Umum mengetahui Sultan Johor merupakan antara ‘collector’ kereta terkenal di Malaysia yang memiliki pelbagai jenis kenderaan klasik dan moden selain dijaga rapi dalam garajnya.
Semalam, DYMM Sultan Johor hadir ke majlis perasmian Pembukaan Penggal Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri Johor Ke-14 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, Johor Bahru.
Kehadiran baginda bersama DYAM Tengku Mahkota Johor (TMJ) ke majlis tersebut telah mencuri tumpuan ramai apabila melihat baginda dan anakandanya menaiki kereta jenama Genesis yang rare dan jarang ditemui atas jalan raya di Malaysia.
Genesis G90L merupakan kereta limosin mewah yang dihasilkan oleh pembuat kereta mewah dari Korea yakni Genesis. Jenama tersebut merupakan division kenderaan mewah untuk Hyundai Motor Group sejak 2015.
Model limosin mewah ini baru sahaja diperkenalkan di Korea pada awal bulan Julai lalu dan hadir dengan dua fungsi standard iaitu ‘Genesis Adaptive Control Suspension’ yang mengutamakan keselesaan penumpang dan ‘Intelligent Front-Lighting System’ yang dapat mengawal lampu hadapan secara automatik.
Jika pemilik limosin mewah ini mahu tampak lebih bergaya, Genesis memberikan pilihan untuk upgrade rim tayar menjadi saiz 19-inci.
lebih menarik lagi, model Genesis G90 hadir dengan edisi khas ‘G90 Stardust’ yang hanya dihasilkan sebanyak 50 unit sahaja untuk pasaran Korea. Interior design kereta ini menggunakan material kulit dua-tona dan metallic pore Ash wood untuk menambahkan eksklusiviti limosin mewah ini.
Melihat reka bentuk yang eksklusif dan premium, tidak hairanlah DYMM Sultan Johor memilih model kereta dari Korea ini dan menjadikannya kenderaan rasmi untuk menghadiri majlis-majlis rasmi.