Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1682

De Garden Hotel @ Butterworth

$
0
0
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Disebabkan event INI diadakan di perkarangan hotel ni, maka nak tak nak kenalah menginap kat sini. kalau duduk hotel lain, jauh laa pulak nak menapak, kan?

anies booked kat Agoda.com. alhamdulillah dapatlah harga murah (tanpa breakfast).

lokasi hotel ni agak tersorok tapi kalau korang sukakan kawasan yang sunyi dan bebas daripada bunyi bising, mungkin hotel ni boleh dijadikan pilihan.

selain bilik yang bersih, luas dan kemas, hotel ni juga menyediakan perkhidmatan lain seperti dewan seminar, ruang makan, parking free dan lain2.

insya allah kalau datang ke Butterworth lagi mungkin hotel ni akan jadi pilihan anies.

dan macam biasa... mestilah ada gambar kan?

bilik anies di tingkat 4 sebenarnya tapi biasa laa kan... takut sangat dia dengan nombor 4 tu 🤣🤣🤣

katil bersaiz king yang selesa dan bantalnya yang sangatttt empuk. letak kepala terus zzzz 🤣🤣🤣

kettle, coffee, tea, mineral water, tv, etc yang disediakan dalam setiap bilik... bakul purple tu tempat letak tuala terpakai..

sebelah kanan pintu bilik air. dalam almari tu ada extra pillow, iron, iron board, hanger dan safety box...

bilik air yang bersih dan air paipnya yang laju

'jamban'🤣🤣🤣

ada balkoni kecil untuk mereka yang suka sidai baju 🤣🤣🤣

ni laa hotelnya... (front viewcredit gambar

okey tu je nak share hari ni. anies akan BW sebelah petang nanti...
thanks 4 reading
daaaa

kawan2, tolong check link blog korang ya... kalau anies tak BW maknanya blog korang bermasalah. please take note.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1682

Trending Articles