✿...السلام عليكم✿
Sinopsis ringkas:
Mike yang berusia 60 tahun dipecat dari syarikat agensi insurans tanpa sebab musabab. pemecatan itu buat dia pening kepala memikirkan anaknya bakal memasuki kolej berprestij dan pastinya ia memerlukan perbelanjaan yang banyak. Mike berat hati untuk meluahkan perkara itu kepada isterinya namun kepada bekas rakan sekerjanya sebelum ini iaitu Murph, dia tidak teragak-agak untuk berkongsi masalah itu.
selama lebih 10 tahun bekerja di agensi insurans itu, Mike berulang alik menggunakan komuter. pada hari yang sama, ketika berada dalam koc, Mike didatangi Joanna. dari pengamatan Mike, Joanna bukan pengguna komuter tegar sepertinya. tanpa diduga, Joanna telah 'membuat' satu tawaran menarik tetapi sangat mencabar untuk Mike selesaikan iaitu, dia perlu mencari seseorang yang menggunakan gelaran Prynnce serta membawa beg dan individu itu sedang berada dalam komuter tersebut dan akan turun di Cold Spring.
Mike akan memperoleh ganjaran sebanyak USD100 000 jika dia berjaya 'memberkas' penumpang komuter bernama Prynnce itu.
dapatkah Mike menjejaki penumpang itu dalam kalangan 1000 penumpang komuter yang lain? siapakah Prynnce? adakah Mike berjaya memperoleh ganjaran USD 100 00 itu?
ulasan:
filem bergenre aksi yang melibatkan criminal conspiracy ini ternyata berjaya buat penonton tak senang duduk. 10 ke 15 minit awal terlalu perlahan kerana banyak fokus pada keluarga bahagia Mike selain tugasnya sebagai agent insurance.
setelah Mike 'terperangkap dalam puzzle' yang dicipta oleh Joanna, maka bermulalah detik2 di mana para penonton mula tertanya-tanya, boleh dan mampukah Mike cari individu yang dimaksudkan dalam tempoh yang sangat pendek itu selain faktor usianya yang sudah melepasi setengah abad itu?
aksi dan persembahan Liam Neeson sekali lagi tidak mengecewakan. pelakon2 pembantu juga dapat menyerlahkan watak'tersembunyi'dengan baik. berlatar belakangkan tren komuter, para penonton pasti berpuas hati kerana cerita ini berjaya disampaikan 'tanpa plot berputar belit' serta ending yang tidak terjangka sama sekali.
daripada 5⭐⭐⭐⭐⭐ anies beri 4 ⭐⭐⭐⭐1/2
dah lama rasanya tak tengok filem yang melibatkan salah laku dan konspirasi dalaman sesebuah organisasi. asyik2 cerita selamatkan dunia, asyik2 cerita superhero yang kena tembak tak mati2 tu. boring! jadi, bagi korang yang 'sealiran' dengan 'taste'anies ni, boleh layan filem ni yang bakal menyerang pawagam seluruh tanahair bermula esok! 11 Januari 2018.
dari Mid V ke 1U... apa2 pun terima kasih budiey.com dan selamat ulangtahun budiey.com yang ke 11! tahun ni ada buat parti lagi tak? kami nak join!!
antara aksi2 menarik dalam The Commuter.
Mike berusaha memisahkan gerabak komuter sambil dibantu penyelia tren.
reaksi Mike lepas dapat tahu dia kena pecat.
Joanna, cantik tapi banyak muslihat.
trailer. credit.
masih berlangsung jemput join ya!
thanks 4 reading!