Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1682

Ada apa dengan kulit pisang?

$
0
0
✿...السلام عليكم✿

Lazimnya, lepas makan pisang kita buang je kan kulitnya tu?

kalau pisang muda, kulitnya diambil dan boleh buat masak lemak pisang, kan?

then, lepas baca entry ni, rasanya korang dah tak buang lagi kot kulit pisang tu sebab ada kegunaan lain yang sangat bermanfaat khusus untuk yu ols yang pentingkan kesihatan wajah.

petua ni anies dapat daripada repost pengasas kosmetik terkenal Huda Beauty - Huda Kattan.

katanya, mereka yang ada masalah jerawat terutama di muka, boleh gunakan kulit pisang (apa sahaja jenis pisang) sebagai alternatif penyembuhan.

caranya mudah je. sapu / gosok kulit pisang (bahagian dalam) ke tempat yang berjerawat tu. kemudian biarkan kulit pisang 'melekat' seketika pada muka selama 5 -10 minit. lastly bilas sampai bersih.

kalau rajin boleh buat tiap2 hari. kalau tak, seminggu 2 -3 kali pun dah memadai.

insya allah, jerawat mudah kecut dan kulit lama kelamaan akan bebas daripada jerawat.

kenapa kulit pisang? macam yu ols sedia maklum, pisang tu sendiri ada pelbagai khasiat di dalamnya. why not kita manfaatkannya sebaik mungkin termasuklah kulitnya? duit pun jimat dan kebersihannya pun terjamin, kan?

thanks 4 reading!

cer teka... ni kulit pisang apa?

dah nak sampai ke penghujungnya... yu ols dah join ke belum??

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1682

Trending Articles