Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Apa jadi sebelum dan selepas 1 Syawal 1443H?

$
0
0
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

1 Mei 2022, jam 8 malam. selepas berbuka puasa, rakyat Malaysia mula berkumpul depan TV menantikan pengumuman rasmi pengisytiharan Hari Raya Aidilfitri yang bakal disampaikan oleh Tan Sri Syed Danial Syad Ahmad, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja...

".... Maka adalah dengan ini, saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Isnin 2 haribulan Mei tahun 2022...."

serentak dengan itu maka gegak gempitalah seluruh rumah (mungkin seluruh pelusok Malaysia) kerana tak menyangka dengan kejutan ni! ditambah pula dengan dentuman bunga api di sana sini, merancakkan lagi suasana panik, 'tak cukup kaki tangan', gabra dan 1001 kekalutan yang tak dijangka!

rata-rata rakyat Malaysia dah maklum bahawa 1 Syawal bakal diraikan pada Selasa, 3 Mei. khabar angin yang bertebaran pada pertengahan puasa yang mengatakan Hari Raya jatuh pada Isnin 2 Mei disangkal pihak berkuasa dengan mengatakan bahawa tarikh tersebut terpakai bagi umat Islam yang menyambut Ramadan pada 2 April yang lalu sedangkan rakyat Malaysia mula berpuasa pada 3 April.

namun, tiada siapa dapat mengekang kuasa Allah Taala. 2 tahun rakyat Malaysia tak dapat beraya kerana pandemik. tup tup, Allah nak bagi kita berhari raya lebih awal lagi. Alhamdulillah!

meskipun sedikit panik dan kalut, anies dan family tetap teruskan persiapan raya. maka, lepas solat Isyak, masing-masing mula buat kerja. isi beras ketupat, potong daging, kupas bawang, perah santan, mengemas rumah dan macam-macam lagi. walaupun penat dan mengantuk, kami buat juga sampai selesai. 

tidur lewat di malam raya bukanlah perkara baru buat kami. kalau hari raya jatuh pada Selasa pun, kami memang akan tidur lewat kerana menunggu kedatangan kumpulan takbir dari rumah ke rumah. tapi tahun ni tak ada. mungkin pihak masjid tak sempat nak arrange program ni kerana masing-masing sibuk nak buat persiapan raya.

jam 3.00 pagi baru semuanya selesai. then celik celik mata, dah 7.00 pagi! apa lagi, melompatlah masing-masing dari katil. nak solat subuh, nak mandi, nak siapkan sarapan dan lain-lain. tepat 8.15 kami pun bertolak ke masjid untuk solat sunat Aidilfitri. dalam hati rasa terharu sebab dah 2 tahun tak menyaksikan perkara ni. seronok tengok wajah-wajah yang dah lama tak ketemu.

lepas solat, kami ziarah kubur keluarga. masa ni, cuaca amat-amat terik. anies dapat rasakan bahawa dalam tempoh 2-3 jam lagi hujan pasti akan turun. ramalan tu tepat belaka! jam 11.30 hujan pun turun mencurah-curah. tapi, semua tu tak menghalang jiran-jiran, sanak saudara datang bertandang. fuh!

sekali datang, bukan seorang dua. 15 - 20 orang serbu rumah! tuan rumah memang tak duduk diamlah. bukan setakat sediakan juadah, basuh pinggan, masak makanan baru antara perkara yang anies yakin, semua rumah-rumah di Malaysia (pernah) mengalami perkara sedemikian. betul tak?

lepas hujan turun, kami tak putus-putus terima tetamu. niat nak melaram, OOTD ke hapa... semua entah ke mana. orang kata tetamu tu bawa rezeki. tambah pula lama tak bersua. jadi, sampai ke malam jugalah kami layankan tetamu yang hadir meski kepenatan dan mengantuk.

okeylah, tu jelah cerita di hari pertama Raya 2022 anies sekeluarga. raya panik or raya terkejut or raya jutjut whatever gelaran sekalipun... Alhamdulillah... kita dah selamat melaluinya. upacara ziarah menziarahi termasuk attend open house akan bermula minggu ni. fuhhh... selamat kawal nafsu makan everyone.... 😂😂😂

p/s raya kalut korang macam mana? jom share!

lepas sahur, kami dah start anyam ketupat. tapi bila dengar raya jatuh pada Isnin, maka kelam-kabutlah kami cuci beras dan keringkan sebelum dimasukkan dalam sarung ketupat. selesai isi beras, terus rebus malam tu juga.

apalah erti rendang kalau tak ada serai. syukur depan rumah ada pokok serai. kalau tak ada memang kalutlah nak pergi kedai. anies confirm, Ahad malam Isnin tu sesak kedai runcit dengan para pengunjung.

ni just untuk tambah bawang sedia ada je. kalau kena masak lauk lain, at least dah ada bawang. 

pagi 1 Syawal... sambil dengar khutbah Hari Raya, sempat lagi snap gambar haha...

sempat lagi kami 'berwefie' lepas solat raya... p/s tahun ni baju raya pun anies beli last minute. pakai tudung lama je. nak beli tudung baru, tak 'kose' laa nak jalan sana sini... penat oiii... 

thanks 4 reading... daaa

p/s jalan jalan raya a.k.a BW satu persatu...

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Trending Articles