✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Synopsis:
Sambutan terhadap penjualan novelnya kurang memberangsangkan, jadi Sofia mencadangkan suaminya berserta anak-anak agar bercuti untuk mendapatkan ilham untuk menulis novel seterusnya. setelah berbincang, akhirnya mereka bersetuju untuk bercuti di rumah lama peninggalan keluarga Sofia di Bandung.
rumah tersebut dijaga oleh ibuk Darti dan ia masih kelihatan baik meskipun sudah lama Sofia tidak menjejakkan kaki di situ. sebelum itu kekayaan keluarga Sofia adalah disebabkan hasil tanaman kentang yang lumayan.
namun disebabkan satu perkara menyebabkan Sofia terpaksa berpisah dengan ibu ayahnya. setelah kembali ke rumah tersebut selepas puluahn tahun, satu demi satu perkara terungkap. ada sesuatu yang tak kena dengan rumah tersebut.
tambah menyeramkan, dua anak Sofia hilang tanpa sebab! apa sebenarnya yang tersembunyi di rumah tersebut? berjayakah Sofia menemui anak-anaknya yang hilang?
komen:
ni filem pertama dari Indonesia yang anies tonton untuk tahun ni. terasa teruja nak tengok sebab ada Christian Sugiono dan Luna Maya.
idea menjadikan rumah ladang kentang adalah suatu idea yang baik. tapi garapan cerita agak longgar. dari satu plot ke satu plot lain, penonton boleh agak apa yang bakal terjadi seterusnya. so tak ada rahsia atau elemen kejutan yang ingin diketengahkan.
babak seram tetap ada dan sesekali mengejutkan penonton. itu pun kerana ada entiti seram. tapi secara peribadi, anies kurang gemar kalau cerita seram ni, sering menonjolkan 'hantunya'muncul pada malam / tengah malam. bagi anies ia terlalu ketinggalan zaman. kalau nak betul2 seram, watak hantu perlu muncul tanpa mengira waktu. bukan ketika dah tidur atau berjaga di tengah malam. sayangnya, dalam filem ni waktu hantu dari mula sampai akhir ia cuma muncul selepas jam 12 pagi.
so, daripada ⭐⭐⭐⭐⭐anies beri ⭐⭐1/2.
filem ini bakal masuk wayang seluruh tanah air pada 27 Februari 2020.
ini sekadar pendapat peribadi dan tiada kena mengena dengan pihak lain. harap maklum.
terima kasih budiey.com atas 2 pass tayangan premiere Rumah Kentang: The Beginning.
antara adengan2 dalam Rumah Kentang: The Beginning
anak sulung Sofia, Nina keluar dari rumah setelah diajak oleh 'ibunya'pada hal....
sebiji kentang yang bergolek ke kaki anak bongsu Sofia, Bayu sebaik saja dia sampai di rumah tersebut...
anak-anak Sofia dan bibik mereka mahu ke ladang kentang...
trailer. credit video
selamat menonton!
p/s anies tak dapat nak BW buat masa ni. maaf ya kawan2