✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
malas ke... rajin ke... busy ke... tak busy ke... entry ke Da Lat ni mesti buat juga! ko sedar tak ni, anies oiii???!! 😓😓😓
okey, okey... ya Allah tolong beri aku kerajinan untuk update dan BW. kalau ditangguh-tangguh, sampai kiamat pun tak selesai... amboiiii...
berbalik pada title... since Da Lat ni memang terkenal dengan bunga-bungaan, jadi ia menjadi satu kemestian untuk jejakkan kaki ke taman ni.
waktu terbaik melawat Da Lat adalah antara penghujung November - hujung Januari. kerana ketika ni bunga-bungaan sedang mekar berkembang. bunga2 yang rare dan jarang jumpa macam sakura, banyak berkembang pada masa ni.
dan pada time tu juga, Da Lat menganjurkan Pesta Bunga di mana korang boleh menikmati 'heaven of flowers'dan taman ni adalah tapaknya.
di bulan2 lain pun ada juga bunga tapi tak sehebat bunga2 yang berkembang sepanjang Nov- Jan. so, kalau korang ada rezeki, datanglah pada masa ni. tapi sekarang musim Covid-19 dan ramai yang ambil keputusan untuk tangguhkan travel, rite?
jangan bimbang... bila2 masa ada rezeki, datanglah ke sini. korang pasti puas hati bila dapat tengok ros sebesar tapak tangan, pokok bunga biasa dijadikan bonsai, orkid berwarna warni dan macam-macam laa sampai tak larat nak jelajah satu taman ni.
sangat2 luas dan berbaloi dengan harga tiket yang dikeluarkan! (maaf, anies tak tahu berapa harga tiket since our travel agent dah beli siap2)
since gambar terlalu banyak, anies bahagiakan entry kat taman ni kepada 2 bahagian (mungkin 3 bahagian) so, enjoy ya sebahagian gambar2 yang sempat anies snap ni...
cekidaut!
main entrance. pintu gerbang paling famous kat Da Lat... hahaha... rombongan warga pencen baru je sampai masa ni...
mungkin replica pertama yang korang akan nampak sebaik sahaja memasuki taman ni...
sila percaya... bendera Vietnam tu diperbuat daripada bungaan ya... untung laa Vietnam ada bendera 2 warna je. kalau Malaysia? hehehehe
arghhh tak sabar nak teroka taman ni... cuaca pun best masa ni sebab kami datang pun dah nak masuk pukul 5.00 masa tu...
orang lidi kot hehehe... anies main snap je ni...
see? teko Ayah Pin pun boleh sampai ke sini. 😂😂😂😂😂😂😂😂😂
bunga apa ni, kawan-kawan?
memacam colour cantikkkkk sangat....
bunga ni khas untuk peminat colur purple... siapa minat purple sila angkat CPU sekarang!
bunga ni khas untuk peminat2 CNBlue 😃😃😃
hamparan bunga... rasa nak baringgggg je
kawasan ni khas untuk peminat cactus... macam2 bentuk, macam2 jenis cactus ada kat sini...
bunga merah khas untuk peminat2 Liverpool juara liga... eh ehh...
okey... untuk gambar2 lain anies akan sambung pada next entry, okey!
thanks 4 reading
daaaa