanya tinggal angan2 je bila mana mama beritau mak cik (adik mama) and jam tu juga mak cik cakap dia nak join sekali. seminggu sebelum pergi, pak cik nak ikut sekali. makanya, dari 2 orang terus jadi 4 orang.

okey laa tu... boleh penuh satu kereta. tapi kami tak pergi dengan kereta. kami naik bas je.

disebabkan hari tersebut jatuh cuti umum, maka berlaku laa beberapa perkara yang tak diingini. eee... malas nak cerita. kalau cerita buat sakit hati je...

apa2 pun, Alhamdulillah, kami sampai juga kat Langkawi selepas menempuh perjalanan hampir 12 jam! grrrr...

anies bercerita dengan gambar laa yek...

kami naik feri kat jeti Kuala Kedah. tiket beli online. korang boleh klik kat SINI. tapi kena register dulu laa...

suasana dalam feri. penuh! almaklum laa cuti kan...

Alhamdulillah... dah sampai jeti Kuah. last time datang sini, jeti ni masih under contruction.

kami duduk kat Pantai Chenang. anies dengan mama duduk kat Alpha Motel manakala mak cik dan pak cik duduk kat Nadias Hotel. kenapa terpisah? sebab diorang nak ikut last minit. so, hotel memang dah penuh time tu. tinggal hotel mahal je laa...

sebelum datang ke Langkawi ni, anies memang dah berkira2 nak buat island hopping ni. mak cik and pak cik on je dengan plan ni sebab diorang pun belum pernah cuba lagi. so, hari berikutnya kami pun survey laa service2 yang ditawarkan. kami ambil 1 private bot dan lepas tawar menawar dapat laa RM300... mahal ke murah?

dah sampai ke jeti... mak cik dan pak cik sibuk nak beli selipar...

boleh tahan ramai juga laa pelancong masa ni...

speed boat yang bakal kami naiki... 'melambung-lambung' kami dibuatnya sebab pemandu boat cakap, bila penumpang tak ramai, boat kena laju... tapi syokkkk bila kena kena 'mandi' sekali lagi dengan air laut...

bot berhenti seketika... ingat kan sebab apa... rupanya...

sebab ni laa... Pulau Dayang Bunting... bila snap tak nampak pulak peknen lady nyer... hahaha...

yeayyy... dah sampai....

kami akan berada di sini selama sejam...

suasana depan jeti...

makhluk ni sentiasa ada... diingatkan, JANGAN BAWA SEBARANG MAKANAN. habis nanti kena rampas dengan makhluk ni!




nampak tak? nampak tak??? dia tak kejar pun. macam dah behave dengan manusia yang lalu lalang kat situ...

mendaki untuk sampai ke tasik... tak laa tinggi mana pun...


masa kat sini, turun okey lagi. nak naik semula tu... aduyaiii lemah lutut...

ramai betul umat manusia kat tasik ni...

Tasik Dayang Bunting... orang kata, kalau minum airnya, boleh peknen? betul ke? habis tu, anies minum sikit airnya, maknanya tahun depan akan peknen laa yek? hahahahahahhaahaha

sebelum balik, rendam kaki kat 'spa ikan' ikan keli saja wat2 geli kat tapak kaki ni... ye yu ols... ikan keli kat air masin... silalah percaya!

dari Tasik Dayang Bunting, kami ke sini untuk Eagle Feeding... macam2 jenis burung helang ada kat sini. dan 1st time tengok helang berwarna coklat... sebelum ni nampak yang hitam je...


lepas Eagle Feeding, kami ke Pantai Beras Basah... suka sangat pasir kat pantai ni... halus ya amat! bersih pulak tu!

4 jam ber'island hopping' terasa sangattt kejap... ni yang rasa nak repeat lagi ni!

balik hotel rehat dan solat. lepas tu kami bershopping coklat kat sini. Warisan. kat Warisan ni, ada coklat yang lagi murah dari HIG. tapi tak semua coklat ada kat sini. macam mana pun kena juga pergi HIG.

pastu merayap sekejap kat Cenang Mall...

kat sini pun cari coklat juga. harga pun lebih kurang je...

dari Cenang Mall, anies dengan mama lepak kat sini sampai sunset.

sayangnya tak dapat tengok sunset sebab mendung... sian mama... nak buat macam mana... semua ni bukan kita yang tentukan, kan...

hari berikutnya, yakni hari ketiga, kami pun bertolak balik KL. kejapnya masa... sebelum tu, sempat singgah HIG. cari coklat lagi. hahahahaha... at the end, total semua coklat beratnya nak dekat 10kg! patut laa senget bahuku ini hahaha... dari Jeti Kuah, kami sekali lagi ke jeti Kuala Kedah dan dari sana, kami stop kat stesen KTM Alor Setar... 

maka, berakhirlah cuti2 mesia kami... memang tak puas dan rasa nak repeat lagi... bila tu? entah laa... ada rezeki kami sampai lagi...

okey tu je perkongsian hari ni... thanks 4 reading.... daaa....

masanya hampir tiba!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1685

Trending Articles