Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Lepak sekejap @ The Baking Bachelor Cafe & Studio

$
0
0
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Sabtu lepas, alang2 dah sampai Kota Damansara, kami panjangkan langkah ke kafe ni. dah lama sebenarnya nak singgah tapi tu laa... belum berkesempatan.

lokasi kafe ni senang je. bersebelahan The Strand shopping mall, sebaris dengan Mumu Scarves dan berada di atas butik The Geroboc. bila dah sampai, parking payahlah pulak nak cari. nak tak nak terpaksalah menapak...

bila dah sampai kat kafe ni, kami blank sekejap. sebabnya tak tau nak makan apa. semua dessert sedap2 belaka. semuanya rasa nak telan. hahaha...

belek punya belek and since tak pernah lagi cuba burn bake cheese cake, jadi jomlah kita try. dan satu lagi, signature the baking bachelor... tak lain tak bukan... variety donutnya yang buat kita rambang nak pilih! waduhhh...

kafe ni tutup hari Isnin ya...

burn bake cheese cake. hitam jangan disangka tak sedap... try dulu! memang sedap dan tak pahit pun...

donut perisa mint kalau tak silap... ikut hati nak tambah tapi perut still kenyang lagi masa tu... cukuplah sebiji. ada masa nanti boleh makan lagi.

air vitamin katanya... since tak ada kopi sejuk, minum je laa yang ni

'kaunter kek'.. makan dulu baru bayar. boleh juga take away... setiap kek harnya berbeza ya. selain cheese cake, ada juga nutella pie, pandan gula melaka, red velvet dsb.

suasana dalam kafe...

pintu masuk.. kami hampir tak percaya masa dah sampai sini.. ingatkan silap kedai😆 kat sini juga turut disediakan studiokelas bakery...

pintu masuk dari tingkat bawah...

landmark.. Mumu Scarves.. sori gambar gegar...

sebelum balik singgah sekejap The Strand...

tu je untuk hari ni.. thanks 4 reading... anies belum start BW... sabar ya...

InstagramThe Baking Bachelor. SINI

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Trending Articles