Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Walaupun tak dapat join GSC Popcorn Walk 2019...

$
0
0
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Kita merancang, tapi perancangan Allah lebih baik...

Ahad lepas, dalam 5.30AM dah keluar rumah dengan niat nak solat subuh kat Masjid UPM. hujan agak lebat pagi tu.

tapi... bila keluar tengok kereta...arghhh!!!! tayar pancit lagi?? aduhhh...

baru sehari sebelum anies hantar bengkel sebab tayar kena paku dan lepas tu tampal. tetiba pagi tu pancit lagi... apa masalahnya ni??

hampa tu tak yah cakaplah. masuk rumah balik, tunggu azan subuh then zzz. dalam pukul 8.00++ telefon bengkel. tanya Ah Yang (budak bengkel) kenapa tayar pancit balik.

then dalam 9.00++ Ah Yang datang dan gantikan spare tyre. lepas tu anies berdesup ke IOI City Mall, lokasi di mana GSC Popcorn Walk diadakan.

of coz bila sampai majlis dah berakhir. tapi para peserta dan urusetia masih ada lagi kat tapak lokasi.

tanpa berlengah, anies terus ke khemah urusetia. dengan adanya tag, maka dapatlah claim finisher medal.

sehari sebelum tu (lepas dah tampal tayar) anies dah datang untuk collect race kit. goodies pun diorang dah bagi siap2. so tak terkilan sangatlah kalau tak dapat goodies lain (pada hari program). hadiah lucky draw of coz laa tak dapat.

sayangnya... hadiah2 yang ditawarkan memang menarik termasuklah tab, handphone, mini ciller etc.

ni kerana, sponsor untuk GSC Popcorn Walk memang ramai. bila ramai sponsor, maka sesuatu event tu lagi bertambah meriah.

lepas dapat medal, anies terus ke GSC untukmenonton tayangan perdana The Angry Bird Movie 2(tayangan perdana ni dah termasuk dalam yuran penyertaan GSC Popcorn Walk) baca di SINI.

apa2 pun terima kasih kepada pihak GSC Cinema kerana menganjurkan program ni. harap tahun depan ada lagi... walaupun tak dapat join, dapat goodies macam ni pun dah cukup syukur...

running shirt. material sama macam t-shirt biasa. so memang sesuai untuk dijadikan baju basahan...

string bag The Angry Bird Movie 2 dan pelbagai minuman ringan. ni laa punca bag jadi berat... sengal bahu kena pikul...😄😄

pelbagai voucher... nak guna dengan tak je... tapi mostly memang tak guna hahaha... so ada sesiapa nak voucher ni? kalau nak nanti anies pos.

tag dan tiket movie. dengan tag nilah, anies dapat claim finisher medal.

activity book, sticker and pamphlet... bila boring2 bolehlah dok mewarna buku aktiviti ni 😅😅😅

sebelum menonton, peserta diberi sebungkus pop corn dan sebotol air mineral (air mineral dah habis teguk)

The Symphony Walk (halaman IOI City Mall) venue untuk collect race kit...

suasana depan GSC sebelum menonton The Angry Bird Movie 2. anies pilih tayangan paling awal, pukul 11.00AM.

last but not least... finisher medal pengubat lara...

tu je laa nak share...
thanks 4 reading...

p/s aniesbelum habis BW...sabar ya...

daaa

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Trending Articles