Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1682

Borderless brotherhood : Pasentren Darul Ikhlas, Cikarang, West Bekasi

$
0
0
...السلام عليكم

Daerah Cikarang ni terletak antara Jakarta - Bandung.
perjalanan ke sini memakan masa hampir dua jam.
tu pun kalau tak terperangkap dalam jammed.

FYI, pasentren (sekolah pondok) ni adalah milik salah seorang staf Ana Muslim cawangan Indonesia.
kami memanggilnya Ustaz Arsil.
ustaz Arsil ni juga merupakan salah seorang graduan Master dari UIAM.
dan boleh dikatakan saban tahun, beliau akan ke AM Malaysia atas faktor2 tugasan.

sebenarnya pasentren ni baru berusia 2 tahun.
bilangan pelajarnya (mereka dipanggil santi) baru mencecah 56 orang.
dan insya-Allah pada penggal yang akan berlangsung tidak lama lagi (kalau tak silap bulan 6), pasentren ni bakal menerima santi baharu.
setakat ni belum ada lagi santi dari kalangan perempuan.

FYI juga, pendidikan tahfiz dan agama menjadi modul utama yang digunapakai di pasentren ini.
akan tetapi, subjek2 seperti English, Matematik, Sains, Sejarah etc. turut diajar di sini.

antara kemudahan yang disediakan adalah kelas, makmal, asrama, kantin, masjid, padang futsal dan lain2.
rata2 santi yang belajar di sini terdiri daripada warga tempatan yang berusia antara 11 - 17 tahun.

pasentren ni terletak di tengah2 sawah padi.
sayangnya, ketika anies sampai, waktu malam dah menjelang.
so, harapan nak tengok kawasan kampung nan menghijau tak kesampaian...

so, layankan je la yek apa yang ada ni.. ;-)

ketika sampi di tol Cikarang ni, hujan turun renyai2.
ingatkan masa tu dah nak sampai.
rupanya2, jalan nak masuk ke pasentren ni...
ya Allah... jauh ya amat!

sepanjang jalan masuk ke pasentren ni,
 yu ols akan jumpa pelbagai jenis jualan.
dari makanan sampailah ke barangan keperluan harian.


jarang kita jumpa kat Malaysia.
lazimnya pemilik kereta yang berderet menunggu untuk isi minyak.
tapi kat Jakarta / Bandung, pemilik motorsikal yang paling ramai beratur untuk isi minyak.

para santi menyambut kedatangan kami.
sebelum kami sampai, ada yang tertanya2:
macam mana ya muka orang Malaysia ni?
adakah sama macam muka kita?
hehehe...

ni masjid di pasentren.
sebaik sampai, kami bersolat Isyak berjemaah bersama2 para santi.

bangunan asrama khusus untuk pelajar tahfiz.

pondok terbuka ni bersebelahan dengan kolam ikan.
ada beratus2 ekor ikan.
tapi oleh kerana dah malam, kami cuma dapat dengar air berkocak je.
kebanyakan bekalan ikan untuk pasentren ni diambil dari kolam ni.

ustaz Arsil (tiga dari kanan).

dessert ni memang sedap.
anies tambah sampai dua kali!
lepas tu, siap minta resepi sekali!
nanti anies share okey!
selain dessert ni, kami juga dihidangkan dengan nasi putih, sup daging lembu (pedas giler!), sate dan kari kambing.
semua sedap2 belaka!

khusyuk mengadap dessert.

isteri ustaz Arsil (bertudung hitam).

mendengar taklimat yang disampaikan oleh ustaz Arsil tentang pasentren beliau.
yang berjubah putih = santi.

bersalaman sebelum kami pulang.

insya-Allah, kalau ada rezeki nak datang lagi ke sini.
tapi bukan waktu malam laa...

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1682

Trending Articles