Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Hah? cerita raya?

$
0
0
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

'Script' raya kami hampir sama je saban tahun... tiada yang 'wow'melainkan ada yang sudi hulurkan duit raya hahaha...

tahun ni, kebanyakan family members beraya di rumah mertua masing2. sebaliknya, jiran anies pula, tahun ni semua anak cucu cicit diorang balik kampung. memang penuh halaman depan rumah dengan kereta diorang sampaikan anies nak keluar pergi kedai pun tak boleh. bayangkanlah punya banyak kereta! (1 family 1 kereta. belum lagi kereta cucu cicit yang dah berkeluarga!)

tahun ni, anies start cuti hari Selasa, 4hb. Isnin, 3hb masih bekerja macam biasa. since cuti sekolah awal kali ni, so highway memang tak sesak tapi kat R&R memang penuh. anies habis kerja pukul 5.00, entah kenapa masa drive balik tu, mata punyalah mengantuk. nak tak nak kena stop juga kat R&R then zzz... terjaga je, orang dah azan Maghrib. since dah beli makanan siap2 jadi makan dalam kereta je laa...

selesai makan, baru gerak dan tuju ke R&R seterusnya. surau  R&R sebelum ni penuh. selesai Maghrib, terus drive balik. tapi bila teringatkan tak beli baju raya lagi, so tukar direction ke AEON.

bukan perkara pelik kalau beli baju raya last minit. sebelum ni dah cari kat KL tapi tak menarik hati. warna yang berkenan tak ada. cari punya cari, Alhamdulillah, dapat juga.

hari berikutnya, hari untuk mengemas. memang mencabar bila tiba hari terakhir Ramadan ni. penat dia lain macam. betul tak? anies rasa macam nak pengsan. tambah pula cuaca panas.

walaupun penat, sempat jugalah masak laksa Sarawak untuk berbuka puasa. Alhamdulillah, berakhir sudah Ramadan kali ini. moga2 kita diberi kesempatan dan nyawa lagi untuk meraikan Ramadan pada tahun depan...

dan sebahagian gambar yang ada...

snap dari belakang rumah. anak2 jiran yang rasanya tak habis berbuka lagi, dah berdentam dentum main bunga api. tak tahulah berapa banyak bunga api diorang mainkan... yelah, anak pegawai imigresen... faham2 je laa hahaha

disebabkan sebelah siang tak dapat keluar sebab kereta kena block, dalam pukul 10.00 malam baru dapat terjah bazar raya. punyalah ramai manusia... anies ingatkan anies seorang je yang tak habis shopping raya...

menjadi kelaziman di masjid kampung anies... pagi 1 Syawal, lepas solat subuh pasti ada makan-makan. semua juadah ni dibawa oleh para jemaah. so secara tak langsung dapatlah merasa juadah raya jiran2 sekampung... lepas makan, sama2 bersihkan pinggan mangkuk dan ruang untuk persediaan solat hari raya...

lazim lepas makan-makan kat masjid, anies akan terus ke kubur. sebab masa ni orang tak ramai lagi. kalau pergi lepas solat raya, memang ramai dan terpaksa berhimpit sebab laluan agak sempit atau terpaksa mencelah2 di kubur. 4 kubur wajib diziarahi yakni kubur arwah atuk, arwah abah, arwah ayah dan arwah mak cik... semuanya di tempatkan di kawasan yang sama...

#teambajumerah merangkap team penyokong Liverpool. tahun ni ada 2 team raya. satu team hijau dan satu lagi team merah. anies rasa ni je kot gambar raya yang senonoh sikit. yang lain, diorang buh filter macam nak rak. konon peloles la tu. tapi bila zoom tak ubah macam muka mayat aduhhh...

raya kedua beraya di tepi jalan hahaha... yang dok belakang tu mungkin dia tak sabar nak jadi tarzan kot hahaha... since orang tua bersembang tak habis2 kami yang muda belia ni larilah keluar cari port untuk OOTD kononnya hahaha... ni pun satu. buh filter sampai tak boleh nak bincang!

jangan tiru perangai budak baju oren tu. dia kalau dapat kuih raya, dia seorang je nak bedal. orang lain dapat serdak je... hahaha... yang tepi tu dah bersedia nak jadi aunty onion letteww hahahaha

korang dapat duit raya tak tahun ni? tak dapat? hahaha bertabahlah. siapa suruh tak datang rumah anies? kan dah melopong. tahun ni korang jangan jeles ya... anies masih dapat duit raya tauuu... walaupun bukan juta jutaan...yang penting dapat. korang? nan hado hahahaha (gelak setan tersepit) - gambar sekadar hiasan -

okey tu je cerita raya kami... raya ke 6 dah masuk kerja...

korang macam mana? seronok tak raya kali ni?

thanks 4 reading...
daaa


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Trending Articles