Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1683

#PremiereWithBudiey #BudieyDotCom #DeathWish2018

$
0
0
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Sinopsis ringkas:

Dr. Paul Kersey merupakan pakar bedah dan memiliki keluarga bahagia. seorang yang sangat penyayang dan mengambil berat terhadap isterinya, Joanna serta anak tunggal mereka, Jordan. suatu hari, merka bercadang hendak membuat majlis hari lahir Dr. Paul. ketika sedang bersiap untuk ke majlis, Dr. Paul dapat oncall dan terpaksa bergegas ke hospital. majlis itu terpaksa ditangguhkan. 

pun begitu, isteri dan anaknya bercadang hendak membuatkan kek untuk Dr. Paul. sewaktu sedang menyediakan kek, tiba-tiba rumah mereka dipecah masuk 3 perompak. mereka memaksa Joanna membuka peti besi sementara Jordan diikat. walaupun perompak berjaya mengambil barang2 berharga, namun malang bagi Joanna dan Jordan. kedua-duanya ditembak dan akhirnya Joanna menghembuskan nafas terakhir.

Dr. Paul seakan tidak percaya dan sukar menerima kenyataan itu. ketika proses 'melupakan' peristiwa tersebut, dia dapat idea bagaimana hendak menjejaki pembunuh isterinya.

apa yang bakal Dr. Paul lakukan? berjayakah dia menjejaki semua perompak tersebut? adakah tindakannya itu berjaya atau sebaliknya?

daripada⭐⭐⭐⭐⭐ anies beri ⭐⭐⭐1/2

filem ini diadaptasi daripada novel karya Brian Garfield tetapi tidak menjadi best seller walaupun filemnya pernah diterbitkan pada1974.

plot filem aksi penyiasatan ini pada mula 'bergerak' agak perlahan kerana banyak memfokuskan kepada situasi dalam keluarga Dr. Kersey. untuk capai ke klimaks cerita pun memakan masa hampir sejam. jadi penonton mungkin ada rasa sedikit bosan untuk menunggu bilakah Dr. Kersey mahu bertindak sepenuhnya demi menebus kematian isterinya.

lagi satu, anies secara peribadi kurang berminat apabila wujud watak polis yang bersikap'dungu'. macam tak reti buat apa-apa. just mengagak sahaja dan tak buat apa2 tindakan. so, dari situ akan terbit rasa geram dan menyampah hahahah...

btw, ni cuma pandangananies je ya. lain orang lain pandangannya.

so, kepada korang yang nak tengok filem ni, ia telah pun menyerang seluruh pawagam tanah air mulai semalam, 1 Mac 2018.
terima kasih kepada budiey.com atas 2 pass tayangan perdana filem Death Wish ini. dah lama rasanya tak tengok / datang ke Jaya Supermarket @ SS14 Petaling Jaya ni.

antara aksi2 menarik dalam Death Wish yang berdurasi selama 1 jam 48 minit.

dua pegawai polis yang bertanggungjawab mengendalikan kes kematian Joanna sedang mencari Dr. Kersey di pejabatnya.

Dr. Kersey sedang mencari barang milik perompak rumahnya yang mati ditembak...

Dr. Kersey'sedang menyeksa' salah seorang perompak yang berjaya dijejakinya...

Dr. Kersey dan bapa mertuanya sebaik sahaja pulang daripada pengkebumian Joanna dan bapa mertuanya ternampak penceroboh ladang...

Dr. Kersey sedang bersedia untuk menyeksa pembunuh isterinya..


credit gambar

tu je. selamat menonton.

daaaa

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1683

Trending Articles