Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all 1647 articles
Browse latest View live

Spa (pantai) Cleopatra @ Matrouh : rahsia kecantikan sang ratu terbongkar!

$
0
0
✿...السلام عليكم✿

Sambungan daripada entry ni.

rasanya, nama Cleopatra tak perlu
diperkenalkan lagi. menerusi filem,
buku sejarah, cerita dongeng dan
tidak ketinggalan, panglipulara Google
dan Wikipedia... kita dapat mengetahui
bahawa Cleopatra ni bukan saja famous
kerana kekuasaannya tetapi juga kerana
kecantikannya yang dikatakan bisa
mencairkan hati2 lelaki pada zamannya.

benarkah dakwaan itu? adakah kecantikan
itu hanya sekadar penyedap cerita untuk
cover hakikat sebenar susuk sang ratu ini?

kunjungan ke Matrouh, (291.6KM dari
Iskandariah, 2 jam 55 minit dan 442KM 
dari Kaherah, 4 jam 41 minit : dengan
Kenderaan) memang tak lengkap
kalau tak berkunjung ke pantai ni.

dikhabarkan suatu ketika dahulu,
Cleopatra telah mengerah tenaga
manusia untuk mengusungnya
sejauh ribuan batu untuk ke pantai
ini semata2 mahu kelihatan cantik.

so, apa keistimewanya pantai ini sehingga
Cleopatra sendiri sanggup mengunjunginya?

yu ols akan jumpa tugu Cleopatra ni sebaik sahaja sampai kat pantai ni. ni tugu buatan ya... bukan tugu peninggalan Cleopatra...

suasana di sekitar pantai. masa ni, air laut tengah surut. keadaan pasir kat sini - banyak batu-batuan...

bersebelahan pantai ni, ada bukit pasir... bila sampai kat sini, tengok kak ngah menonong je... dalam hati cakap, "mana satu spa Cleopatra ni? tak kan batu2 yang besar gedabak ni?"

kalau time air pasang, kawasan ni ditutupi air. time air surut, batu2 nyer agak licin dan tajam. so, kena laa jalan hati2...

hah... ni la spa Cleopatra! sayangnya, kerana kesuntukan masa, anies tak dapat nak masuk dan cuci2 mata kat dalam spa ni. tapi, kalau yu ols nak tengok keadaan di dalam spa ni, google je la yek. apapun, meh anies cerita sikit pasal spa ni...

di dalam batu besar ni ada sebuah kolam yang airnya TIDAK MASIN DAN SENTIASA SUAM. terdapat 3 buah pintu pada batu ni. yang yu ols nampak tu, pintu masuk manakala pintu keluar pula terletak di kiri dan kanan batu ni. waktu air surut adalah waktu yang sesuai untuk memasuki 'spa' ni. sebaik sahaja masuk, ada 'tangga' kecil untuk memasuki kolam spa tersebut. berapa kedalaman kolam spa ni, wallahu 'alam. rasanya tak berapa dalam dan sebab tu Cleopatra sanggup berendam dalam kolam ni. tapi satu perkara yang buat anies kagum. meskipun dikelilingi air masin, namum rasa air yang terdapat di dalam kolam ni tak berubah. Subhanallah! so, there's no wonder why did Cleopatra choose this place and willing to travel a thousand miles just to maintain her physical beauty!

ada sesiapa yang nak try panjat batu besar tu? ;-)

sama macam kat Pantai 'Ajibah, air kat pantai ni pun jernih juga...

close up bukit pasir. cantik warna pasirnya...

nampak macam keras tapi bila dah dekat, pasirnya berderai...

sebelum balik... kalau yu ols datang ke Mesir, panjang2 kan lah kaki ke sini. both Pantai 'Ajibah and spa Cleopatra... A HIGHLY RECOMMENDED PLACES TO VISIT! tapi jangan datang pada musim panas. sesak woo tempat ni dengan umat manusia...

bersambung...

Kubu Sultan Qaitbay @ Iskandariah : kekebalan tentera Islam terletak pada _____

$
0
0
✿...السلام عليكم✿

Kalau tengok peta kat bawah ni...

boleh dikatakan bahawa kubu ni terletak di bahagian paling utara di Mesir. jadi, ianya boleh dianggap sangat strategik lokasinya bagi menghalang kemaraan musuh2.

terletak di Iskandariah, kubu ini
merupakan salah satu tarikan 
pelancong selain tempat2 yang 
pernah anies kongsikan sebelum ni. 

menghadap Laut Mediterranean
kubu ini mempunyai 3 tingkat dan 
setiap tingkat mempunyai fungsi 
yang berlainan. 

layankan gambar2 ni yek!

tiket masuk. EGD15 = RM7.50

kubu - dari pandangan hadapan (pintu masuk). masa ni, dalam pukul 8 pagi.

boleh laa kira usia kubu ni... yang pasti ianya lebih tua daripada usia A' Famosa dan Stadhuys yang terletak kat Banda Hilir, Melaka tu...

sedikit info tentang kubu Sultan Qaitbay.

tak tahu laa... kubu ni diperbuat daripada batu apa... sekali tengok, hampir sama binaannya dengan Kubu Salahuddin Al-Ayyubi.

setiap ceruk dan tempat di dalam kubu ni, disertakan dengan informasi. so, pengunjung dapat mengetahui apa kegunaan / fungsi sesuatu tempat di dalam kubu ini. contoh macam gambar kat bawah ni...

selain berfungsi sebagai 'lubang angin' atau nama glamour nyer, air condition... lubang ini juga digunakan untuk mencurahkan minyak panas apabila diserang oleh musuh!

menyambung ayat pada title kat atas tu : kekebalan tentera Islam terletak pada... MASJID KECIL ni! apabila ada masjid, maka akan ada solat berjemaah. apabila ada solat berjemaah, maka di situ adanya kekuatan. setuju??

replika kubu. boleh baca kan apa yang tertulis tu??

anies tak ingat, sama ada ni koridor di tingkat 2 atau pun tingkat 3....

hampir keseluruhan kubu ni ada lubang sebegini. berfungsi sebagai tingkap dan juga air cond... fungsi lainnya adalah untuk skodeng kemaraan musuh khususnya dari laut.

bahagian luar kubu...

ada sesetengah bahagian kubu ni dah terhakis dek angin laut. so, ada sedikit kerja2 pembaikan dilakukan di sini...

dari kubu ni, boleh teropong bandar Iskandariah...

nasihat anies, kalau yu ols datang ke kubu ni, belilah barang2 souvenir kat sini sebab kat tempat lain, amatttttt laaaa payah nak jumpa kedai2 souvenir. harga pulak? okey laa.... tak berapa nak mahal... ;-)

i was here! and insya Allah... yu ols juga akan berada kat sini kelak.... amiiinnnn...

p/s kepada yang bercuti panjang, 
selamat bercuti... hati2 di jalan raya!

:: AUTO PUBLISHED ::

Cerita ceriti tentang 'keretapi ayam' + trem @ Iskandariah

$
0
0
✿...السلام عليكم✿

Sebelum ni, anies ada war2 kan
tentang 'keretapi ayam' kat entry ni.
so, for today... here we go!

keretapi merupakan salah satu
pengangkutan penting bagi rakyat
kebanyakan di Mesir terutama jika
nak ke tempat2 yang jauh seperti
Aswan, Matrouh, Iskandariah, etc.
sebenarnya, boleh je kalau nak ke
tempat2 ni dengan kapal terbang...
just sediakan ongkos je laa...

kat Iskandariah, daripada pemerhatian
anies, ramai penduduknya menggunakan
keretapi untuk ke sesuatu tempat.
barangkali kerana tambangnya yang
sedikit murah (sebenarnya nak
mengelat daripada membayar)
daripada menaiki bas, teksi atau tranco.

oh, ya.... kenapa ianya dipanggil
'keretapi ayam'? sebabnya, penumpang
keretapi ni boleh bawa apa sahaja
barangan ke dalam koc.

ada suatu hari tu, OTW ke Sidi Gaber
(macam KL sentral), anies ternampak
seorang pak cik ni bawa sebekas sotong
yang direndam dalam air. lepas tu dia
biarkan begitu je kat atas lantai koc. boleh
imagine tak? tu baru sotong... belum lagi
sangkar ayam, sangkar burung, itik dan
sebagainya yang dibawa masuk ke dalam
koc. cuma lembu, keldai dan unta je yang
setakat ni tak dibawa masuk ke dalam koc
(tu kata kak ngah laa...)

mungkin ada yang tertanya, tak kena
marah ke diorang bawa haiwan2 ni?
mmm... kalau marah pun tak guna.
sebab dah jadi macam 'darah daging'
diorang. lantak laa nak bawa apa... ;-)

tengok je la yek gambar2 ni...

tiket keretapi. kalau beli kat kaunter, harganya EGD 0.75 (+- RM0.37). kalau bayar kat konduktor keretapi, harganya EDG1 (RM0.50). tapi, ni bayaran ketika aniesdating2 kat pantai Abu Qir. untuk ke tempat lain, lain bayarannya...

ni laa 'keretapi ayam'. yu ols tengok laa tu... dok panjat sana dok panjat sini. semuanya nak ngelat bayar tambang. diorang peduli hapa dengan keselamatan... janji sampai... siyes!!

stesen keretapi ayam yang sempoi giler... kalau kat Malaysia???

gini laa ghope nyer keadaan dalam 'keretapi ayam'... seat dia keras giler nok! so, jangan dok komplen sampai berterabur air liur kalau seat komuter ke, LRT ke senget benget, koyak or tak empuk... bersyukurlah dengan apa yang dah disediakan....

@ stesen Sidi Gaber. tengok laa budak2 yang dok kat tepi gerabak tu. lagi satu, sepanjang perjalanan, pintu keretapi ni tak ditutup okey! so pandai2 korang laa jaga keselamatan diri. tapi setakat yang anies dengar, tak ada pulak yang mati akibat terjatuh atau digelek keretapi...

keretapi ni beroperasi seawal 6 pagi dan berakhir pukul 12 tengah malam. tapi masa berada kat Iskandariah, anies rasa pukul 3 pagi pun boleh dengar bunyi keretapi ni.... mmmm


manakala trem pulak, beroperasi 
kat tengah2 bandar je. laluannya
pun tak panjang. tapi yang tak best 
nyer trem ni, slow ya ampun! OTW 
ke Manshiah rasa jenuh bebenor... 
tapi nak merasa naik trem punya 
pasal, diam je laa.... ;-)

tiket trem. tergelak kami bila kak ngah beritahu harga tiket ni. nak tau berapa? EDG 0.25!!! (-+RM 0.12) ya Allah.... murah giler!!!

ni laa trem nyer... laluannya di tengah2 jalan, depan rumah orang... plus, bunyinya pun tak laa bising sangat...

masa ni orang ramai nak balik dari kerja. memang sesak. trem ni tengah stop nak ambil penumpang.

rezeki kami hari tu dapat naik trem double decker...

masa ni trem tengah bergerak tau... punya laa slow sampai amik gambar pun tak bergegar ;-)

dari tingkat atas trem. u see what i see? yesss... Saga. banyak je kereta2 Proton kat Mesir ni termasuk Kancil, Myvi etc. yang kuning tu, teksi. very old school rite? ;-)

extra info: tiket keretapi dari Kaherah ke Iskandariah. tambangnya EGD25 (RM12.50) sahaja. kalau yu ols travel ke Mesir tanpa agent dan nak berjalan ke Iskandariah (dari Kaherah atau airport) dengan keretapi, pergi ke STESEN KERETAPI RAMSES. keretapi ni akan terus ke Iskandariah dan transit di beberapa tempat utama.

ni keretapinya... dari Kaherah - Iskandariah. seatnya lebih selesa, luas dan ada air cond. plus ada orang menjual makanan / minuman dalam keretapi ni. so kalau lapar, panggil je diorang...

Nota yang tak berapa nak pilu @ Piramid, Kaherah

$
0
0
✿...السلام عليكم✿

Akhirnya! (sila baca seperti Anita Sarawak)
ya.... akhirnya.... sampai juga ke penghujung
perkongsian JJCM @ Mesir ni. fuuuuhhhh...
tarik nafas panjang2... thumbs up (jari sendiri)
kat mem besar kerana begitu gigih dan
bersemangat 46 untuk menyiapkan
assignment' ni (masa study dulu kenapa 
macam tak gigih je bila kena buat 
assignment? ngeh ngeh ngeh)

sebelum cerita lanjut, just nak 'ghoyak'...
apa sahaja yang aniesshare kat blog
tentang Mesir ni hanyalah sekadar
info tambahan. tujuannya hanya satu...
mana laa tahu... kelak ada rezeki yu ols
untuk berkunjung ke Mesir nanti,
bolehlah skodeng2 blog ni. kalau
pergi dengan travel agency,
tu lain ceritanya.

okey, back to the title. anies memang
sengaja up cerita kat Piramid ni di
akhir catatan dan di akhir tahun. why?
sebab... ianya berlaku di luar jangkaan!

memang excited bila kak ngah beritahu
yang kami akan pergi tengok Piramid
(pada hari ke-3 di Kaherah) sebab itu
termasuk dalam wishlist anies. (rasanya 
sesiapa yang datang ke Mesir ni of coz 
laa... 1st thing nak tengok Piramid kan?)
namun, kita harus akur... bukan semua
yang dirancang akan menjadi.

bercerita dengan gambar okey tak?

dari kecik sampai laa ni... memang selalu dengar laa pasal Piramid ni kan... even dalam subjek Maths pun, dok pot pet pot pet pasal Piramid. and now, ianya dah berada di depan mata! salah satu daripada 7 keajaiban dunia kini hanya berada lebih kurang 700 meter sahaja!! FYI, bahagian bawah Piramid tu, bentuknya berubah kerana hakisan angin. manakala Sphinx pula berada kat tengah2 (bawah huruf T)

pun begitu, apakan daya... hampa sangat2 bila kak ngah beritahu entrance fee naik 3 kali ganda!! dari EGD15 naik ke EGD60!!! adezzzzz.... kami sempat berkira2 sekejap. nak masuk ke, tak nak masuk?? nak masuk ke, tak nak?

dalam berkira2 nak masuk tu, orang ramai dah mula serbu kaunter tiket. (masa ni baru dalam pukul 8 / 9 pagi) tak cukup dengan tu, peniaga2 kecil dah mula 'mengendeng2' kat kita... minta kita beli barang2 mereka. ya, memang kesian tapi tak boleh nak buat apa2 sebab kami tak convert lagi duit dolar ke duit Mesir (except kak ngah)

masih berkira2 nak masuk ke dalam... tetiba hujan mulai turun... ustaz yang turut mengiringi kami pada hari tu menasihatkan kami agar beredar sebab hujan pertama yang turun kat sini 'tak sesuai' dengan kami. bila tanya kenapa, ustaz senyum je... maka dengan hati yang berat, kami pun beredar...

program saound and light ni cuma berlangsung pada waktu malam je... tapi sebenarnya anies nak snap gambar keldai tu... nampak tak? itu juga salah satu sebab kenapa kami terpaksa beredar dari kawasan Piramid ni... (segan nak cakap sebenarnya - area kat Piramid ni agak kotor dan berbau - bau najis haiwan)

tak dapat masuk tak mengapa laa... senyum kat luar kawasan je laa (pujuk diri sendiri). lagi pun, kata ustaz... pergi ke tempat2 macam ni, hukumnya bukannya wajib (tak pasti, hukumnya HARUS atau MAKRUH - bagi orang Islam). kalau datang buat kali kedua, dah jadi HARAM! hah, HARAM? yap! sebab Piramid ni kan kubur Firaun. dan Firaun memang sudah terkenal sebagai PENDERHAKA kepada Allah SWT. so, kenapa kita mesti melawat kubur seorang penderhaka kepada Penciptanya kan??

bye2 Piramid. ma'as salamah wa ilal liqa' Mesir. insya Allah... panjang umur dan ada rezeki, kami akan datang lagi. bukan datang ke Piramid tapi mungkin ke tempat2 yang lain pulak... 


p/s kak ngah, kita gi Aswan nak tak? 
tak pun Siwa... err... ada sesapa nak ikut? ;-)

air mata, ketawa, senyum, jatuh bangun, suka dan duka sepanjang 2014 adalah sejarah yang mendewasakan. mari harungi lembaran baru dengan semangat yang tinggi. welcome 2015!
TERIMA KASIH KEPADA KAWAN2 YANG SUDI DROP KOMEN2 KAT SEMUA ENTRY JJCM @ MESIR NI. SEMUA PERTANYAAN AKAN ANIES JAWAB KELAK. TERIMA KASIH DAUN KELADI.

Perhatian kepada blogger2 berikut:

$
0
0
Entry melekat! sila skrol untuk entry terkini!
p/s harap nama2 yang ada kat bawah ni, sila CHECK EMAIL masing2 ya esp. mereka2 yang belum respon pada email yang anies hantar!





#Taken3 + #QuillCityMall

$
0
0
✿...السلام عليكم✿

Sinopsis

masih berkisar tentang Bryan Mills 
(Liam Neeson) di mana dalam sekual 
terakhir ini, beliau dituduh kerana telah
membunuh bekas isterinya. demi
membuktikan bahawa dirinya tidak
bersalah, Mills; dengan bantuan
daripada rakan-rakannya cuba
menjejaki pembunuh sebenar.

pun begitu, tindakannya itu bukan
sahaja menyusahkan pihak berkuasa
serta membahayakan nyawanya, tetapi
juga mengheret anaknya, Kim yang
secara tidak langsung menjadi sasaran 
pembunuh. setelah berhempas pulas,
akhirnya Mills berjaya menemui
pembunuh bekas isterinya, Oleg 
Malankov; seorang businessman
yang berasal dari Rusia.

pun begitu, Malankov mendakwa sebenarnya
pembunuh bekas isteri Mills (Lenore)
bukan dirinya tetapi orang lain!
mendengarkan pengakuan itu,
Mills menjadi bertambah tertekan.

adakah Mills mempercayai kata2 Malankov?
jika benar, siapa sebenarnya yang membunuh
Lenore dan melarikan Kim? adakah pembunuh 
sebenar ialah orang yang berada berdekatan
dengan mereka?

ulasan anies:

oleh kerana tak tengok Taken 1 dan 2,
so anies tak dapat nak menghuraikan
kaitan cerita ni dengan sekuel sebelum
ni. tapi dari segi keseluruhan persembahan,
jalan ceritanya teratur dan mudah difahami 
meskipun anies tak berapa nak kenal
watak2 yang telah berlakon menerusi
sekuel terdahulu.

overall, cerita ni memang menarik
dan sentiasa membuatkan anda
tertunggu2, apa tindakan yang akan
diambil oleh Mills setelah cubaan
demi cubaan yang dilakukannya
kurang berjaya.

tapi filem ni agak kurang sesuai
untuk membawa anak2 menonton
bersama sebab banyak aksi ganas 
dipertontonkan. tapi kalau setakat
nak rileks2 minda, filem ni... okey je...

daripada 5*, anies beri 3 1/2*
filem ini akan menemui penonton pada 8 Januari 2015 (hari ni la!)
terima kasih kepada pihak Nuffnang yang masih sudi menjemput anies ke #NNPremiereScreening ni. but it doesn't mean that i am anak emas Nuffnang ye, blogger Diana Rashid! ;-)

sebenarnya, banyak juga jemputan ke #NNPremiereScreening yang diterima sebelum ni. cuma anies je yang tak share kat blog ni... err... dalam bahasa Uganda keadaan ini dipanggil, malas.... ngeh ngeh ngeh...

first time datang ke Quill City Mall means first time juga laa tengok movie kat sini. syok ooo dapat benda2 baru ni... wangi je panggung dengan bau cat ;-)

moh ler kita intai2 apa yang ada kat Quill City Mall ni. tak banyak lagi kedai yang dibuka tapi jenuh jugak laa nak berjalan. ada 6 tingkat uuu... oh, ya! yang melengkung tu giant screen ya... kellassss...

'lengkungan' giant screen... nak ber selfie ke wefie ke... no hal laa...

suka sangat bila ada eskelator yang bersebelahan macam ni. tak macam sesetengah mall tu.  eskelatornya 'terpisah'. so, kena berjalan sebatu baru boleh turun... grrr....

kat mana lokasi Quill City Mall ni? senang je... cari stesen Monorail Medan Tunku (Jalan Sultan Ismail) dan mall ni terletak 20 meter je dari stesen ni. mmm... tak tahu juga? tahu tak bangunan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) @ Kampung Baru? hah... mall ni terletak kat sebelah bangunan UniKL. harga parking, RM3 untuk 2 jam pertama. RM2 untuk jam seterusnya. tapi kalau datang on weekdays selepas pukul 5PM, parking adalah FOC! kalau datang on weekends, FREE PARKING bermula pukul 7PM.

blog tengah make up. so bertabah laa yek!

#IntoTheWoods

$
0
0
✿...السلام عليكم✿

Sinopsis

gabungan watak2 serta sedikit elemen
daripada cerita dongeng seperti
Cinderella, Little Red Riding Hood, 
Rapunzel, Jack and The Beanstalk;
filem berbentuk muzikal ini (macam
filem Magika) mengenengahkan
konsep 'suasana di dalam hutan'
sebagai main background.

kisah sepasang suami isteri 
yang memiliki kedai roti dan tidak
dikurniakan anak menjadi tunjang 
cerita sebaik sahaja mereka mendapat
tahu bahawa sebenarnya si suami
telah terkena sumpahan ahli sihir
yang menyebabkan dia mandul.

untuk menghapuskan sumpahan itu,
ahli sihir berpesan kepada pasangan
suami isteri tersebut bahawa mereka
harus mencari 4 perkara (yang dianggap
mustahil) dalam tempoh 3 hari.

jika gagal, mereka akan kekal dan
hidup dengan sumpahan tersebut.
4 perkara tersebut adalah seekor 
lembu berwarna putih susu, 
matel berwarna merah, rambut 
seperti bulu jagung dan sepatu 
berwarna emas. dapatkah mereka
mencari barang2 tersebut di dalam
hutan yang aneh itu? adakah sumpahan
itu akan berakhir atau terus menghantui
mereka?

my review

sebaik sahaja mukadimah filem ini
dimainkan dengan satu nyanyian,
anies dah dapat agak bahawa filem
ini adalah filem muzikal. so, meter 
excited untuk tengok filem ni
merudum sedikit. tapi bila satu demi
satu watak dikupas, tetiba rasa macam
nak tahu lebih lanjut apa sebenarnya
yang terjadi apabila keempat2 watak
daripada cerita dongeng terkenal ini
bergabung dengan watak utama
(pasangan suami isteri).

overall, jalan ceritanya teratur dan 
mudah difahami walaupun setiap
10 minit, akan ada nyanyian (dah 
nama pun filem muzikal). cuma
yang kecewanya, 15 minit terakhir,
entah macam mana anies boleh terlelap 
(sampai bermimpi tuu...). mungkin
sebab terlalu banyak dialog sampai
jadi bosan nak tunggu pengakhiran
cerita. diklasifikasikan sebagai P13,
filem ini sesuai untuk bersantai dan
me'rileks'kan kepala yang serabut.

untuk filem ni, daripada 5*, anies beri 3*.

terima kasih banyak2 kepada pihak Nuffnang yang sudi menjemput anies ke #NNPremiereScreening #IntoTheWoods ni. FYI, pada asalnya #NNPremiereScreening ni berlangsung kat NU Sentral on Monday (12/1/15). tapi disebabkan hal2 yang tak dapat dielakkan, maka tayangan perdana ni berpindah ke GSC 1Utama. so, with all the inconvenience caused, GSC dengan murah hatinya memberi sepasang tiket baucer, 2 kotak popcorn dan 2 botol air mineral. and Nuffnang pulak beri cenderamata stick note #IntoTheWood. suka suka suka! tapi kalau datang awal semalam, dapat beg #IntoTheWood lagi best...

nampak je kecik tapi jenuh nak menghabiskannya!

dikesempatan ni, anies nak ucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kepada blogger Nurashikin ZA a.k.a NAZECKSalbiah M dan Amanina Mads di atas hadiah2 ni. top komentator katanya... so apa lagi? jom terjah blog depa!

jarang berblog lately. ada beberapa perkara harus di settle kan...

As busy as a bee... kek dah nyer...

$
0
0
✿...السلام عليكم✿

Kadang-kala waktu terhenti
ku toleh ke sisi
engkau tiada di sampingku
tapi lebih seringkali
bertemu dalam mimpi
semuka dengan sahabatku

aku tanya apa khabar
aku tanya apa khabar
aku tanya apa khabar
aku tanya apa khabar semua

...............................................

assalamualaikum dunia
bangunlah semua
lihatlah pada diri kita
semua serupa
damailah manusia
kita bersaudara
assalamualaikum dunia
assalamualaikum dunia

assalamualaikum
damai pada dunia
assalamualaikum


hola mi amor! como esta? bien?
eceh! tetiba pulak nak kecek
spanish pulok! ops, don't silap tafsir...
i'm not just coming back from spain 
hokeyyy...

mana la tau kann... ada yang tertanya2
(ada ke?) ke mana menghilangnya
mem besar blog ni... hidup lagi ke...
or merayap entah ke mana... no no no...
aku masih di sini... cewah!

well, nak cerita satu persatu kat sini memang
tak larat laa... so, anies rangkumkan dalam
satu entry yek? so, cekidaut!

bengkel buku teks

anies ada war-warkan hal ni sebelum ni. bila dah terikat dengan projek buku teks ni, automatik kerja pun berubah. so, on 17 Januari... maka berangkatlah anies ke Menara DBP untuk menghadiri bengkel. bengkel kali pertama dah berlangsung pada tahun lepas. perbincangan lebih terarah kepada penambahbaikan isi kandungan buku. Alhamdulillah, boleh dikatakan 70% daripada tugasan kami diterima. oh, ya! gambar di atas tak ada kena mengena dengan buku teks ya ;-)


ke kenduri Ecah @ Kulaijaya, Johor

sempat juga laa anies and the gang pergi ke majlis kahwin opismet ni. bertolak dari KL dalam pukul 9 pagi dan sampai kat Kulai dalam pukul 2. Alhamdulillah, perjalanan pergi-balik selamat.


#NNPremiereScreening Birdman + The Wedding Ringer

(sadisnya tengok pic ni) terima kasih kepada pihak Nuffnang yang bermurah hati menjemput anies ke tayangan perdana kedua-dua filem ni. since ianya ditayangkan pada pukul 9 malam, so boleh laa nak rileks2 kan badan dan kepala. nak komen pasal filem ni? mmm... personally, kedua2 filem ni biasa je.


Hari Keluarga AMSB 2015

tahun ni, Hotel Ancasa Port Dickson menjadi lokasi hari keluarga AMSB. berkampung di sana selama 2D 1N, pelbagai acara telah dilangsungkan untuk staf dan juga ahli keluarga. kemuncak hari keluarga ni adalah annual dinner. bertemakan 'Colourful, Glamourous Arabian Evening', rata2 staf AMSB bergaya sakan! dan acara yang paling ditunggu2... of coz laa lucky draw. rasanya memang ramai yang mengidam nak kan hadiah motosikal tu... tapi sayangnya, hanya seorang sahaja yang dapat... yang lain tumpang membonceng dan tumpang tengok je laa...


lunch dengan group Oh-Sem

Oh-Sem adalah group yang ditubuhkan untuk program family day. lepas tamat family day, salah seorang ahli group bermurah hati belanja kami makan tengah hari kat Chinese Muslim restaurant. alhamdulillah kenyang... terima kasih En Sharul!


Nisa's farewell lunch

Nisa bakal menyambung study kat UPM. so, kami pakat2 nak raikan Nisa dengan makan2 (sama macam sebelum ni). kami pilih restoran Abdullah Chan untuk menjamu selera. Alhamdulillah... semua kekenyangan... all the best untuk Nisa!


Pesta Buku Selangor 2015

bertempat di SACC Shah Alam, event ni terpaksa dipercepatkan kerana bulan puasa jatuh pada bulan 6. macam biasa... banyak buku2 terbaharu dipamerkan.


berkelah kat Sungai Gabai

kesempatan cuti Hari Wilayah, kami ambil kesempatan untuk berehat. ni pun plan last minit. first time datang ke sini. lokasinya senang je... just nyanyikan lagu Aizat "Sungai Lui' and yu ols da boleh sampai kat sana ;-)


hari submit mark copy buku teks

saat2 yang paling hectic. kami harus menyiap dan menyediakan 22 mark copy buku teks untuk dihantar ke BBT (Bahagian Buku Teks) KPM. Alhamdulillah, semuanya dapat dilaksanakan dengan jayanya. dalam kotak tu penuh dengan mark copy. tapi entah macam mana, kami terlupa nak attached soft copy. nasib baik laa editor sana tak marah ;-)


bercuti ke utara

usai submit tugasan buku teks, terus bercuti ke utara. sebenarnya memang dah plan awal2 tapi tak nak beria2. takut tak menjadi. nak tahu ke mana? nanti anies share ye...


mini GA... coming soon!

insya-Allah, anies akan anjurkan mini GA bersama seorang rakan blogger. nak tahu bila dan siapa blogger tu? tunggu...


tu je... daaa...

BW sebelah petang nanti. tungguuuuuu...

Hatiku tertinggal di Langkawi #1

$
0
0
✿...السلام عليكم✿

Plan nak ke sini sebenarnya tak termasuk
pun dalam senarai cuti-cuti 2015.
tapi disebabkan dah 'berhutang' cuti,
maka terpaksa laa mencari tempat2
yang sesuai untuk melepakkan badan
merentungkan dompet dan me'release'kan otak.

bincang punya bincang, akhirnya Langkawi
terpilih dan seterusnya menjadi destinasi
pertama cuti2 Malaysia untuk tahun ni.
(perrghhh... ayat... kemain skema)
bagi menambah perisa strawberi cuti2 
kali ni, kami memilih keretapi sebagai
pengangkutan untuk ke sana.

err... kita bercerita dengan gambar ek?

ini tiket last minute. why? sebabnya KTMB ada problem dengan sistem dgiorang. ini berlaku kerana pertindihan pembelian tiket (online) akibat cuti sekolah yang lepas dengan cuti CNY. so, terpaksa laa walk in untuk dapatkan tiket ni. Alhamdulillah, dapat koc yang best dan lebih selesa. macam pic kat bawah ni...

kawan anies cakap, koc berkatil kat gerabak lain tak sama macam yang kami dapat ni. yang ni lagi selesa dan luas.
RM45 untuk katil atas. RM55 untuk katil bawah. RM36 untuk seat biasa.
masa ni nak dekat sampai stesen keretapi Alor Setar (lepas Gurun). keadaan dah terang benderang. suka tengok pemandangan sepanjang jalan yang dilitupi sawah padi... ni yang rasa nak repeat lagi ni!

kami tiba di stesen keretapi Alor Setar lebih kurang pukul 8 pagi keesokannya. lepas tu, terus ambil teksi menuju ke jeti Kuala Kedah. perjalanannya tak jauh...just 10KM je... harga tambang teksi dari stesen keretapi Alor Setar ke jeti Kuala Kedah adalah antara RM15-RM25 (untuk 4 orang). sampai je kat jeti, terus beli tiket. harga tiket feri (sehala) untuk dewasa RM23 manakala untuk kanak-kanakRM18 (kalau tak silap laa)

ni laa ferinya... kecik je... kecik2 pun, penuh dengan penumpang. Alhamdulillah...selamat juga kami sampai di jeti Kuah. cuaca agak terik time ni. dari jeti Kuah, kami terus ke restoran sementara menanti masa untuk check in kat apartment.

kat sini laa kami menginap sepanjang berada kat Langkawi ni. ada 3 bilik tidur dan 2 bilik mandi. selain tu ada swimming pool dan security guard. lokasi apartment ni cuma 1KM je dari jeti Kuah. harga penginapan kat sini dicampur dengan sewa van (14 seat) selama 3D 2N adalah RM600. murah ke mahal?


okey, anies stop kat sini dulu ek. sebenarnya 
ada lagi cerita yang nak di share. ni just intro 
je dulu. nanti anies sambung lagi ek...

daa...

BW belum habis lagi... sabaq noo... kalau anies belum singgah teratak yu ols...

Mini GA by Nina + Anies

$
0
0
✿...السلام عليكم✿


Dengan lafaz Bismillahir rahmanir rahim... kami dengan sukacitanya ingin mengadakan MINI GA khas untuk rakan2 blogger yang dihormati. Mmm... sudi tak nak join ni? Kalau sudi, just ikut je syarat2 yang super duper simple ni:


1. FOLLOW BLOG NINA DAN BLOG ANIES.

2. BUAT SATU ENTRY DENGAN TITLE "MINI GA BY NINA + ANIES".

3. MASUKKAN BANNER MINI GA DI ATAS DI DALAM ENTRY DAN BACKLINK KE BLOG NINA ATAU KE BLOG ANIES.

4. LETAKKAN LINK ENTRY DI RUANGAN KOMEN (sama ada di blog Nina atau di blog Anies)

5. TAG 2 ORANG BLOGGER UNTUK JOIN MINI GA INI.

6. MINI GA INI BERLANGSUNG DARI 16 FEBRUARI 2015 HINGGA 28 FEBRUARI 2015.

7. PEMENANG DIPILIH MENERUSI RANDOM. COM.


Hadiah? Mestilah ada kan...
So, 10 orang pemenang bertuah akan menerima:


6 FRIDGE MAGNET x 6 PEMENANG

4 HEADER BLOG + FAVICON x 4 PEMENANG


Macam mana? Excited tak nak join? Tak susah kan?
So, all the best untuk semua!

Hatiku tertinggal di Langkawi #2

$
0
0
✿...السلام عليكم✿

Sambungan daripada unit #1. ^_^
(dah macam buku teks laa plak)

sebaik sahaja sampai kat apartment,
kami terus mandi, berehat dan solat.
pastu mula laa acara buat plan bagai.
nak pergi mana, nak buat apa,
nak makan kat mana, nak mandi
kat mana, etc.

ye laa kan... bila dah jalan2 main
terjah ni, kena laa plan satu persatu.
tambah pulak, kita ni bukannya familiar
sangat dengan pulau ni walaupun dah
datang ke sini 2-3 kali... lagi satu,
Langkawi ni banyak tempat2 yang
best. cuma sediakan ongkos je laa...

bercerita dengan gambar la yek?

ke Kota Mahsuri
destinasi pertama kami pada hari pertama @ Langkawi disambut dengan cuaca amat terik. (ayattt...) nak bukak mata pun susah. masa memula datang ke Langkawi dulu, tempat ni memang 100% tak sama dengan apa yang anies lihat sekarang. banyak sangat dah perubahannya. masuk pun kena bayar. RM10 per person. kalau dulu FOC je. dapat tengok replika rumah Mahsuri, perigi Mahsuri dan paling utama, makamnya. laa ni, pergi just amik gambar je. beli souviner sikit, pastu balik. ;-)

masih ingat lagi siapa gerangan si manis bertudung merah ni? hah, tak ingat? ni Aishah laa... wanita yang dikatakan keturunan ke-7 Mahsuri... masa tengok gambar ni, puas dok memikir... siapa ek perempuan ni? entah macam mana, tetiba teringat UIA (tempat dia belajar dulu)... terus teringat kat dia... ekekeke...  


kedai / kilang minyak gamat
dari Kota Mahsuri kami singgah ke kedai / kilang gamat. tak jauh... cuma 1.5KM je. boleh dikatakan, acara wajib laa kalau dah sampai Langkawi ni. just pilih je kedai mana yang nak disinggah. bila dah singgah tu, maka wajiblah membeli kan? sebotol dua minyak gamat tak cukup. at least 20 botol. ye laa... untuk mak ayah, adik beradik, sepupu sepapat, kawan2 opis. tu tak kira lagi kawan2 yang selalu menebeng kat group WhatsApp tu... dah share gambar kat Langkawi, tak kan laa nak biarkan diorang melopong je kan... belajar laa huluq2 sket... ;-)

signboard ni betul2 berada kat depan kedai Rojam. gigih anies melintas jalan semata2 nak snap pic ni... mana marble nyer, anies? errr.... sorry... tak tahu... kalau nak tahu, acu tanya bloggerYuyu Zulaikha. dia kan orang Langkawi ;-)


makan2, borak2 @ belakang airport Langkawi (tepi laut)
pusing sana pusing sini, hari pun dah nak hampir petang. otw nak ke pantai Chenang tu, nampak laa penjaja2 yang menjual laksa, ABC, char kuew teaw etc. terliur laa pulak... kena pulak lori2 kecil tu berniaga tak jauh dari tepi laut. maka, singgahlah kami kat situ. sambil2 makan, borak2. 

nampak macam tak ramai. tapi nak cari parking sikit punya susah...

oh, ya! yang ni pasembor ketam. kuah dia manis boleh potong kakiharga? entah laa.... tak dan nak check. lepas bayar kami terus blah :-)

layanz sunset @ Pantai Chenang
pantai yang wajib jejak kalau dah sampai Langkawi! masa tiba kat sini, ramai juga laa umat manusia kat sini. maklum sajalah... hari cuti. kami datang pun just nak layan sunset je. sambil2 tu nak amik feel. mana laa tau, sok lusa boleh laa nak mandi manda kat sini.

saya suka ini gambar. saya kasi 1 000 000 like!

suasana di sekitar jalan pantai Chenang, sebelum Maghrib. anies panggil kawasan ni, 'Danok' sebab ramai sangat mat saleh ke hulu ke hilir... ekekeke... pada hal Danok pun tak pernah sampai lagi...

sempat membeli belah...
sebelum balik, kami singgah kat kedai2 di sepanjang jalan Pantai Chenang ni. tujuannya satu: nak cari baju, seluar dan googlegoggle untuk bermandi manda keesokkannya... yeahhh!!

pasar malam Pekan Kuah
first time tengok pasar malam yang panjang ya amat! jenuh jugak laa nak berjalan tu. kami singgah pasar malam ni pun sebab dah kelaparan. malas nak singgah restoran, kita tukar selera. kebanyakan makanan dah nak habis. so, mana yang ada tu laa yang jadi santapan makan malam...


okey... sampai sini je dulu... 
nanti anies sambung lagi...

p/s credit: tok bi, kerel + faris

ops, sebelum terlupa! jom join MINI GA yang dianjurkan oleh anies dan sahabat blogger, Nina ni ya... klik kat SINI untuk join! kepada yang dah join, TERIMA KASIH DAUN KELADI!


sengaja buat entry ke Langkawi ni bersambung2... sebabnya, nak bagi blog ni terus 'bernyawa' ;-)

Hatiku tertinggal di Langkawi #3

$
0
0
✿...السلام عليكم✿

Uuuaaarrghhh... malas betul nak bangun
pagi tadi, kan? almaklumlah, cuti 4 hari
berderet. tu baru 4 hari. kalau seminggu?
errr... tak nak bayangkan!

okey laa... nak sambung cerita jalan2
 ke Langkawi (sambungan daripada#1 dan #2.)

oh, ya! hari tu tengok berita... perrrghhh
sesak betul jeti Kuala Kedah! pagi CNY tu,
 ada yang datang awal pagi tapi dapat tiket
feri pukul 3 petang. tu baru cerita kat jeti.
kat pulau entah macam mana... mmm
orang Langkawi memang buat duit laa
sempena CNY ni. bulan depan ada
LIMA 2015. lagi masyukkk laa nampaknya...
okey. melalut dah!

hari berikutnya, kami bangun awal.
pertama sebab nak mandi pool.
kedua, sebab tiket masuk. tahu2 je
laa kan... tempat2 tumpuan pelancong
ni, kalau lewat sampai, sesak tu tak
payah cakap laa...

usai bersarapan (tetiba teringat sambal 
sotong kat gerai tu... sedap giler noks! 
rasa nak repeat lagi dan lagi!),
terus kami tuju ke...

SkyCab
agak jauh juga laa dari apartment yang kami sewa. hampir 30KM. Alhamdulillah tak sesat sebab banyak signboard. turun je dari van, terus berlari ke kaunter tiket. tapi sebelum tu dah collect MyKad siap2. bagi yang tak pernah naik lagi SkyCab ni, sila tunjukkan MyKad / MyKid (bagi warganegara Malaysia) ya! dengan MyKad yu ols just kena bayar RM20 je. kalau tak ada MyKad RM30. kalau nak feeling2 macam mat saleh, silalah bayar RM40 ;-). harga tiket bagi kanak2 lain ya... 
sementara menunggu giliran untuk naik skycab, layan The Dome ni dulu. alaa... macam tayangan 3D je. acah2 naik roller coaster. tapi bila dah masuk and tengok, anies punya menjerit macam naik roller coaster yang real! ceh! buat malu orang kampung je... tapi bagus jugak The Dome ni. at least membantu spesis2 yang gayat, yang cepat pening etc.

sebelum naik skycab. teruja daa... oh, ya! memang ramai umat Muhammad hari tu. hampir sejam juga laa kami beratur sebelum dapat naik skycab ni...

Langkawi yang menakjubkan! tak rasa gayat pun. tapi bila skycab ni ditiup angin dan bergoyang2, mula laa ketaq kepla lutut... laju je mulut ni baca apa2 yang patut.

nampak tak muka orang yang sedang terbaring tu? tu laa gunung Manchincang... unik kan? saja nak kabo...

menci tawww... sibuk nak berselfie, sibuk laa ada yang nak interprem! eceh! masa ni dah sampai kat check point yang pertama. sejuk dan angin menderu2. bila tengok kat bawah, tenang je... 

kat check point kedua (puncak skycab). kat sini lagi dahsyat punya angin. rasa macam bergoyang2 je menara tu. nak pegang monopod pun bergegar2 ;-) tapi pedulik hapa kan... selfie tetap selfie...

oh Langkawi... dari puncak... lama juga laa kami dok kat puncak ni. hampir 2 jam. walaupun sejuk, tahan je... bila perut dah rasa nak berdangdut, barulah kami beredar...

singgah Royal Langkawi Yatch Club
lepas turun dari skycab, ramai juga laa yang sakit kepala. mungkin sebab tekanan udara semasa menaiki skycab. singgah sekejap kat Royal Langkawi Yatch Club. tak buat apa2 pun kat sini. just berselfie and hilangkan sakit kepala...

shopping coklat @ HIG Shopping Mall
lepas lunch, kami terus ke HIG!!! (Haji Ismail Group) apa lagi kalau bukan memborong coklat!! yeahhhh... kali ni kami pergi ke HIG Shopping Mall. baru buka rasanya... masa datang ke sini pada tahun 2013 (boleh skodeng entry2 nyer kat SINI) belum ada lagi mall ni. bila dah sampai sini.... warrghhhhh... rasa nak terkeluar bijik mata! rasa nak rembat semua yang ada. sabo... sabo... beli yang ni pun dah cukup untuk merentungkan purse ;-)

mandi @ Pantai Chenang
balik dari memborong coklat, kami terus pulang ke apartment. panas woo... matahari memang terik. so, kami tunggu sampai lepas Asar baru bertolak ke Pantai Chenang. yap, niat nak mandi kat sini tercapai juga. tak seperti hari sebelumnya. petang tu, orang tak berapa ramai. mungkin sebab ramai dah angkat kaki.

selfie lagi! orang lain dok sibuk mandi, mem besar ni sibuk berselfie... ekekeke... bila tengok pasir kat pantai Chenang ni, tetiba teringat pantai 'Ajibah. (entry kat SINI) waaarghhh rindu...

makan ikan bakar @ Dataran Lang
dah puas mandi manda, kami balik semula ke pekan Kuah. plan kali ni pulak nak makan ikan bakar. rugi wooo dah samapai Langkawi tak pekena ikan bakar. cari punya cari, akhirnya kami pilih restoran yang tak jauh dari Dataran Lang. memang licin! tak tahu laa pulak...licin sebab sedap or sebab kelaparan ;-)

Dataran Lang
hari terakhir kami di Langkawi. destinasi terakhir sebelum balik adalah posing2 kat Dataran Lang. masa ni baru pukul 10 pagi tapi matahari dah terik.

haruslah kannn... dah sampai Langkawi... ni bukti DNAnya.... ;-)

terima kasih tok bi yang snap pic ni... jangan mare noo... bila angin berselfie melanda, tak boleh nak disekat2 ;-) like doploh juta kali!!

@ jeti Kuah. trip kali ni memang best sangat2! walaupun dah nak masuk 2 minggu, kami still cakap2 lagi pasal trip ni. masing2 dah pasang niat nak pergi lagi. tapi bila? tak tahu laa... insya-Allah panjang umur kami sampai lagi... yang pasti Langkawi memang best sangat2! till we meet again. bye-bye Langkawi!!


hatiku tertinggal di Langkawi... 
isk isk isk... (sambil lap air hidung yang mengalir...)

ada 8 orang yang join trip ni. tapi gambar2 diorang dah di banned dalam blog ni! ^_^

amboiii... Dr. Shikin... tak agak2 noo nak membedil... terima kasih banyak2! insya-Allah yang dah follow dan drop komen tu, akan anies balas pada sebelah petang nanti...

#NNPremiereScreening #FocusMovie

$
0
0
✿...السلام عليكم✿

Sinopsis

siapa kata mencuri tidak memerlukan
kemahiran dan kebijaksanaan? Nicky 
Spurgeon a.k.a Mellow membuktikan
bahawa dengan kemahiran, kebijaksanaan 
serta FOKUS mampu memberikannya
pulangan yang lumayan sebagai seorang
pencuri (con-man) tanpa perlu bersusah
payah seperti pencuri 'konvensional' yang lain.

Nicky tidak menjangka sama sekali perkenalannya
dengan seorang wanita jelita bernama Jess,
telah mengubah dirinya tanpa disedari. Jess
yang pada mulanya sekadar mahu mempelajari
tektik yang digunakan oleh Nicky untuk mencuri,
akhirnya terpaksa akur bahawa cinta dan harta 
benda membuatkannya akur untuk tidak perlu
bersusah payah.

namun, 'kesenangan' yang dikecapinya tidak
berpanjangan apabila dia ditinggalkan oleh Nicky. 
3 tahun kemudian, Nicky terlibat dalam satu
scam untuk memerangkap billionaire pelumbaan
kereta di Buenos Aires. di sana dia bertemu
kembali dengan Jess. tanpa diduganya, Jess
sebenarnya mempunyai hubungan dengan
billionaire tersebut. adakah Nicky akan
meneruskan niatnya untuk menipu billionaire 
tersebut meskipun telah menyedari bahawa
dia telah jatuh cinta dengan Jess?

my review

bagi peminat2 Will Smith pastinya menunggu2
filem ini ditayangkan. tapi, jujur anies katakan...
lakonan dan persembahan Will Smith dalam
filem ini agak mengecewakan. meskipun diselitkan
dengan unsur humor dan cinta, lakonan Will Smith
kali ini kurang mantap jika mahu dibandingkan
dengan filem Hancock yang pernah dilakonkannya
beberapa tahun yang lepas.

dari segi penceritaan, bagi anies filem ini 'terlalu 
pantas' untuk mengakhiri sesuatu situasi. contohnya,
part di mana Nicky mengajar Jess untuk mencuri.
sekadar menggunakan dialog dan disusuli dengan
tindakan, plot tersebut berakhir begitu sahaja.
sedikit menarik dalam filem ini adalah tentang
persahabatan yang utuh antara Nicky dan
rakan-rakannya; susah senang mereka tetap
bersama-sama.

p/s jangan bawa anak2 menonton filem ni. 
bahaya woo... sebab mengajar anak2 mencuri...
filem ini akan berada di pawagam seluruh tanah air pada 26 / 2 / 2015 (esok derr).

daripada 5*****, anies beri 3 1/2*


sedikit info tentang Jess (heroin)

nama: Margot Robbie
nama penuh: Margot Elise Robbie
asal: Australia
umur: 25 (2015)
filmography: I. C. U, The Wolf of Wall Street, Tarzan (2016), etc

terima kasih kepada pihak Nuffnang yang sudi menjemput anies untuk menghadiri #NNPremiereScreening filem malam tadi. oleh kerana sampai lewat, makanya terpaksalah duduk front row seat. sakit tengkuk woo kena mendongak sampai habis cerita...

dan terima kasih juga kerana masih 'ingat' kat anies walaupun jarang update. macih Nuffnang!

Fakta-fakta menarik

Secara psikologinya...


Peserta2 Mini GA by Nina + Anies : mohon semak penyertaan anda!

$
0
0
✿...السلام عليكم✿

Pertama sekali, anies dan Nina
ingin mengucapkan JUTAAN TERIMA 
KASIH di atas penyertaan serta
sokongan anda terhadap MINI GA
yang kami anjurkan. tak sangka...
ramai yang sudi join. ni yang rasa
membuak2 nak buat GA lagi ni!
tapi... bila? insya Allah, ada rezeki
kami anjurkan lagi, ye!

insya Allah, dalam masa terdekat ni
kami akan umumkan pemenang2nya.
tapi sebelum tu, nak minta rakan2
yang dihormati agar CHECK
senarai penyertaan kat bawah ni.
mana laa tahu kan... ada yang
DAH JOIN TAPI TERLUPA
(kot) nak attached LINK kat blog
anies or blog Nina. so, SILA 
LETAKKAN LINK TERSEBUT 
DI RUANGAN KOMEN YA!


senarai penyertaan di blog anies

1. http://cikna136.blogspot.com/2015/02/mini-ga-by-nina-anies.html
2. http://timmbill91.blogspot.com/2015/02/mini-ga-by-nina-anies.html
3. http://giveaway-jom-santai-aje.blogspot.com/2015/02/mini-ga-by-nina-anies.html
4. http://duniazumal.blogspot.com/2015/02/mini-ga-by-nina-anies.html
5. adnan-daughter.blogspot.com/2015/02/mini-ga-by-nina-anies.html
6. http://cikcandysour.blogspot.com/2015/02/mini-ga-by-nina-anies.html
7. http://izzeyda.blogspot.com/2015/02/mini-ga-by-nina-anies.html
8. http://famf-tower.blogspot.com/2015/02/mini-ga-by-nina-anies.html
9. http://thesoutheastasiangirl.blogspot.com/2015/02/mini-ga-by-nina-anies.html
10. http://duniamrsrongoks.blogspot.com/2015/02/mini-ga-by-nina-anies.html
11. http://sweetsouryaya.blogspot.com/2015/02/mini-ga-by-nina-anies.html
12. http://farahanaramlan.blogspot.com/2015/02/mini-ga-by-nina-anies.html
13. http://aryshafayyadh.blogspot.com/2015/02/mini-ga-by-nina-anies.html 
14. http://yayayukitore.blogspot.com/2015/02/mini-giveaway-by-nina-anies.html
15. http://dapurjirankuberasap.blogspot.com/2015/02/mini-ga-by-nina-anies.html
16. http://nayfatimahrasyid.blogspot.com/2015/02/mini-ga-by-nina-anies.html
17. http://uyoii.blogspot.com/2015/02/mini-ga-by-nina-anies.html
18. http://jombercontest.blogspot.com/2015/02/mini-ga-by-nina-anies.html
19. http://harumankasehvee.blogspot.com/2015/02/mini-ga-by-nina-anies.html
20. http://pengemudamerahjambu.blogspot.com/2015/02/mini-ga-by-nina-anies.html
21. http://chenachenis.blogspot.com/2015/02/mini-ga-by-nina-anies.html
22. http://sitiyangmenaip.blogspot.com/2015/02/mini-ga-by-nina-anies.html
23. http://officalmissyana.blogspot.com/2015/02/mini-ga-by-nina-anies.html
24. http://cuteandadorable-is-sugarmeow.blogspot.com/2015/02/mini-ga-by-nina-anies.html
25. http://puterilearningjournal.blogspot.com/2015/02/mini-ga-by-nina-anies.html?m=1
26. http://inisemuapoyolaaa.blogspot.com/2015/02/mini-ga-by-nina-anis.html
27. http://almiraalwani.blogspot.com/2015/02/mini-ga-by-nina-anies.html
28. http://awansayatasana.blogspot.com/2015/02/mini-ga-by-nina-anies.html
29. http://themagicwhisper.blogspot.com/2015/02/mini-ga-by-nina-anies.html
30. http://kehidupanseorangbujang.blogspot.com/2015/02/mini-ga-by-nina-anies.html
31. http://kakitravelkhairuddin.blogspot.com/2015/02/mini-ga-by-nina-anies.html
32. http://www.dianarashid.com/2015/02/mini-ga-by-nina-anies.html
33. http://cikjelita899.blogspot.com/2015/02/mini-ga-by-nina-anies.html
34. http://ijamawar.blogspot.com/2015/02/mini-ga-by-ninaanies.html
35. http://nokuchemong.blogspot.com/2015/02/mini-ga-by-nina-anies.html 
36. http://rienna-mishcandy.blogspot.com/2015/02/mini-ga-by-nina-anies.html
37. http://narumihuda.blogspot.com/2015/02/mini-ga-by-nina-anies.html
38. http://hanaexotics.blogspot.com/2015/02/mini-ga-by-nina-anies.html
39. http://cowament.blogspot.com/2015/02/mini-ga-by-nina-anies.html

senarai penyertaan di blog Nina

40. http://twinkleeestar.blogspot.com/2015/02/mini-ga-by-nina-anies.html
41. http://memburucintamu.blogspot.com/2015/02/mini-ga-by-nina-anies.html
42. http://norshamimi.blogspot.com/2015/02/mini-ga-by-nina-anies.html
43. http://cikna136.blogspot.com/2015/02/mini-ga-by-nina-anies.html
44. http://www.kisahpondokkecil.com/2015/02/mini-ga-by-nina-anies.html
 45. http://nayfatimahrasyid.blogspot.com/2015/02/mini-ga-by-nina-anies.html
46. http://mrsyatie.blogspot.com/2015/02/mini-ga-by-nina-anies.html
47. http://alyadina.blogspot.com/2015/02/mini-ga-by-nina-anies.html
48. http://kameqdeanna.blogspot.com/2015/02/mini-ga-by-nina-anies.html
49. http://kopiolimauice.blogspot.com/2015/02/mini-ga-by-nina-anies.html
50. http://drshikinzainal.blogspot.com/2015/02/mini-ga-by-nina-anies.html
51. http://anisyamir7lee.blogspot.com/2015/02/mini-ga-by-nina-anies.html
52. http://nokuchemong.blogspot.com/2015/02/mini-ga-by-nina-anies.html
53. http://kakitravelkhairuddin.blogspot.com/2015/02/mini-ga-by-nina-anies.html
54. http://eyranasrin.blogspot.com/2015/02/mini-ga-by-nina-anies.html
55. http://hati-dan-bicaranya.blogspot.com/2015/02/mini-ga-by-nina-anies.html
56. http://blognisalpunya.blogspot.com/2015/02/mini-ga-by-nina-anies.html
57. http://kathy78rbain.blogspot.com/2015/02/mini-ga-by-nina-anies.html
58. http://mama3farhanah.blogspot.com/2015/02/mini-ga-by-nina-anies.html
59. http://cikcandysour.blogspot.com/2015/02/mini-ga-by-nina-anies.html

update
60. http://karyaku-paridahishak.blogspot.com/2015/02/mini-ga-nina-anies.html 
MEREKA YANG DAH MELETAKKAN LINK DI KEDUA2 BLOG AKAN DIKIRA SEBAGAI SATU PENYERTAAN SAHAJA.


so, nantikan pengumumannya tak lama lagi!
TERIMA KASIH SEMUA!

Ini yang buat anda sibuk tetapi tiada duit

$
0
0
✿...السلام عليكم✿

Antara perkara penting yang ramai orang mahukan tetapi "struggle" untuk dicapai adalah Kebebasan Masa dan disertai Kebebasan Wang.
Cuba perhatikan sekeliling kita. Ada orang... ada wang tetapi tiada masa. Ada orang ada masa tetapi tiada wang. Tetapi yang paling parah adalah tiada wang, tiada masa dan untuk beribadat pun tiada masa! 
Anda boleh cakap wang tidak penting tetapi eventually wang adalah alat yang bagus yang jika anda ada dan tahu menggunakannya, anda lebih mudah untuk mencapai kebebasan masa supaya anda boleh pilih untuk beribadat dan membantu ramai orang dengannya.
Kebebasan masa dan wang adalah 2 perkara yang tidak akan diajar di sekolah atau di universiti kerana sistem pendidikan kita mengajar supaya kita menjadi pekerja dan bekerja hingga pencen. Umur pencen di Barat telah dinaikkan hingga 60 tahun dan ada yang 65 tahun. Kita pun mungkin akan menurut sistem yang sama. 
Satu masa dahulu, saya pun hampir-hampir terikut-ikut sistem yang ada iaitu belajar pandai-pandai then dapatkan kerja yang "bagus". "Bagus" bagi setiap orang berbeza. "Bagus" bagi orang yang bekerja macam saya suatu masa dahulu adalah RM1500 - RM2000 sebulan dan kemudian kita bandingkan dengan kawan kita yang dapat RM1000 - RM1500 sebulan.
(gambar hiasan je ni)

Memanglah "rasa bagus". Tapi bila saya kenali mereka yang berniaga dan berjaya melalui perniagaan mereka, mereka bukan sahaja mempunyai bracket pendapatan ratusan ribu ke jutaan ringgit setahun tetapi mereka ada masa yang berkualiti dengan keluarga mereka. Mereka banyak buat sumbangan wang serta khidmat masyarakat serta mereka ada masa untuk solat berjemaah dan mengaji kitab. 
Of course ada yang kaya tapi tiada masa untuk keluarga, tiada masa untuk ke masjid dan tidak menyumbang kepada masyarakat. Bukan orang kaya sahaja, mereka yang tak kaya pun lagi ramai macam tu. 
Point saya adalah, ini hidup kita dan kita sebenarnya ada pilihan untuk tentukan hidup bagaimana yang kita mahu bina... yang terbaik untuk dunia dan akhirat kita. 
Ini soalan yang saya cadangkan. Anda tanya kepada diri sendiri dan ini mengambil assumption bahawa sekiranya Allah SWT berikan anda kesihatan dan umur yang panjang sebagaimana doa anda setiap kali lepas solat, adakah kehidupan anda hari ini semakin hari semakin mendekati kebebasan masa dan wang agar anda mempunyai masa untuk-Nya? 
Jika ya, baguslah. Jika tidak, pastikan ia menjadi antara agenda utama anda tahun ini iaitu untuk belajar bagaimana untuk merancang agar anda "on-track" mencapainya segera. Jangan tunggu pencen baru nak ada masa dengan keluarga atau Tuhan kerana waktu itu belum tentu sampai.
Berapa ramai hari ini sibuk kerja tetapi gaji masih tidak cukup dan tiada masa serta tidak mampu memberikan kehidupan yang tenang kepada keluarga? Rumah pun tidak mampu nak beli. 
Sebab itu, antara solusinya adalah mempelajari ilmu berniaga, ilmu pelaburan yang sebenar serta ilmu pemasaran kerana ilmu-ilmu ini telah terbukti berjaya membebaskan ramai daripada belenggu makan gaji dengan mencapai kewangan yang kukuh dalam masa yang singkat serta bebas masa. Of course semuanya juga mudah apabila ada perhubungan yang bagus dengan Allah SWT yang Maha Berkuasa.
Ikutilah prinsip ini D.U.I.T.SDoa, Usaha, Ilmu, Tawakal & Strategi
sumber diubahsuai daripada: emel Dr. Hj. Azizan Osman

Fajar dan senja, timur dan barat

Fakta-fakta menarik #2

#YouAsk : tentang Mesir (1)

$
0
0
✿...السلام عليكم✿


Dah lepas 3-4 bulan barulah terhegeh2
nak jawab kan? itulah anies namanya.
kalau tak lambat tu, bukan laa anies 
namanya ;-) tapi, janji punya pasal,
better late than never kan? kan?

anies ada beritahu, anies memang sengaja
biarkan semua soalan2 'tergantung tak bertali'.
why? sebabnya anies nak 'bateri blog' ni terus
bernyawa. kata lainnya, ada laa idea nak
dikongsi kat blog ni. so, jangan laa marah
kalau2 sebelum ni anies wat donno je bila
yu ols ajukan soalan..

oh, ya! sebelum terlupa... jawapan yang
anies berikan ni adalah berdasarkan info, 
cakap2 daripada kak ngah, pengamatan 
dan pengalaman sepanjang berada kat
sana. just assumed, ni cuma extra info
terutama bagi mereka yang ada plan 
nak pergi ke Mesir. tu je... tak lebih dan
tak kurang. kalau ada tersilap info, etc.
minta maaf laa banyak2 ya!

so, meh kita tengok anak siapa laa yang
rajin bebenor bertanya ni...

alasan / tujuan utama ke Mesir ni adalah disebabkan majlis konvokesyen kak ngah. entry nyer ada kat SINI. so, memang tak ada kaitan pun dengan kerja. tinggalkan kerja ada laa...

waalaikumussalam. sejujurnya, sebelum ke sini... aniestak teringat / terfikir langsung apa yang sedang berlaku kat Mesir. yang anies tahu, diorang dah nobatkan Al-Sisi sebagai presiden baru. jangan tak percaya, Dataran Tahrir yang penuh 'pancaroba' tu juga termasuk dalam wishlist tau! Alhamdulillah... sepanjang berada kat sana, suasananya aman... macam tak ada apa2 yang berlaku... tentera or polis yang berlegar2 tu, memang ada. pesan anies, kalau yu ols ternampak diorang, jangan gatal tangan nak snap gambar ya! B.A.H.A.Y.A!! yu ols mungkin akan ditangkap kerana disyaki sebagai pengintip!

FYI, Mesir adalah negara yang mengalami 4 musim. bezanya, pada bulan Januari baru ada salji. tu pun hanya tempat2 tertentu seperti kat puncak Gunung Sinai. tapi, kalau yu ols planning nak melawat Mesir, penghujung September - November adalah masa terbaik walaupun cuaca sedikit sejuk pada sebelah malam.



tentang makanan pulak, kalau nak duduk lama, elok masak sendiri laa... jimat pun ya. orang Mesir ni suka makan roti dan yu ols akan dapati bakery is everywhere! dalam satu kawasan, sekurang2nya ada 3-4 buah kedai roti! tu tak kira lagi yang jual roti atas motor, tepi jalan, etc. kalau makan nak nasi, mostly ada kat restoran2 terpilih. tu pun tengok dulu laa... apa menu yang mereka hidangkan. seperkara lagi, insya-Allah semua bahan makanan kat sini HALAL. (97% penduduk Mesir adalah muslim)

kebetulan kedai kek ni tak jauh dari rumah kak ngah. apa lagi... rugi laa kalau tak beli.
kek ni ada 2 rasa. sebelah coklat and sebelah mangga. memang menjilat jari! terbaekkk...


dua2 makanan ni kami makan kat restoran. saja nak rasa makan kat resto mahal. memang terbaiklah esp. nasi / beras yang diorang guna ni... rasa nak tambah lagi!! 

yang ni sebenarnya sebagai extra info je. kat Mesir, orang Islam bercuti pada hari Jumaat manakala orang Kristian pula bekerja. kalau hari Ahad, giliran orang Kristian pula bercuti manakala orang Islam bekerja. 

soalan ni berkait dengan entry Tasik Qarun. boleh baca kat SINI. untuk pengetahuan Salbiah M dan kawan2 yang lain, kebanyakan travel anies kat Mesir ni menggunakan van yang dipanggil tranco. kecuali dari Kaherah ke Iskandariah. kami menaiki keretapi.

masih tentang entry kat Tasik Qarun. mmm... kalau harta tu timbul, anies amik then buat lelongan. boleh jadi jutawan mi segera maa... hahaha... acah je..

tasik Qarun @ AL-Fayyoum. destinasi wajib pergi kalau dah sampai Mesir...

sepanjang berada kat sana, matahari memang memancar terik. tapi percayalah, sikit pun tak rasa panas. yang ada cuma udara yang amat sejuk. tak percaya? boleh tengok pic2 yang anies attached dalam setiap entry. kalau tak pakai sweater, kardigan mesti ada. sejuk woo... 

yap, itulah yang dikhabarkan oleh ustaz yang turut serta bersama2 kami. andaikata tasik tu seluas negeri Melaka, maka sebesar dan sebanyak tu la juga milik Qarun. dan sampai ke hari ini, tiada siapa yang mampu menandingi nikmat yang Allah SWT berikan kepada Qarun itu. sayangnya... harta2 itu membuatkan dia semakin kufur kepada-Nya...


okey, setakat ni je dulu ek... nanti
anies sambung lagi... insya-Allah. 

terima kasih kepada yang sudi bertanya... 
Viewing all 1647 articles
Browse latest View live