Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1682

Lepas gian -- nasi durian

$
0
0
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Musim durian kali ni memang betul2 dahsyat laa... kalau bandingkan 2 - 3 tahun lepas tak macam ni. laa ni pergi mana2 ada je orang jual durian tepi jalan. baik yang berlonggok atau dijual atas 4WD or van or bonet kereta... semuanya menggoda nafsusambil jeling purse yang tak berapa nak kembung...

baru2 ni member anies beritahu kenapa durian musang king harganya tak semahal sebelum ni. dia ke pasar dan bertemu penjual durian. katanya, tahun ni China dan Singapura tak import durian dari Malaysia... tak tahu laa sebab apa... kerana tulah harga durian boleh dikatakan 'mampu beli' berbanding sebelumnya yang hanya 'mampu tengok' je...

dan kelmarin, ada seorang member mesej dalam WA group. dia sudi belikan durian tapi dalam kuantiti yang banyaklah. beli banyak dapat murah. RM7 sekilo. apa lagi, member2 yang lain menggelupur laa dalam WA tu bila dengar durian murah. yang taip entry ni pun 2x5 juga. tak tunggu lama terus je bank in duit hahaha...

Alhamdulillah, semalam petang dah dapat. balik kerja terus beli kelapa parut. sampai je rumah, terus tanak nasi. dia punya excited tu tak leh nak cakap. nak solat Asar pun dah terbayang2 nasi durian hahahaha ya Allah... ampunkanlah hamba-Mu ini...

siap solat, nasi dah masak, then terus je blend kelapa parut. tujuannya nak dapatkan santan pekat. dah siap semua, tinggal nak kopek durian je. bila dah kopek...ya Allah... semerbaknya bau duriannnnnnn!!! tak tunggu lama, terus je ngap seulas dua. terpejam2 dapat makan durian dari Hulu Langat / Semenyih.

sori terguna flash sebab makan dalam gua hahaha... tak laa... ni laa duriannya... RM20 dapat 3 biji alhamdulillah... puas sangat2!

tunggang terbalik dibuatnya... tak pe... yang penting dah selamat masuk perut dengan jayanya... walaupun saiznya nampak kecil, tapi isinya sangat2 besar, tebal, tak terlalu manis, ada pahit2 sikit tapi tu masa mula2 makan je. tapi lepas tu dah tak rasa lagi. dan yang paling best, of coz laa... bijinya kecil / kempis! fuh!!! tabik spring kat member yang pandai pilih durian ni!

ni laa dia nasi durian yang dah lebih 10 tahun kot anies tak jamah... serius! memang dah lama tak makan nasi durian ni. tak tahulah kenapa... mungkin sebab harga durian yang mahal kot. 

alkisah, nasi durian ni adalah resepi arwah atok. dulu, belakang rumah opah ada pokok durian. setiap kali durian gugur, arwah atok memang tak sah kalau tak buat nasi durian ni. arwah kalau makan nasi durian ni tiap2 hari relaks je... kitorang yang tengok pulak rasa seram sejuk. then kalau kami makan nasi durian sama2, mesti akan makan lepas solat Isyak. sebab lepas tu nak tunggang terbalik pekena durian no hal. sebab dah solat😊😊😊

nak resepi ke?

bahan2:
nasi putih
air masak
santan
gula melaka / gula merah
isi durian
cara membuat:1. perah / blend santan dengan air masak. kalau guna air paip, didihkan santan seketika tapi rasanya 'kureng' sikit. kalau guna santan kotak, sorry to saya - 'out' rasanya! dan hanya santan perahan pertama sahaja yang digunakan.
2. kalau guna gula melaka, hiris terlebih dahulu. bukan letak seketul gula tu ya...
3. campurkan semua bahan dan sedia untuk dimakan.
p/s kalau durian lebih, maka gula melaka/ gula merah pun kena lebih juga. kalau tak nanti cepat muak.

ni pulak, gambar2 durian yang member2 turut beli sama dan share dalam WA group... perghhh... memang best dapat member2 yang hantu durian ni! dan paling best bila ada orang dalam opis yang tak suka durian hahaahaha... pening beb!






p/s sorry, anies tak tahu ni durian nama / gred apa...


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1682

Trending Articles