✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Balik dari Bangi lepas jumpa member, singgah sekejap kat IOI Mall Putrajaya. dah lama teringin sebenarnya nak try kek2 kat kiosk ni.
yang selalu ke IOI ni mesti dah familiar dengan kiosk ni kan?
kalau korang nak singgah sini, lokasinya senang je... di tingkat 1, bersebelahan Marrybrown atau lebih tepat lagi, betul2 depan lapangan ski.
selain2 kek2 yang anies makan ni, ada banyak lagi kek2 yang sedap dan korang boleh try.
kiosknya tak besar mana pun. so sila bertabah kalau korang nak makan kat sini tapi meja dah penuh...
kat sini, korang kena bayar dulu ya sebelum makan. nanti diorang akan hantar kek ke meja... harga kek2 kat sini, sama je macam harga kek kat kedai lain. kalau tak silap anies, ada kek tertentu yang mana kalau korang buat belian kedua untuk kek yang sama, akan dapat diskaun 50%
antara kek yang dah lama nak rasa - pandan gula melaka (PGM). rasanya? memang sedap tapi.... manissss ya amat macam orang yang makan tu 😂😂😂😂
pada mulanya tak nak pun makan beery cheese tart ni. tapi lepas tu, rasa memang patut anies makan sebab boleh balance kan rasa manis kek PGM dengan buah berry yang masam ni...
tapau tiramisu... rasa macam pelik sikit tiramisu ni... macam ada inti kelapa di dalamnya... ke... tekak anies yang rasa lain? hmm...
earl grey tea... kalau order teh atau kopi, korang boleh refill FOC... tapi 1 jug kecil tu pun tak habis...
boleh baca tak? alaa...zoom laa sendiri!
okey laa.. tu je perkongsian hari ni... jangan lupa, kalau ke sini belanjaanies tau! eh ehh... 😁😁
thanks 4 reading!
website Gula Cakery klik SINI
IG Gula Cakery klik SINI
FB Gula Cakery klik SINI