✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Hari ni Jumaat pertama Ramadan. so apa khabar puasa kalian?
>>::<<
well... nak cakap siap-siap! ni cerita 2 tahun lepas. biasalah... anies dan cerita lapuk & basi memang serasi bersama. kalau korang sudi nak baca, anies ucapkan terima kasih banyak-banyak. kalau tak, korang boleh skip terus ya.
cerita jalan-jalan ni bersambung dari entryINI. jemputlah baca ya.
p/s Ninh Thuận adalah satu daripada wilayah (province) di Vietnam.
>>::<<
dari ladang teh, bas yang kami naiki terus bergerak menuju ke suatu destinasi yang kami sendiri tidak ketahui. sepanjang perjalanan yang memakan masa hampir sejam dengan kelajuan 60KM/jam, kami dihidangkan dengan pelbagai pemandangan desa yang mengasyikkan.
dari gunung-ganang ke sawah padi. dari rumah penduduk kampung hingga ke pekan kecil, kami menyaksikan suatu keadaan yang pastinya tiada di tempat lain.
tengah syok syok layan pemandangan sawah padi, tiba-tiba bas membelok masuk ke lorong kecil. dalam hati cakap, "ceruk mana kitorang nak pergi ni?"
belum habis berfikir, kedengaran enjin bas dimatikan. anies perhatikan di sebelah kanan ada sawah padi manakala ada bangunan seperti sebuah kilang di sebelah kiri.
bila seorang demi seorang turun dari bas, anies pun ikut serta. kami berjalan masuk ke bangunan yang dikatakan kilang tadi. setiba di suatu ruangan luas, masa tu baru kami tahu, rupanya kami sekarang berada di ladang anggur!
dia punya excited tu memang tak boleh bawa bincang. selepas diberi penerangan oleh pihak kilang, kami terus tuju ke belakang bangunan.
speechless! ternganga! terkagum! terkesima! ladang anggur yang sangat besar dan luas manakala anggur-anggur yang sedang ranum terjuntai-juntai dan menunggu masa untuk dituai! jadi gila sekejap bila tengok keadaan tu. tak cukup kamera, handphone pun kami guna untuk selfie dengan anggur. 😂😂😂selain anggur, mereka juga ada menanam buah-buahan lain tapi jumlahnya tak sebanyak anggur.
dah puas jelajah ladang anggur, kami pun masuk semula ke dalam bangunan kilang. pihak kilang ada menyediakan kudap-kudapan yang diperbuat daripada anggur.
lepas makan, kami beli sedikit oleh-oleh. apa lagi kalau bukan anggur! harga sekilo, kalau convert to RM lebih kurang RM8 je. anies tengok, masing-masing (ahli rombongan) macam dah lupa daratan bila beli anggur berkilo-kilo. macam laa tak ada anggur lagi dah kat Malaysia tu! 😂😂😂😂
selesai membeli, kami pun naik bas semula dan bertolak ke destinasi seterusnya. ke mana? nanti anies sambung...
sebelum tu, jom layan gambar-gambar yang sempat anies snap ni. enjoy!
inilah kilangnya (main entrance). depan kilang ni ada sawah padi. gambar ni anies pinjam dari sini (credit photo) sebab hari tu tak sempat nak snap untuk simpanan sendiri
jom turun ke ladang! masa ni tangan gatal je nak petik. tapi tu laa... pihak kilang tak benarkan sebab diorang nak tuai buah ni tak lama lagi. tak bagus laa kan bila jual nanti buah dah 'tak cukup sifat'😂😂😂
kalau korang datang sini, hati-hati melangkah ya sebab tanah kat sini sedikit berlumpur dan licin. kalau tak nanti boleh jatuh tergelincir.
acu bayangkan anggur-anggur ni ada kat belakang rumah korang😂😂😂
atas kepala je. kalau terhantuk confirm tak benjol😂😂😂
kawasan ni baru lepas tuai anggur...
kawasan anggur hijau...
ni anggur kategori mahal dan ditanam berdekatan kilang. i don't know why ditanam dekat dengan kilang. mungkin senang pantau kot? lazimnya anggur macam ni berbentuk bulat, besar, seedless dan manis.
posing... jangan tak posing. kalau tak ada orang nanti kita rembat anggur bawa masuk beg😂😂😂 korang tengok laa kat belakanganies tu... pokok anggur je semata. nak tawaf ladang ni dalam masa sejam memang tak sempat.
masih belum move on. geram betul dengan anggur-anggur kat sini. eee!!!😂😂😂
di sinilah kami berkumpul sebaik tiba di kilang dan selepas menjelajah kebun anggur. besar betul kawasan ni. tempat proses anggur di belakang anies (ambil gambar). nampak tak ada orang berkumpul kat kaunter tu? kat situlah kaunter jual oleh-oleh.
ahli rombongan tengah rancak berborak sambil jamah kudap-kudapan yang disediakan pihak kilang untuk tetamu mereka. antara kudap-kudapan yang ada adalah asam jeruk anggur, candy anggur dan juga jus anggur.
video kat ladang anggur ❌
video kat luar ladang anggur ✔️
okey, tu jelah perkongsian cerita basi yang tak habis-habis lagi😂😂😂 kalau korang ada soalan fasal ladang anggur ni, drop je kat ruangan komen. nanti anies cuba jawab.
thanks 4 reading
daaa