Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1685

Ke Minggu Usahawan Nasional 2019 @ MAEPS, Serdang

$
0
0
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Lagi entry tertangguh...

pada mulanya memang kitorang tak rancang pun nak pergi. tapi alang2 balik dari Putrajaya, why not singgah sekejap. lagipun dah masuk hari terakhir event, pasti orang tak ramai.

memang betul sangkaan tu. walaupun tak ramai (macam event MAHA dan seangkatannya) tapi ia masih lagi meriah.

lepas parking kereta, terus naik tram yang disediakan.

kalau tak silap, ada 5 dewan pameran disediakan untuk para pengunjung. free admission tapi korang kena register (ada booth khas) dulu kalau nak dapatkan hadiah lucky draw.

dari 5 dewan, kami masuk 4 dewan je. sebab tak.larat nak berjalan plus perut kekenyangan akibat makan tester2 yang disediakan😆😆😆

serius korang! hampir setiap booth dalam setiap dewan sediakan tester. takkan nak tolak kot? lagipun diorang tak paksa pun kita membeli produk.

selain produk makanan, ada juga produk /barangan lain seperti pakaian, barang2 kraf serta perkhidmatan. antaranya service homestay, pembelian rumah, membina aplikasi, pinjaman kewangan dan macam2 lagi.

dari 5 dewan, anies rasa 1 dewan je yang jadi tumpuan yakni celebrity bazar. kat sini para artis tempatan mengambil kesempatan membuka booth dan menjual barangan mereka. kalau bertuah, dapatlah korang jumpa artis favourite. masa kitorang masuk sini, kitorang jumpa pelakon Mahmud Ali Basha dengan Rudi Kristal.

lebih kurang 2 jam kat sini, barulah kitorang beransur pulang. harapnya tahun depan ada lagi event sebegini, sebagai usaha menaikkan dan mengenengahkan produk2 usahawan tempatan.

jom support #BMF

dan sebahagian gambar yang sempat diambil...

laluan yang memisahkan Dewan A (kiri) dan Celebrity Bazar (kanan)

ada macam2 barangan kraf yang cantik dan halus buatannya... anies cari tikar mengkuang. sekali tengok harga, terkedu sekejap hehehe

macam2 produk tempatan seperti madu, keropok, kuih muih dan sebagainya dijual di sini...

cultural stage performance dari Sabah...

batik dan pelbagai jenis pakaian lain... of coz wajib ada di sini...

baja pun ada...

mini market pun ada. mostly produk #BMF

yang menjadi tumpuan ramai...

ada orang jual kucing ke? eh tak lah...dia jual makanan kucing...

dalam bulatan merah tu pelakon Mahmud Ali Basha... hehehe

Kids Zone yang meriah dengan pelbagai acara...

Dewan A yang kebanyakannya terdiri daripada wakil agensi kerajaan...

kawan2, anies belum habis hutang BW...sabar ya... tapi ada satu perkara, ada sesetengah blog sayangnya, anies tak boleh masuk. kalau korang update url baru ke, tolong beritahu ya... jangan senyap je...

itu je nak share...thanks 4 reading...

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1685

Trending Articles