✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI (part #1) jemput baca ya, kawan-kawan!
ya, anies is back with her cerita jalan-jalan maha sendu😂😂😂
lepas minum kopi luwak, anies bersama Kak Su (ketua rombongan) berlalu meninggalkan 'perusahaan kopi luwak' dan menuju ke 'taman sebelah'.
untuk sampai ke sini, kami cuma menyusuri jejantas yang disediakan. di bawah jejantas, ada ribuan pokok kopi ditanam.
sebaik tiba, staf Me Lind terus minta receipt. ya, tuan-tuan dan puan-puan sekalian. kalau nak masuk taman ni, ada pengeras kena bayar. tapi, andai korang ada beli / minum kopi macam yang anies ceritakan dalam entry sebelum ini, maka korang boleh masuk F.O.C. ya, bener pak. bener ibuk gratis aja.
caranya tunjukkan saja receipt pembelian. 1 receipt = 1 visitor only. ada faham adik manis? bhaiya? master ji?
jom kita explore!
bila dah betul-betul berada dalam kawasan taman ni, barulah anies nampak rahsia tersembunyi. rupanya, kat sinilah kita boleh berposing sakansampai habis Kodak. memang rugi kalau 'kaki-kaki IG' dah tiba Da Lat tapi tak pergi sini.
dahlah scenery cantik. props (betul ke namanya props?) yang disediakan pun memang 'ngam'lah dengan pemandangan yang superb tu. cuaca pula sejuk-sejuk gituuu...
anies tak tahu nak taip apa lagi. korang layan jelah gambar2 posing mem besar yang dah lupa daratan tu 😆😆😆
main entrance... dekat sini bukan saja boleh minum kopi fresh, malah nak buat indoor events macam majlis hari jadi ke, majlis reunion ke... boleh sangat-sangat sebab di dalam bangunan ni ada ruang besar yang anies rasa boleh menempatkan kira-kira 50 - 100 orang sekali gus. (tapi ada ke orang Malaysia sanggup ke sini semata-mata nak sambut birthday? 😂😂😂)
sebelah kanan main entrance... gambar ni dengan gambar di atas anies snap selepas keluar dari taman ni ya...
benda pertama yang korang akan nampak sebaik melangkah masuk taman ni adalah 'ladang' bunga... tapi anies pula dah nak keluar baru nampak taman ni. kami tak masuk. just ambil gambar je...
maaflah ya... aniestak tahu bunga apa yang ditanam di sini...
sebenarnya bukan kami tak nak masuk tapi disebabkan kami dah terlebih masa. mak cik pak cik pencen yang menunggu kami dalam bas dah bising sebab lambat... ya ampunnn ibukkk...
memang luas ladang bunga ni... 'kaki-kaki IG'... macam mana? bolehlah plan ke sini lepas Covid-19 berakhir...
anies tak pasti bunga-bunga di sini boleh dibeli (floral bouquet) atau sebaliknya...
inilah rahsia di sebalik taman kopi. ada laluan / pelantar khas untuk korang posing sakan kat sini.
then, nampak tak anak panah putih tu? kami lalu di situ dari kedai kopi untuk sampai ke sini. please refer my previous entry ya kalau nak faham apa yang anies maksudkan...
ya betul... atas bumbung bangunan ni pun korang boleh bergambar... nak feeling feeling macam dah sampai Tokyo, kan blogger Salbiah M? 😂😂😂
pastikan korang datang ke sini dalam cuaca yang baik. barulah dapat bergambar dengan jayanya...
ya, pelantar ni sangat tinggi. melepasi pokok-pokok kopi yang ditanam di bawahnya...
nampak macam terik, kan? tapi sebenarnya udara sekeliling sejuk ya. sebab Da Lat ni kan berada atas gunung...
saja snap buah kopi dari atas pelantar. rasa nak petik je...
tak sampai ke heaven dah surrender😆😆😆 apa cer...?? gayat woo... sebab tu terus terduduk kat situ😆😆😆😆 ingatkan tangga ni tak tinggi. adoiii spoil laa mem besar ni...
moh tengok mem besar posing bak model Victoria Secret😆😆😆😆😆😆😆😆😂
ni posing mengamuk terpaksa bangun tidur dan menguak langsir bilik sambil mengomel kena buka pintu sebab ayah tertinggal kunci motor😆😆😆😆😆 (ntah apa-apa punya caption)
kite kasi ⭐⭐ bintang je laa untuk pose ala ala iklan Dunhill 1992 ni😆😆😆
dah tak tahu nak posing apa daa... kite peluk je laa patung Jepun ni dengan harapan Julai nanti dapatlah fly ke Tokyo... eh ehhh😆😆 BTW, pintu gerbang Bali kat bawah tu kami tak pergi. tak larat dah nak tawaf taman ni... tempoh 30 minit kat sini tak cukup. paling tak, kena 3 jam baru puas hati😂😂😂
thanks for reading...
daaaa