✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
Hari ni hari malas sedunia hahaha... so mem besar turut terkena angin kemalasan walaupun hati meronta2 nak update.
Jadi, nak update punya pasal kita layankan jelah. Tapi malas nak taip panjang2. Dan macam biasa, point by point laa yek.
Kalau tak faham, tanya je kat kotak komen kat bawah.
💙untuk ke TZ, kami menggunakan Bannan Line (laluan biru) dan berhenti di Stesen Zhongxiao Fuxing.
💙dari Stesen Zhongxiao Fuxing kami tukar laluan coklat (Wenwu Line) [platform cuma bersebelahan je] dan terus ke Stesen MRT Taipei Zoo.
💙sebaik tiba, kami jalan kaki ke Maokong Gondola (MG). Jaraknya cuma 500 meter je.
💙orang agak ramai tengah beratur nak beli tiket. Kalau nak cepat, sila guna Easycard. Tapi untuk laluan pergi ni, kami beratur beli tiket kat kaunter. Balik nanti baru guna Easycard. Kalau guna Easycard boleh dapat diskaun.
💙lebih kurang 15 – 20 minit menunggu turn untuk naik gondola sebab orang sangat ramai (cuti Labour Day)
💙bila dapat turn naik MG, ingatkan boleh berdua je, rupanya kena share dengan 2 penumpang lain. Nasib baik perempuan...
💙MG ni ada 3 stesen transit. Dan harga tiket MG untuk ke setiap stesen transit berbeza.
💙stesen transit MG adalah Taipei Zoo South Station, Zhinan Temple Station dan Maokong Station.
💙view dari atas MG memang awesome! Lebih2 lagi view lereng bukit dan gunung ganang. Siapa suka alam semula jadi, nah! Ni peluangnya!
💙seperkara yang perlu korang tahu, sebelum ke MG, tolong check website MG. Sebab ada waktu2 tertentu, MG close for maintenance spot check. Biasanya makan masa lebih seminggu. Ingat, check website MG sebelum datang!
💙sebaik keluar dari stesen terakhir, kami pun merayau2 kat sekitar kawasan tu. Banyak peniaga tepi jalan tapi kebanyakannya menjual makanan dan minuman.
💙nina singgah beli ais krim (green tea – kalau tak silap) and anies pulak bantai air tebu. Punya sedap air tebu dia...sampai teringat2 hahahaha
💙hampir sejam merayau2, kami kembali ke stesen dan berpatah balik dengan MG hingga ke stesen di mana kami naik tadi.
💙Alhamdulillah... tak sangka datang ke Taipei dapat naik cable car sampai 2 kali. Thanks nina sebab kemukakan plan ke MG... err... bila kita nak ke Taiwan lagi ni? hahahahaha
💙tak ingat ada shoot video ke tak masa kat sini. kalau ada nanti anies update.
dah sampai kat stesen MRT TZ...then ikut je signboard...
stsen ni juga dikenali sebagai Taipei Zoo Station. so, jangan keliru dengan MRT Taipei Zoo ya...
Maokong Gondola Service Information. kat situ juga ada kedai MG souvenir... tapi mahal lor...
as i said, orang ramai giler... tapi kejap je kena beratur tu...
tunggu turn... kalau tak silap kena bayar guna tunai. beli online pun boleh juga. tapi bayar guna Easycard lagi best sebab dapat diskaun 20%
tiket kami...
dah sampai kat platform... tunggu turn nak naik gondola...
yeay...gondola pink kami dah sampai...
ketinggian dan jarak dari satu stesen ke satu stesen lain...
view dari atas MG
bila gondola berhenti di stesen transit...
dah sampai di stesen terakhir... jom merayau!
ada 2 cabang jalan. kami ikut jalan yang ni sampai ke hujung...
sambil jalan snap laa apa2 yang patut...
okey, jom balik...
2 amoi ni satu gondola dengan kami otw balik...
otw pergi tak dapat snap dekat2... dah balik baru dapat...
singgah sekejap kat kedai MG souvenir... tak beli apa2 sebab mahal...
okey tu je perkongsian hari ni... thanks 4 reading..
have a nice weekends!
daaaa