Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

1st dose vaccine ✔

$
0
0
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Tengah syok syok main games sementara tunggu pukul 9.00 pagi tadi, tiba-tiba ada call in.


staf PPV: hello, ni Cik Anies (bukan nama olok-olok😆) ke?

aniesya, saya.

staf PPV: saya ABC dari Pusat Pemberian Vaksin XYZ. boleh tak cik datang sini sekarang?

aniestapi... turn saya pukul 3.00 petang nanti.

staf PPV: tak apa datang je sekarang. sebab orang tak ramai.

aniesoh, ya ke? ok baik. saya datang sekarang.


then, apa lagi... melompatlah anies capai tuala and mandi😆😆😆 nasib baik dah siap iron baju dan tudung malam tadi (niat nak melaram macam Che Ta)

lepas sarapan, terus drive ke PPV. sampai kat parking PPV, anies tengok kemain banyak kereta bersidai tepi jalan. maknanya ramai oranglah, kan? 😆😆😆 kena scam ke apa ni?

ah, tak kisahlah. janji hari ni mesti dapat vaksin. kalau kena tunggu pun anies okey je. lagi pun tak ada hal penting hari ni sampai nak rushing bagai. lainlah kalau dia postponed date. mahu aniesbako PPV ni nanti😆😆😆dahlah nak dapat turn cucuk vaksin ni kemain lama!

lepas dapat kad nombor giliran, anies terus cari bangku. sementara tu, kedengaran anggota RELA panggil one by one masuk ke dalam PPV.

kad angka giliran. haa... ini nombor ahh ada manyak ong! mau tikam kah?😆😆😆

dari satu stesen ke stesen lain, akhirnya sampailah turn anies. nurse tanya, nak cucuk belah mana. anies jawab kiri. tak sampai 10saat, dah selesai. Alhamdulillah.

kat stesen 4, tunggu turn untuk update apps MySejahtera pula. masuk stesen 5, dengar sedikit taklimat tentang simptom-simptom yang mungkin dihidapi penerima selepas dicucuk vaksin. sebelum tu, date untuk next appointment siap diberi.

selesai semua, terus keluar PPV. next, tempat yang dituju tak lain tak bukan adalah photo booth😆 mestilah nak rakam kenangan kan... lagi pun bukan tiap-tiap hari kena cucuk vaksin😆😆

lepas ni boleh balik kampung Liverpool! yahooo...


jom main teka-teka! 
korang rasa, anies dapat vaksin apa?

a) AstraZaneca
b) Sinovac
c) Pfizer
d) Sinopharm

masukkan jawapan korang kat ruang komen di bawah ya👇👇peneka paling tepat & terpantas akan menerima saguhati. all the best, guys!😎

thanks 4 reading
daa

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Trending Articles