Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Konsert Koir Kebangsaan Malaysia 2018 '9' Koleksi Terunggul @ Auditorium Perdana Angkasapuri

$
0
0
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

First of all, terima kasih banyak2 kepada cikgu (panggilan kami kepada beliau meskipun dah pencen) atas jemputan ke konsert ni.

sebelum ni, selalu jugalah cikgu ajak anies ke konsert, teater etc tapi lepas dia berhenti, dah jarang dah dapat peluang tu.

back to the title... konsert ni berlangsung pada minggu lepas. anies sengaja share ceritanya hari ni sebab ESOK dan 8hb DISEMBER ada siaran ulangannya di TV1 jam 3.00 petang (kalau tak silap).
so, kalau korang tak ke mana2 esok, bolehlah tengok konsert koir kebangsaan ni. manalah tau kan, tetiba kamera terzoom kat muka mem besar... hah... baru korang tahu glamer ke tak mem besar ni hahahahaha...

dan macam biasa, beberapa keping gambar yang sempat anies snap sepanjang berada kat Auditorium Perdana Angkasapuri. cekidaut!

p/s kualiti gambar tak memuaskan. minta maaf banyak2...


kat pintu masuk auditorium...

tiket masuk. konsert ni berlangsung selama 2 hari berturut2...

disebabkan 1st time datang ke sini, konfius sekejap. takkanlah auditorium tu berlangsung kat Wisma Radio? macam tak logik je. lepas tengok direction, barulah faham... hehehe

kat lobi Wisma Radio...beberapa keping gambar pemenang pertandingan nyanyian yang pernah RTM anjurkan termasuklah bekas juara Bintang HMI, Dato' Siti Nurhaliza...

auditorium P.Ramlee. berada dalam bangunan Wisma Radio...

direktori Wisma Radio

orang ramai dah menunggu depan pintu masuk auditorium..

dalam auditorium sebaik sahaja penonton dibenarkan masuk... sejuk oiii... dapat pulak seat belakang air cond...

pentas utama. sebenarnya anies nak tunjukkan lampu2 yang tergantung tu...banyak ya amattt

persembahan pembukaan. Mek Mulung Cycle. lagu tradisional diubah sedikit dan dimasukkan elemen soprano. best sangat!

anies terlupa masa ni diorang dendangkan lagu apa tapi penyanyi yang pakai baju merah tu suara dia perghhh... soprano beb!! salute!

persembahan Mek Mulung Cycle...

koir juga mengenengahkan lagu2 tradisional orang asli tempatan dan diberi nafas baru selari dengan aliran koir itu sendiri...

koir lelaki sedang menyampaikan lagu dari filem Penarik Becha yang diubah suai... 

koir mempersembahan sebuah lagu terkenal dari Itali yang menceritakan seorang lelaki Jerman jatuh cinta dengan wanita Itali. lagu ni berunsur humor dan disampaikan secara santai...

persembahan lagu Toyol, nyanyian Allahyarham Dato' Sudirman. persembahan ni anies pernah saksikan sebelum ni. boleh baca kat SINI.

persembahan lagu Phantom of The Opera... semua lagu2 Inggeris yang dah diubahsuai...

persembahan daripada anak2 ASWARA (kalau tak silap) sempena tribute to Pak Ngah (komposer terkenal dengan lagu2 asli)

juga persembahan lagu2 irama Malaysia sempena tribute to Pak Ngah...

persembahan lagu2 yang dipetik dari filem2 blockbuster Shahrukh Khan... ada 3 buah lagu terkenal dan diubahsuai mengikut rentak koir...

persembahan lagu Sampaikan Salam nyayian Allahyarham Dato Sudirman... masa ni rasa sayu sangat... aduyaiiii sapalah yang potong bawang dalam auditorium niiii....

antara mereka yang telah menjayakan konsert kali ini... kumpulan koir ini dibimbing oleh Dato' Syafinaz Selamat tapi dia tak datang sebab ada komitmen dengan Mentor 7 pada malam tu...

okey tu je yang naies nak share hari ni. jangan lupa esok buka TV1, jam 3.00 petang untuk saksikan rakaman semula konsert ni.

selamat menonton!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Trending Articles