Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1683

Salam Aidilfitri, Salam 1 Syawal

$
0
0
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Alhamdulillah, hari ini kita sama-sama dapat meraikan 1 Syawal  yang ditunggu-tunggu setelah selesai menjalani ibadah puasa.

sekali lagi, tahun ini.... suka atau tidak kita terpaksa meraikannya dalam suasana yang masih dibelenggu oleh pandemik yang tak diketahui bila akan berakhir.

kepada seluruh rakyat Malaysia, bersabarlah kerana anda tidak tidak berseorangan meraikan Aidilfitri ketika PKP (MCO / Movement Control Order) ini.

memang perit bila 2 kali Syawal beraya dalam suasana sebegini. jauh dari keluarga, tak boleh rentas negeri dan pelbagai SOP harus dipatuhi meskipun sekarang adalah saat yang sepatutnya kita bergembira.

tapi dalam pada itu, kita seharusnya bersyukur jika nak dibandingkan dengan saudara kita di Palestin yang bukan saja tak dapat meraikan 1 Syawal, malah terpaksa berdepan dengan situasi hidup dan mati demi mempertahankan negara dan agama.

marilah kita sama-sama menadah tangan kepada-Nya agar mereka beroleh kemenangan. Hasbunallahu wanikmal wakeel.

akhir kalam, anies menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf atas salah silap dan keterlanjuran kata sama ada disengajakan atau tidak sepanjang kita mengenali di dunia maya ini atau di dunia sebenar.

minal i'dil wal faaizin buat semua sahabat maya sama ada di Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapore, Turki... dan di seluruh dunia😊



Viewing all articles
Browse latest Browse all 1683

Trending Articles