✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Kepada kawan-kawan yang meraikan hari penuh bahagia ini... tak kira di mana kalian berada... di kesempatan ini anies ingin memohon ampun & maaf, zahir dan batin atas salah silap sama ada yang dilakukan secara sengaja atau pun tidak sepanjang kita 'bersua' di alam maya ini.
anies tahu ramai yang gembira dapat berhari raya bersama keluarga tercinta setelah hampir 2 tahun kita 'dihalang' beraya kerana pandemik.
namun Syawal ini bukan bermakna kita bebas daripada virus tersebut. ia masih ada di sekeliling dan tugas kita, patuhilah SOP meski sebahagian SOP telah dilonggarkan.
jagalah kesihatan diri walau di mana kalian berada. makan dan minum juga berpada-padalah. ya, juadah raya memang sedap-sedap belaka. tapi bukan bermakna kita boleh telan apa sahaja. haa... nanti berat badan naik, kita salahkan penimbang pula. pada hal....😂
apa-apa pun anies harap mudah-mudahan Syawal kali ini memberi kalian sejuta sinar kebahagiaan buat semua. plus, hati-hati di jalan raya!🚗
p/s 2 tahun tak raya betul betul, kena tahun ni betul betul terkejut punya raya. bertabahlah😅
jaga diri! كل عام و أنتم بخير