Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1685

Ke Kuala Lumpur International Motor Show 2018 @ MITEC

$
0
0
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Antara event yang ditunggu2 peminat automotif dan permotoran... walaupun KLIMS tak sehebat Japan Motor Show or Paris Motor Show or Geneva Motor Show, namun KLIMS ada ciri2 tertentu yang mampu menggamit orang ramai untuk hadir tanpa mengira peringkat usia.

dari awal lagi, bila ternampak billboard KLIMS, hati memang dah terdetik nak pergi. then usha2 tiket online. tengok harga... okey laa... sekali sekala pergi. lagipun KLIMS ni bukan diadakan saban tahun. kalau tak silap kali terakhir 3 - 4 tahun lepas kot.

event ni dah lama berakhir tapi aniesbaru nak share ceritanya hari ni sebab malas nak upload gambar punya pasal. bila gambar terlajak banyak, mulalah penyakit malas...

okey, back to the title... pada hari kejadian, kami sengaja pergi lewat dengan harapan dapatlah parking nanti. tapi nan hadooo... sebenarnya boleh je guna shuttle service yang disediakan. tapi tulah...dah sampai baru tahu. maka berhuhu lah kita sampai ke sudah...

setiba di MITEC, perkara pertama kena buat adalah redeem tiket. yang bagusnya kalau beli tiket online ni, kita tak payah beratur panjang. masa kami sampai tu, Q yang walk in tu dia punya panjang sampai ke luar dewan! fuhhh...

dapat je lucky draw form dan tag, tunggu apa lagi... terus je isi form tu. sambil tu doa banyak2 manalah tahu kan ada rezeki dapat bawa balik kereta sebijik! hahahaa

then kami terus masuk ke ruang pameran. FYI, ruang pameran terbahagi kepada dua. tingkat bawah ruang pameran untuk kenderaan manakala tingkat atas ruang pameran untuk motosikal, trak, aksesori kenderaan dan macam2 lagi.

sambil tengok gelagat pengunjung dan juga kenderaan yang dipamerkan, pengunjung juga berpeluang untuk membawa pulang cenderahati yang disediakan pempamer. dengan syarat, pengujung hendaklah menyertai mana2 program yang mereka anjurkan.

overall, KLIMS kali ni bagi anies'kurang umph' sebab banyak jenama kenderaan tak ambil bahagian. jangan sebut kereta2 mewah2... tu memang tak ada... kalau ada sebiji dua kereta je laa... tu pun menyelit kat booth lain...

harap2nya KLIMS akan datang lagi hebat kerana dengan events sebegini secara tak langsung boleh jadi tarikan pelancong luar untuk hadir ke Malaysia...

dan.... sebahagian gambar yang senpat anies snap...

entrance...

lucky draw form dan di belakang tu, hadiah lucky draw. kereta yu ols.... bukan kereta mainan ya hahaha

berdekatan pintu masuk... ruang pameran bagi pengeluar kenderaan jenama Honda... 

mungkin... kereta tebaru keluaran Honda... suka dengan warna dia... cantikkkk

kereta konsep je ni... tak tahulah pula kalau kan datang Toyota akan keluarkan model ni...





paling mencuri perhatian... kereta jenama Lexus...


kereta konsep Perodua...

Ford Mustang...

ada ke yang berkenan dengan kereta ni? hahaha


tak dapat beli dapat duduk pun jadi laa hahahah

ruang pameran tingkat atas...

replika F1 

gamers tak lepaskan peluang...


bayangkan masa ni tengah drive trak Isuzu ni hahahah verangan is free...

peminat motor serbu kat sini...

ruang pameran kereta2 antik...

Limousin terpanjang teurut dipamerkan...

macam2 jenis bike ada kat sini...

nak nak dapatkan aksesori kenderaan, datang je ke sini...

antara goodies yang diperoleh dari KLIMS 2018...

tu je untuk hari ni... thanks 4 reading...

daaaa

salam takziah untuk keluarga Muhammad Adib Mohd Kassim
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1685

Trending Articles