Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Padang, Indonesia: menaiki kereta api Minangkabau Express

$
0
0
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

sebelum anies cerita lebih lanjut tentang jalan-jalan ke Padang dan BukitTinggi ni, anies nak beritahu, gambar yang diambil tak sebanyak macam trip sebelum2 ni.

ni disebabkan kondisi diri yang tak berapa sihat. kejap sakit kepala, kejap sakit perut. so secara tak langsung mengganggu mood nak bergambar.

so yang mana sempat anies snap, anies akan share kat sini. insya-Allah.

>>::<<

salah satu perkara yang menyebabkan aniesexcited nak datang ke Padang adalah, kereta api Minangkabau Express nilah.

anies dapat info fasal kereta api ni daripadablogger Kembara GDyang datang ke Padang tahun lepas. dan beliaulah yang berkongsi pengalaman menaiki kereta api ni yang selamat dirasmikan pada May 2018.

so bila dapat naik, tak tergambar dia punya excited tahap gaban tujuh petala langit kesuma tu 🤣🤣🤣🤣 sebab tulah dalam entry sebelum ni, anies gelisah bagai nak rak bila tiba kat kaunter immigresen / kastam.

sebenarnya, dari info yang anies dapat, jadual berlepas dari Stasiun BIM (airport) ke Stasium Padang adalah pada jam 12.10 tengah hari.

flight anies pula mendarat dalam jam 11.00 pagi. so dengan pemeriksaan kastam, dengan ragam orang ramai.... pasti ia akan ambil masa lama dan barangkali angan2 nak naik kereta api mungkin akan terkubur begitu saja.

selesai pemeriksaan kastam / immigresen, anies tengok jam dah pukul 11.40 am. sebaik jumpa Am, our supir, anies terus beritahu yang kami nak naik kereta api dan turun kat Stasiun Padang.

tapi Am macam tak nak tunggu kami kat Stasiun Padang, so dia cadangkan kami turun kat Stasiun Tabing. malas nak fikir panjang, anies pun terus setuju dan kami pun berjalan kaki ke Stasiun BMI sebaik keluar dari airport.

jarak dari airport ke Stasiun BIM lebih kurang 300 meter je. tapi sebaik saja kami tiba di pintu masuk stesen, staf kereta api dah panggil kami. katanya, kereta api akan berlepas dalam masa seminit. bila tengok jam, belum lagi jam 12.10! biar betul ni? ke... anies salah tengok jadual?

apa lagi! berlarilah kami masuk ke stesen. anies pula terus ke kaunter untuk beli tiket sementara yang lain terus masuk gerabak. belum sempat kami duduk, kereta api pun bergerak meninggalkan Stasiun BIM.

fuhhh tercungap-cungap dibuatnya. yang kasihan, family anies laa sebab diorang kena berlari tadi. bila kereta api dah bergerak, diorang tanya kenapa kita tak sampai ke stesen terakhir? anies cakap, dah beritahu Am macam tu tapi dia suruh juga turun kat Stasiun Tabing. bila dengar anies cakap macam tu, diorang balas, "tak puaslah duduk dalam kereta api ni..." aduyai... terasa bersalahlah pula...

perjalanan dari Stasiun BIM ke Stasiun Tabing memakan masa lebih kurang 25 minit. sepanjang perjalanan, kami disajikan dengan pemandangan kampung dan bandar / pekan kecil. seronok sangat!

oh ya, suasana dalam kereta api pun smooth dan best. kerusi pun terasa macam keras je lagi dan ada 'bau kedai' hehehe... warna hijau menambahkan keceriaan dalam gerabak.

setiba di Stasiun Tabing, kami pun berjalan keluar sambil melangkah rel. rasa nostalgik sangat sebab macam dah lama je tak pijak rel kereta api. yelah, kat sini semua rel kereta api dah ada elektrik. kalau gatal2 nak pijak, memang menjemput sakaratul maut laa kau...

tapi kat sini, rel kereta api sama macam kat sini dulu. selamat je kalau pijak.

then, ketika kami baru nak cari tempat berteduh, Am dari seberang jalan dah panggil kami. laju betul dia drive dari airport...

sebaik naik van Pregio, kami pun terus ke destinasi pertama. ke mana tu?

tunggu....

Stasiun BIM (Bandara International Minangkabau) dari kawasan parking airport. nampak tak jejantas tu? kalau tak nak berpanas, korang boleh gunakan jejantas tu. tapi kalau tak silap masa anies datang, jejantas ni ditutup...

sebenarnya nak snap signage Stasiun BIM tapi tak nampaklah pula...

nilah kereta api yang bakal kami naiki...sempat lagi snap walaupun tengah berlari🤣🤣🤣

suasana dalam gerabak... mak ko hijau kerusinya... sangat selesa dan paling penting ada air cond...


ralit melihat pemandangan di luar...


tiket... disebabkan kelam kabut, tak perasan aniesterbeli tiket ke Stasiun Padang, padahal nak turun kat Stasiun Tabing... adehhh....

rasa teruja sangat bila kereta api berada di tengah2 antara jalan raya. paling best, bila ada kenderaan berhenti untuk beri laluan kepada kereta api...waduhhhh sangat nostalgik!

Alhamdulillah... kami dah sampai Stasiun Tabing... jumpa ramai kanak2 yang baru balik sekolah... pada masa sama kedengaran bacaan ayat2 suci Al-Quran menandakan waktu Zohor makin hampir...

Stasiun Tabing dari seberang jalan...

Stasiun Tabing... p/s laluan kereta api dari Stasiun BIM ke Stasiun Padang cuma memiliki 4 stasiun sahaja... (BIM - Duku - Tabing - Padang) insya allah ada rezeki lagi nak naik kereta api sampai ke Pariaman pula....

okey tu je la perkongsian untuk hari ni... thanks 4 reading.... daa...

KORANG... TOLONGLAH CHECK BLOG KORANG TU... KENAPA TAK BOLEH MASUK, EK??

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Trending Articles