✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Sempena CNY yang baru sahaja diraikan ni, so apa kata hari ni kita update something yang related dengan Cina juga?
Masjid Muhammadiah, Tasek Ipoh, Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Rantau Panjang... dan Masjid Cina Negeri Melaka, Krubong... persamaan yang ada bagi ketiga2 masjid ini adalah ia dibina mengikut ciri2 tradisi masyarakat Cina. insya allah, ada rezeki nak terjah lagi dua masjid tu... hmm ada sapa nak ikut tak?
sebenarnya sesaja je singgah sini. kena pulak time tu baru masuk Zohor. jadi, alang2 dah sampai Cheng, kita lajaklah terus sampai Stadium Hang Jebat.
lokasi masjid ni senang je. terletak kat belakang stadium. sure tak sesat punya. tambah pulak, banyak signboard.
masa kami sampai, ada sekumpulan pelajar tengah berkursus. so suasana masjid tampak sedikit meriah selain jemaah yang singgah macam kami.
kalau korang turun Melaka, jangan lupa singgah masjid ni. in case dah pernah sampai Masjid Muhammadiah Tasek Ipoh, Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Rantau Panjang, why not singgahdan solat kat masjid ni, kan?
mama suh amik gambar dari sini and anak dia pulak, punyalah patuh sebab tak nak nampak anak derhaka sampai sanggup berhenti tengah2 jalan semata2 nak snap pic ni hahahaha
matahari tengah terik time ni... ruang parking yang agak luas tapi anies rasa, time Jumaat tak muat kot nak tampung kenderaan...
kiri dan kanan masjid ni ada menara berbentuk pagoda... terasa nak naik tapi tak naik juga... oh ya, khemah2 tu, bebudak kursus punya...
bangunan sebelah menara tu adalah tandas. sebelah kanan untuk lelaki dan kiri untuk perempuan...
okey, anies dah sampai... korang bila lagi?
bahagian luar tandas wanita...
buluh dan tradisi Cina memang tak dapat dipisahkan...
lobi masjid yang luas...
kalau tak tutup aurat, korang kena laa pakai jubah pink ni...
pintu masuk... ada beberapa peniaga kat ruang lobi masjid ni... tapi diorang tak jual cenderamata...
ruang solat wanita... yang menariknya, telekung kat sini bukan warna putih sebaliknya warna hijau dan merah... sama macam cat masjid ni... mama senyum2 bila nampak telekung warna merah hahahah
masjid ni terletak belakang stadium ni...
okey tu je perkongsian hari ni... yang masih bercuti, selamat tambah lemak. yang dah kena kerja, jangan ngulor yaaa
daaa... thanks 4 reading!