✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Kita sering tertanya, kenapa rezeki sekian sekian, payah dan sukar nak lekat kat aku? Kenapa aku dah buat macam2, tapi semua tak jadi? Kenapa aku dah berusaha sampai ke akhir, tup tup rezeki tu beralih kepada orang lain? Kenapa aku berniaga, tapi duit keluar macam air? Kenapa aku berniaga, tapi tak ada pelanggan? Kenapa aku berniaga, tapi dalam tabung, satu sen pun tak ada yang disimpan? Kenapa aku dah berusaha untuk zuriat, tapi Allah tak beri walaupun kami suami isteri sihat tak ada penyakit? Kenapa aku hidup mewah tapi hati aku tak senang? Kenapa aku dapat dean list every semester, tapi seorang pun tak nak kawan dengan aku? Kenapa aku gaji beribu-ribu, tapi selalu tak cukup?
Mungkin sebahagian daripada apa yang disebut di atas, ada kaitan dengan perkara berikut....
1. Tak bersyukur.
2. Tak / malas beribadah.
3. Hubungan dengan ibu bapa renggang / bermasalah.
4. Hubungan dengan adik beradik 'longgar', 'panas'.
5. Banyak merungut, mengomel, komplen.
6. Dengki dengan rezeki orang.
7. Percaya perkara khurafat / syirik.
8. Tak tutup aurat dengan sempurna.
9. Ada ilmu tapi malas nak amalkan.
10. Tiada usaha untuk tambah amal sebaliknya dosa sedia ada semakin bertimbun.
11. Baca Al-Quran atau Al-Quran hanya sekadar hiasan. Tiada amalan, tak hormat dan paling malang, dah tahu tak reti baca tak nak belajar.
12. Ego, rasa diri dah serba-serbi pandai.
13. Kedekut ilmu walaupun ilmu masak nasi.
14. Banyak bergatung pada manusia, bukan bergantung pada Maha Pemberi Rezeki.
15. Aniaya haiwan.
16. Rosakkan alam sekitar.
17. 'Ujub / bangga diri berlebihan.
18. Tak terdetik dalam hati untuk bertaubat.
19. Mempersoal / memperlekeh pandangan alim ulama'.
20. Jarang jejak masjid / musolla.
21. Tiada usaha untuk tambah ilmu lebih2 lagi ilmu akhirat.
22. Ada sebahagian pendapatan sumbernya haram.
23. Culas / mengular sewaktu menjalankan tugas.
24. Hidup dengan rasuah.
25. Jarang jenguk / tanya khabar mak ayah di kampung / rumah.
26. Suami / isteri sama2 lalai dengan perintah Allah.
27. Suami / isteri buat jahat namun tak menegur. Lebih banyak mengunci mulut.
28. Selalu marah anak2 tanpa sebab musabab. Lebih teruk, tuduh anak-anak pembawa malang.
29. Tak jaga kebersihan diri.
30. Hisap rokok / vape / tembakau / curut
ini cuma sebahagian sahaja... kalau nak share, silakan.
sumber: emel.
gambar sekadar hiasan