✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
bila tengok tulisan, hmm... dah boleh agak dah siapa pengirimnya...
terima kasih banyak2 kak PI! ni buku ke 5 (rasanya) anies terima daripada kak PI atau kak Paridah Ishak sejak kami 'berkenalan' menerusi alam maya ni.
kak PI ni orang sastera, tau! bukan sahaja pandai tulis novel tapi juga boleh tulis puisi, pantun, sajak, gurindam dsb. mungkin kak PI juga boleh tulis lirik kalau ada yang nak sentuhan beliau... betul tak kak PI? ;-)
secara ringkas, judul2 puisi yang terkandung dalam buku ni hasil sentuhan kak PI:
- Seraya Mengerdip Mata
- Melucut Ego
- Kurungan Alogia
- Kayu Kayu Pancang Itu
- Pipit Dan Enggang
- Pantun Seloka
fuh... tengok judul je dah seram sejuk. bukan sebab takut tapi sebab 'bahasa sastera' ni... salute lah kak PI!
so, what are you waiting for? silalah follow blog kak PI ni.
kalau nak dapatkan buku ni pun, mungkin boleh tanya terus kot kat kak PI. sebab kalau nak cari kat kedai buku, mungkin tak ada. tapi kalau pergi kedai buku @ Menara DBP mungkin ada kot... ni nombor ISBN buku: 978-967-14571-6-0
thanks 4 reading...
happy weekends!