Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Sakitnya Mencintai 1 & 2

$
0
0
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Sinopsis buku 1:

Perkahwinan Aleeya dan Azriel sangat bahagia meskipun mereka masih belum dikurniakan cahaya mata. suatu hari sewaktu berada di KLCC, Aleeya ternampak Azriel bersama seorang wanita. lalu Azriel memperkenalkan wanita tersebut kepada Aleeya sebagai rakan sekerjanya.

beberapa hari kemudian, Azriel memberitahu Aleeya yang dia mahu ke Seremban kerana urusan kerja. selepas Azriel keluar, Diana; kawan Aleeya mengajaknya ke shopping mall.

setiba di sana, Aleeya terkejut kerana mendapati kereta suaminya terparkir di situ. tanpa banyak fikir, dia terus menelefon Azriel dan lelaki itu memberitahu yang dia sudah berada di Seremban! kata-kata itu membuatkan Aleeya tak senang duduk hinggalah dia kembali ke rumah.

sebaik melangkah masuk, tiba-tiba telefon bimbitnya berdering.

"Kak, abang Azriel kemalangan!"

panggilan telefon daripada adik ipar mengejutkan Aleeya. lantas dia terus ke hospital. setiba di wad, dia menerima kejutan kedua. rupanya bukan Azriel seorang sahaja yang cedera. malah ibu mertuanya turut terbabit sama! namun kecederaan yang dialaminya tak seteruk Azriel.

kejutan ketiga muncul apabila Aleeya mendapati ada seorang wanita lain terbabit dalam kemalangan tersebut dan wanita itu dikenalinya beberapa hari lepas ketika berada di KLCC!

"Ya, Azriel akan berkahwin dengan Marina!"

dalam keadaan dahi berbalut, sempat lagi ibu mertuanya menjerkah Aleeya. empat kejutan dalam tempoh tak sampai 5 jam itu benar-benar merobek hati dan perasaan Aleeya.

mampukah dia meneruskan kehidupannya selepas ini? adakah Azriel akan menikahi Marina kerana alasan zuriat?

novel ni hadir dalam box set


Sinopsis buku 2:

Bukan mudah untuk Aleeya menerima Hariz dalam hidupnya. dia tahu status dirinya pasti memberi tanggapan buruk lebih-lebih lagi dengan kedudukan Hariz sebagai peguam dan anak orang ternama.

telaannya benar. ibu mertuanya tidak menyenangi kehadiran Aleeya dalam hidup anak tunggalnya. pada suatu hari, tanpa diduga Datin Seri Adila muncul di pintu rumah Hariz.

"Aku nak jumpa anak aku!" tegas Datin Seri Adila.

"Mama, ni bukan caranya! kalau mama marah sekali pun cara ni takkan selesaikan masalah!" balas Aleeya yang ternyata tidak puas hati dengan kedatangan mamanya secara mengejut.

namun situasi itu sebaliknya telah membuka mata ibu mertua Aleeya. namun belum reda satu keadaan tiba-tiba nama Hanna muncul antara Aleeya dan Hariz.

"Dia pernah jadi girlfriend you?" soal Aleeya.

Hariz tak mengerti apa sebenarnya yang bermain di fikiran Aleeya. dia akui, Hanna merupakan antara calon isteri yang dicadangkan ibu bapanya. hubungannya dengan Hanna memang baik tapi semua itu kisah lama yang telah dilupakannya.

alasan yang diberi Hariz sukar diterima Aleeya. konflik bertambah rumit apabila Zariel muncul dan menuntut semula janjinya dengan Hariz.

Aleeya yang tersepit antara konflik dua lelaki, tak mampu berbuat apa-apa kerana pada masa sama dia baru mengetahui siapa sebenarnya Datin Seri Adila.



review:

novel ini adalah hasil penambahbaikan daripada novel karya Hani Fazuha (HF) terdahulu yang berjudul Sakitnya Tuh Di Sini.

jadinya, sebahagian jalan cerita novel ini anies dah sedia maklum. senang cerita, HF telah 'meluaskan dan menambah'plot cerita hingga terhasil 2 buah novel (combo set).

sejujurnya, anies agak sedikit kecewa dengan keadaan ni. sebagai peminat HF, anies memang sentiasa menantikan buah tangan terbaharu beliau. jadi bila dapat tahu yang novel ni di 'upgrade', anies hanya mampu mengeluh sajalah. nak tarik balik order pun dah tak guna.

sebelum ni, kalau HF keluarkan novel 'upgrade' macam ni, anies takkan beli. anies sanggup tunggu novel baru. tapi tak apalah. anggap sahaja pembelian novel ni sebagai sokongan kepada HF agar beliau terus berkarya lebih baik lagi pada masa hadapan.

penulisan dan idea yang HF garapkan novel ini memang terbaik. kali ni lebih banyak memainkan perasaan pembaca. cuma kalau perangai Aleeya tu lebih agresif, lagi best kot novel ni? sebab anies tak suka watak heroin lembik lembik atau pasrah je. bosanlah! cliché sangat. 

so untuk novel ni, daripada ★★★★★ anies bagi ★★★ 1/2

kalau korang berminat nak beli novel ni, sila klik link INI ya.


thanks 4 reading...
daaa

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Trending Articles