✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Alhamdulillah... kerja-kerja BW dah selesai! fuhhh... seminggu lebih jugalah nak selesaikan 'misi' ni. sekarang dah boleh update dengan hati yang tenang. gituwww...
anies sebenarnya tak tahu nak cerita fasal apa. bila buka album hp, ternampak gambar-gambar ni. maka terhasillah satu entry😂😂😂😂
alkisah... sementara tunggu someone habis mesyuarat, anies singgah ke sini sekejap. khabarnya kafe ni viral kat Melaka sejak dua menjak. jadi, why not kita singgah pekena secawan kopi?
cantik betul design shop lot macam ni...tampak mewah.
anies sampai ketika hujan masih lebat. sebaik melangkah masuk, terus tanya staf kafe, kena order dulu atau terus duduk?
katanya duduk terus then scan QR code untuk buat pesanan. anies ni, kalau kena order guna QR code, rasa cuak sikit. sebab pertama, takut internet/wifi slow. bila jadi macam ni susah nak proceed ke payment. kedua, kalau tiba-tiba hp tak boleh scan QR code. ah sudah! masa tu juga rasa nak keluar terus!😁
tapi alhamdulillah, tak ada insiden tak diingini berlaku kat sini. smooth je. cuma masa pilih order.........!!!
mata tertancap kat price list, tercekik air liur dibuatnya. kat social media beritahu harganya antara RM7 - RM40 (kalau tak silap). tapi bila tengok sendiri, perghh boleh tahan jugalah pricey.
since datang 'nok ko suasano jah' jadi anies pilih set combo: ais latte & beef lasagna. harga: RM20.
dapat je menu yang dipesan, anies memang tak tunggu lama. terus ngap! komen fasal lasagna: sedap dan puas hati. mereka tambahkan sedikit kuah kari (i think) untuk beri kelainan pada lasagna.
untuk ais latte, sorry to say: pahit! cuma rasa kopi dan susu semata. sedikit pun tak ada rasa manis. so agak sedikit keciwa di situ.
size portion memang ngam untuk makan seorang. kat kafe ni ada menu portion besar untuk 2-3 orang makan. tapi takkan anies nak pilih yang portion besar tu kannn...
well, this is my honest review fasal makan minum di sini. mungkin ada rezeki lain nanti anies akan try menu favourite. ke... blogger NA or blogger ciktim yang nak belanja?😂😂😂
oh ya dari sesi suasana, memang syok makan and lepak2 kat sini. suasana yang tenang dan santai tu boleh buat korang makan tanpa sedar.... dah habis sepinggan.😉
ni alamat cafe:
No. 9, Jalan PNBB 2,
Pusat Niaga Seksyen IV,
Mukim Bukit Baru,
75150 Melaka.
FB: https://www.facebook.com/trulytwocafe.my/
well tu saja perkongsian untuk hari ni. thanks for reading and comment.
daaa...