✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Pertama sekali, nak minta maaf banyak2 sebab lately tak BW ke blog korang. kalau ada pun yang mana sempat je. insya Allah anies akan cuba buat satu persatu. so jangan ambil hati ya kalau anies belum singgah blog korang.
yang kedua, hadiah untuk top commentators sebahagiannya anies dah pos. kepadablogger EVI ERLINDA, anies mohon berikan details ya untuk urusan penghantaran hadiah.
yang ketiga... baru masuk cerita sebenar.🤣🤣🤣
jalan2 ke Ranah Minang ni berlaku pada bulan lepas. anies pergi bersama mama, 2 mak cik dan pak cik. sebenarnya, plan nak ke Padang dan Bukittinggi ni dah lama 'berbunyi' sejak kami ke Brunei tahun lepas. (boleh baca kat SINI.)
Alhamdulillah, plan tu berjaya dan anies, selaku orang yang bertanggungjawab untuk urus semua ni, happy sangat2 bila tengok mereka dapat nikmati percutian singkat ini sepenuhnya walaupun ada kekurangan.
adatlah kan... mana ada trip yang 100% sempurna. yang kelakarnya, belum lagi habis trip ni, diorang dah tanya, "tempat mana lagi yang ada suasana best macam kat Bukittinggi ni kat negara lain?"
ahh... sudah... mana anies nak cari? tak apalah... kita kayuh pelan2. ada rezeki nanti pasti kita akan sampai.
untuk trip kali ni, kami pergi ketika weekdays dengan harapan tak ramai orang kononnya. tapi sangkaan tu meleset bila sampai KLIA 2. flight pun penuh walaupun bukan awal pagi.
kami berlepas jam 11.00 pagi dan sampai Minangkabau Inter. Aiport pada jam 11.00 pagi waktu Padang (lewat sejam dari KL - belum habis makan, pilot dah announce untuk mendarat).
masa tiba di kaunter immigresen, anies dah gelisah. dalam otak, "sempat ke tak ni? sempat ke tak ni?" beberapa kali tengok jam dan berasakan pemeriksaan pegawai kastam tersangatlah lambat pada hal segalanya berjalan macam biasa. tak lamabat pun.
since kami tak ada check in luggage, so segala urusan dipermudahkan. keluar je dari kaunter, terus cari Am, supir a.k.a tour guide kami yang dah sedia menunggu.
Alhamdulillah, Am sabar menanti kami dan anies terus beritahu Am, apa plan awal yang kami nak buat sebaik saja sampai sini.
Am pada mulanya macam tak bersetuju, tapi anies bertegas yang anies nak buat juga. akhirnya dia setuju memandangkan kami masih ada masa lagi.
so, nak tahu apa yang kami buat tu?
tungguuuuuuuuuu.....
anies, mama dan mak cik naik ERL manakala mak cik dan pak cik tunggu kat KLIA 2.
sehari sebelum bertolak, anies teringatkan duit lama ni. duit ni dapat masa ke Jakarta / Bandung pada 2013 (boleh baca kat SINI). tapi kalau bawa pun bukannya laku, kan? tak apalah... simpan buat kenangan. or kalau old money collector kat IG tu asyik tanya je, kita kasi dia duit ni😆😆😆😆
one of my fav flight meals - Thai Basil Chicken with rice... masa balik pun order meal yang sama. see? betapa sukanya anies dengan masakan Thai ni hahaha tiba2 rasa tak sabar nak tunggu 'restoran flight meal' pertama yang bakal dibuka di Mid Valley pada Disember nanti...
since seat depananies kosong, lepas makan terus pindah seat. nak tengok keadaan jerebu dari udara. tapi habuk pun tak nampak 🤣🤣🤣
our supir, Am yang menyambut kedatangan anies sekeluarga... kembang hidung mem besar bila nampak nama dia ditulis sebesar alam tu😆😆😆😆
p/s masih dalam proses membayar hutang2 BW
thanks 4 reading... daaa