Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1682

Taipei, Taiwan: shopaholic abroad - Shilin Night Market

$
0
0
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

Taiwan memang terkenal dengan pasar malamnya. Tak sama macam pasar malam kat Malaysia ni yang cuma beroperasi pada hari2 tertentu sahaja tapi kat sini, pasar malamnya beroperasi hampir setiap malam! Dan apa yang membuatkannya meriah adalah, kewujudan stall2 dan gerai2 kecil yang jumlahnya sangat banyak!

Shilin Night Market (SNM) adalah antara pasar malam wajib singgah kalau dah sampai Taipei. Ada juga pasar malam lain yang besar dan meriah tapi SNM berada di tangga teratas.

Untuk ke sini senang je. Just naik MRT(line merah) dan berhenti di stesen Jiantan. Then jalan kaki kira2 70 meter je, dah pun sampai. Tak payah risau fasal sesat sebab orang sangat2 ramai lebih2 lagi kalau korang pergi selepas pukul 6.00 petang.

Kami memang dah pasang hajat nak 'buang duit' kat sini. Yelah... lepas ni dah nak balik Malaysia. Bila lagi nak gunakan duit Taiwan yang ada tu? Kalau laku duit tu kat Malaysia, tu lain cerita hahaha
Maka, menapaklah kami dari satu gerai ke satu gerai. Ada yang berniaga tanpa payung, ada yang berniaga bawah bumbung, ada yang berniaga just bentang tikar kat kaki lima... pendek kata, macam2 ragam peniaga. Walaupun mereka jual barang2 yang hampir sama, namun itu bukan masalah besar. Anies perhatikan, ada je pengunjung yang singgah membeli walaupun si penjual hanya bentang tikar dan jual stoking.

Kami merayau sambil perhatikan barang yang nak dibeli. Nak beli makanan memang taklah sebabnya makananhalal tu memang meragukan. Yang boleh dimakan cuma buah-buahan je. Bila tengok buah-buahan potong yang dijual, memang boleh terliur. Nina sempat beli jambu buat alas perut. Sedap dan manis pulak tu! Memang tak rugi membelinya.

Kami berada kat sini lebih kurang dua jam. Ingatkan sebelum balik nak pekena ais mango tapi tak jumpa / mahal.

Puas merayau, puas membeli belah, kami pun balik ke hotel dengan MRT...

dah selamat sampai di Stesen Jiantan. pastikan korang tak terkeliru kalau nak ke sini sebab di line merah MRT ni juga ada Stesen Shilin. tapi jarak antara Stesen Shilin ke SNM agak jauh. dan stesen MRT paling dekat dengan SNM adalan stesen Jiantan. ingat tau, Stesen Jiantan!

dah sampai! jom kita masuk!

pemandangan biasa kat SNM...

gerai buah... geram tau bila tengok buah-buahan ni. rasa nak angkut semua bawa balik Malaysia!

ni lah jambu nina beli. sedapppp... tapi tak boleh kalah epal yang kitorang beli kat Carrefour. boleh baca kat SINI.

maaflah ya kalau gambar gegar atau blur sebab sambil jalan sambil snap... tengok tu! ramai kan umat manusia! sampai berlaga tumit hehehe...

gerai tikam-tikam macam ni memang banyaakkkkk sangat. nasib baiklah iman kitorang masih kukuh, kebal dan mantap. hahaha... kalau tak, mau terjerat juga sebab terliur tengok teddy bear yang gedabak sebesar alam tu hahahaha....

kami masuk ke bahagian berbumbung... rambang mata oiii bila tengok macam2 barang nak beli....

rasanya casing hp paling banyak dijual kat sini... nak yang mahal, yang murah...semua ada!

beg2 comel macam ni memang banyak dijual...

siapa suka t-shirt 'I 💓...' boleh cari kat sini. boleh tawar menawar. kalau beli banyak, lagi banyak diskaun...

udang hidup pun ada juga...

do you see what i see? hahahaha...

mochi halal... macam mana tahu halal? sebab kat kotak tu ada logo halal...

ais krim...

okey... tu je perkongsian hari ni... 
thanks 4 reading... 
daaa....

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1682

Trending Articles