Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1682

Singgah sekejap di Matta Fair 2018

$
0
0
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Selama penganjuran program ni, jujur cakap... anies tak pernah jejak sekali pun ke sini. why? sebabnya... rasa macam tak ada keperluan untuk datang. yelah kan... kita ni nak bercuti pun kena bercatu... hahaha...

so, Sabtu lepas, kerana satu hal ni... maka 'terjejaklah' juga (apa punya ayat daa...) anies kat program ni... dalam hati dah buat tanggapan, mesti orang tak ramai punyalah... yelah, macam yang kita tahu, ekonomi pun tak berapa nak best, so mungkin 'feeling2' nak bercuti, berjimba tu sedikit sebanyak mengganggu perancangan...

tapiiiii tanggapan tu meleset sama sekali. bila sampai je kat stesen LRT dan tengok keadaan... mak aiiii... ramainya umat manusia! maknanya... 'kaya' juga laa orang Malaysia ni kan? gawat2 pun, masih ramai yang nak bercuti!

bila sampai je kat PWTC, jumlah yang aniesnampak kat LRT tu lagi berganda2... berbaris panjang yang nak beli tiket masuk.

so kesimpulannya... rakyat Malaysia ni memang suka bercuti. buktinya, lelaki perempuan, tua muda, tak kira bangsa... semua pakat serbu program yang berlangsung setahun sekali ni...

oh ya... bagi warga Utara... Matta Fair ni akan berlangsung di Penang pada penghujung bulan ni... so, jangan lepaskan peluang kalau nak grab pakej2 menarik yang ditawarkan! (ayat macam promoter Matta Fair kek dah nyer

tapi, pesan anies... jangan mudah kelabu mata ya bila tengok pakej2 murah. selidik habis2an... sebab bukan semua pakej yang ditawarkan includes flight tix and hotel...  so sila buat pilihan bijak ya!

eh, terpanjang pulak dah bebelnya...

sebahagian pic yang sempat anies snap...

queue untuk dapatkan tiket masuk. boleh juga kalau beli online. just redeem je kat kaunter.  

pastikan tag yang dapat tu pakai cepat2 sebelum masuk ya.. tag berlainan warna diberi mengikut hari program... 

sebanyak 4 buah dewan digunakan... Dewan Tun Razak 3 untuk destinasi pelancongan antarabangsa... Dewan Tun Razak 4 untuk destinasi pelancongan dalam negara. so nak grab pakej taman tema murah, boleh terus ke tingkat 4. manakala Dewan Tun Razak 1 & 2 (seberang sungai), ada umrah pavilion serta agensi2 pelancongan besar termasuklah wakil tourism dari pelbagai negara seperi Taiwan, Korea, Jepun dan sebagainya...

suasana di Dewan Tun Razak 3...

dewan Tun Razak 4... setiap agensi pelancongan negeri mengambil bahagian... so kat sini laa korang boleh dapatkan pakej2 menarik untuk melancong dalam negeri seperti taman negara, taman tema dsb.

tengok tu! ramai kan?

ni pulak kat Dewan Tun Razak 2

sesak!

kat sini, Dewan Tun Razak 1, selain informasi tentang produk pelancongan, ada acara2 pentas disediakan untuk pengunjung yang hadir. korang boleh bawa pulang hadiah2 yang ditawarkan...

tiap booth penuh dengan orang ramai...

dan sebelum balik, mem besar wajib cuba teh tarik PWTC.. tapi kali ni amik teh tarik ais... oh diet ku...

okey, tu je perkongsian hari ni... warga Utara, jangan lupa serbu Matta Fair hujung bulan ni tau!

thanks 4 reading... 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1682

Trending Articles