Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Kena tahan dengan pihak kastam dan imigresen @ Heathrow Airport

$
0
0
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Tengah relaks relaks, tiba-tiba teringat kisah yang dikongsikan ex-officemateanies 4 tahun lepas. masa tu kami tengah rehat. sambil berehat macam-macam ceritalah yang kami sembangkan. entah macam mana, si ex-officemate ni 'terbuka' mulut fasal pengalaman dia sekeluarga ketika menziarahi kakaknya buat pertama kali yang tinggal kat England.

ex-officemate: taubatlah saya nak pergi England lagi.

anies: kenapa? tak best ke?

ex-officemate: bukan tak best tapi saya ada pengalaman pahit kena tahan dengan pihak kastam & imigresen kat airport Heathrow!

anies terkedu seketika. sebab masa tu, cuma tinggal beberapa hari je lagi anies akan berangkat ke London. 

anies: apa dah jadi sebenarnya?

ex-officemate: sebaik touch down, mak dengan ayah saya masuk beratur (depan kaunter pemeriksaan kastam & imigresen). saya dan abang beratur kat barisan lain. beberapa minit kemudian, mak dan ayah dah lepas pemeriksaan, tapi saya dan abang tak lepas lagi. 

sebaik tiba giliran kami, pegawai imigresen pun soal: where do you stay in London?

abang ex-officemate: at my sister's house.

pegawai imigresen: what your sister doing now?

abang ex-officemate: she's just delivered her baby. so i come here to visit and take care of her baby.

pegawai imigresen: so, you're jobless now?

dengan jujurnya, abang dia pun mengangguk.

dan.... tak lama lepas tu datanglah 3-4 orang pegawai lain lalu terus membawa abang dan ex-officemate ni ke sebuah bilik.

di situ mereka disoal siasat macam-macam. tak ubah macam penjenayah besar. akhirnya selepas 24 jam barulah si ex-officemate dilepaskan manakala abangnya kena tahan selama 3 hari!!!

anies: kenapa sampai 3 hari?

ex-officemate: pertama, sebab tak jumpa translator. padahal mak saya guru bahasa Inggeris tapi diorang tak nak terima. bila dah dapat translator, masih tak dapat dibebaskan sebab abang saya penganggur! pegawai tu tanya, mana dapat duit datang ke London? apa jaminan awak nak tinggal sini lama sedangkan awak tak bekerja? macam mana nak survive kat sini kalau tak bekerja...dan 1001 soalan ditanya kepada abang si ex-officemate.

(ex-officemate kena tahan sebab dia juga jobless. tapi disebabkan dia baru [sebulan] lepas graduate, maka dia dapat dibebaskan lebih awal)

anies: fuuhhhhh... habis tu, macam mana boleh lepas?

ex-officemate: sebab abang ipar dan kakak datang ke airport. diorang bukan tinggal kat London tapi kat Birmingham (kalau tak silap). selain ambil masa nak datang, pihak imigresen juga tak benarkan abang saya 'diikat jamin'sesiapa sampai kes selesai.

masa tu anies dah kecut perut. lepas dia kongsi cerita ni, anies terus inform kat blogger Farah. nampaknya kami kena extra careful bila dah sampai London nanti.

Alhamdulillah, bila kami sampai di Heathrow, segalanya berjalan lancar. malah kami bertemu dengan pegawai kastam & imigresen yang peramah. tiada apa-apa masalah berlaku sampailah hari kami pulang.

muka kepenatan tapi excited bila dapat jejakkan kaki kat sini. korang boleh skodeng cerita jalan-jalan anies kat bumi penjajah ni, kat SINI.

entry ni bukan nak takutkan siapa-siapa. so far, anies tak hadapi apa-apa masalah bila berurusan dengan pihak kastam & imigresen. yang penting, korang mesti konfiden. kalau tak ada buat apa-apa jenayah, kenapa nak takut, kan? 

tips: jawab dengan jujur bila ditanya. dan arrival form yang diberi, sila isi dengan betul dan tepat. jangan bohong, jangan tipu. dan make sure, print out your return ticket!

mungkin kes di atas 1 dalam 10. kata ex-officemate, masa tu kat UK tengah buat operasi membanteras pekerja haram / duduk UK melebihi masa / immigrant etc. jadi dia sekeluarga memang tak jangka perkara ni bakal berlaku biarpun pada dasarnya mereka hanya datang nak melawat saja.

well... apa-apa pun lepas covid-19 berakhir, ke mana kita nak fly ni, blogger Salbiah M? eehhh terseru lagi nama ni...

p/s korang ada pengalaman kena tahan kat airport? ceritalah sikit kat ruangan komen...

thanks for reading.
daaa..

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Trending Articles