✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Kalau tak kerana mesej daripada kawan, anies memang tak tahu langsung fasal surprise ni. ooo... pandai ya blogger kak PI (Paridah Ishak)... diam-diam je buat kezutan... 👱👱
sebaik ternampak sampul bersetem dan receiver details bertulisan tangan (terpaksa minta bantuan Jamie Oliver untuk menutup rahsia itu) anies dah boleh agak siapa pengirimnya. sebab sebelum ni pun kak PI pernah beri hadiah. anies pun dah tak ingat berapa banyak😆😆. hadiah tu semuanya buku karya-karya hebat kak PI dalam pelbagai genre. adakah surprise kali ini pun buku juga???
tadaaa.... inilah hadiahnya... 2 buah buku yang anies kira kak PI pernah share dalam blognya.
jom anies kongsikan secara ringkas buku-buku ini:
Syair Puteri 7 - kisah dalam syair legenda puteri nusantara Melayu yang menarik dalam mitos atau legenda warisan hikayat yang perlu ditelusuri untuk dijadikan teladan atau sekadar renungan bahawa setiap kejadian berlaku dengan izin Pencipta. bukan semata khayalan penulisnya. puisi syair merupakan puisi tradisi yang dilagukan dengan indah membawakan kisah pilihan sebagai pengajaran dan... (kenapa tergantung?)
bahagian dalam buku Syair Puteri 7.
Impiannya Termakbul- Antologi Cerpen Kanak-kanak Impiannya Termakbul ini menghimpunkan 16 buah cerpen kanak-kanak karya 8 penulis ahli grup Facebook Mari Menulis Sastera Kanak-kanak (MMSK) iaitu Asmah Hashim, Dzilla Ishak, Mazita Md Nor, Paridah Ishak, Raiza Khairina, Suhana Salleh, Suzana Jumadil dan penyelenggara, Hamidi Md. Yudin.
isi kandungan dalam buku Impiannya Termakbul.
bahagian dalam buku Impiannya Termakbul yang memaparkan karya kak PI. siap ilustrasi berwarna ya... memang menarik untuk dijadikan bahan bacaan anak-anak.
untuk itu, terima kasih banyak-banyak kepada kak PI atas pemberian ni. really appreciate it! so, kepada kawan-kawan di luar sana yang masih belum kenal atau nak kenal siapa blogger yang anies maksudkan ini, sila klik di SINI untuk follow. mana tahu, ada rezeki korang pun boleh dapat hadiah macam yang anies terima ni.
well, that's all for today.
thanks 4 reading and commenting.
#staysafe
daaa....