✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Lama weiiiiii tak dapat kad raya since teknologi semakin maju yang mana kad raya sekarang diganti dengan e-card. canggih tu... memanglah canggih. tapi yang nama nostalgia ni, mana nak beli, kan?
kalau dulu zaman kanak-kanak, even dengan kawan meja sebelah (kat sekolah) pun boleh dapat kad raya. siap letak bawah meja. then, di akhir kata-kata mesti ada pantun 2 kerat:
"pecah kaca pecah gelas,
sudah baca harap balas."
tak pun... dengan pantun ni:
"pecah kaca pecah tong,
lepas baca harap gantung."
😂😂😂😂
yang paling best adalah, dapat kad raya ada lagu/bunyi. tapi bukan semua boleh dapat. yang ada boyfriend/girlfriend pun belum tentu dapat. hahaha...
bila dah dapat, beberapa hri sebelum raya maka bermulalah sesi menggantung/menghias kad raya di ruang tamu. macam-macam cara, macam-macam design. paling malas, letak kad raya bawah alas meja. hahaha...
kalau rajin, siap cari ranting dan masukkan dalam pasu. then gantung kad raya macam pokok krismas hahaha... see... nostalgia, kan? zaman sekarang ada buat lagi ke?
btw, terima kasih banyak2 kepada shida kerana mengembalikan nostalgia tu. harap2 ada rezeki anies kelak untuk hantar kad raya buat semua. bila tu? entahlah...
oh ya... mungkin ada yang tertanya-tanya (ya ke?) macam mana boleh dapat kad raya ni? sebenarnya anies ada join GA anjuran shida tempoh hari. dan para peserta GA tersebut akan memperoleh kad raya. haa jangan tak tahu... shida ni ambil tempahan untuk buat kad raya, tau!
so, macam biasa untuk korang yang nak berkenalan dengan blogger dari Perak ni, sila klik kat SINI ya. haa... tunggu apa lagi? pergi follow cepat!
okey tu jelah perkongsian untuk hari ni. BW tak habis lagi... kerja banyak lor... almaklumlah lepas ni nak cuti panjang hehehe...
thanks 4 reading...
daaaa