Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1685

Cik Melur Ikan Bakar Air Asam Mencepu @ Medan Selera Bandar Sri Permaisuri

$
0
0
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Kitorang beria nak makan kat sini gara2 tertengok Majalah Tiga tempoh hari.

dalam segmen buah mencepu, pengacara bawa penonton ke restoran ni sebab hanya di restoran ini saja yang menyediakan ikan bakar cicah air asam buah mencepu. dia punya meleleh masa tu... mak aiiii... macam dah terasa kemasaman buah mencepu dalam mulut... perghhhh...

lokasi restoran yang kami pergi ni adalah Medan Selera Bandar Sri Permaisuri, Cheras. kami datang lepas balik kerja. masa tu pula hujan renyai2...

since restoran pun baru buka (5.00 petang), pengunjung pun tak ramai. jadi kami terus pilih ikan yang nak dibakar.

kami pilih ikan merah. mula2 nak makan siakap, tapi nampak besarlah pula sedangkan nak makan 2 orang je...

Alhamdulillah... kenyang dan puas hati. ikan pun terasa fresh sangat. bahan perapan (pes) pun sedap sampai ke tulang kami balun hahahaha...

air asam mencepu pun sedap. tapi anies makan dikit je sebab masa tu tekak dah perit (nak selesema)

so korang yang tinggal berdekatan, bolehlah terjah restoran ni. total makan kami hari tu tak sampai pun RM50 termasuk minuman, nasi putih dan tomyam.

ikan merah yang dah siap dibakar... perghhh masih terasa kesedapan perapan (pes) ikan ni... manakala dalam bekas kecil tu, air asam buah mencepu. masam2 pedas gitu... tapi sedap!

tomyam campur... 

nasi putih dan minuman... yang kuning tu fresh oren panas. mem besar dah start sakit tekak nak selesema masa ni...

tempat bakar ikan. depan restoran... dalam tong oren tu ada pelbagai jenis ikan segar untuk dipilih...

untuk mereka yang tak kenal buah mencepu. lain tempat lain panggilannya. nak baca lebih lanjut tentang buah mencepu klik kat SINI. gambar credit SINI.

thanks 4 reading... daaaa

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1685

Trending Articles