✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bila dah lama tak menulis, rasa macam blur sekejap. so, next entry... nak tulis apa ya? lepas membelek-belek gambar yang ada (buat entry wajib ada gambar. kalau tak jadi 'hambarudin' je...😂😂)
cari punya cari (macam cari harta karun), akhirnya jumpa gambar-gambar masa menginap kat Skudai, Johor luaskan kuasamu. kalau tak kerana kursus, rasanya anies takkan sampai sini kot? konon nak datang ke Masai/Pasir Gudang pun, hot hot chicken shit, kan Wak Lat? 😂😂😂
okey, berbalik ke tajuk. anies menginap semalaman sahaja. tapi kenapa beria nak share fasal hotel ni?
pertama, sebab anies menginap kat sini 😂😂😂 kedua, sebab ada cerita tak berapa nak lawak yang boleh dikaitkan hotel ni.
alkisah, kawan baik anies ni, masa mula-mula pindah ke Skudai, dia bergaduh dengan suami dia. dek bengang dan marah yang teramat, dia pun lari keluar rumah. masa tu, hari dah malam, jadi dia tak ada tempat nak tuju. know know dah terpacak depan hotel ni. tanpa fikir panjang, dia terus check in.😂😂😂
korang jangan tiru perangai kawan anies ni. sebab apa? sebabnya, kalau bergaduh, korang larilah ke oversea. barulah gempak sikit. ini lari ke hotel sebelah taman/rumah. tak dramalah beb...😂😂😂
okey, okey. cerita fasal hotel ni, nak kata best sangat tu taklah. nak kata tak best tu, tak adalah sampai ke tahap tu. yang sedang sedang saja. ceh wah! berdangdut pula! pendek kata, okeylah kalau nak menginap berseorangan. bilik pun tak besar.
dari segi accommodation, toiletries dan lain-lain, emua lengkap. air paip pun laju. air cond sejuk dan part paling penting, bahagian customer service nya bagus.
disebabkan anies tiba pukul 9.00 malam, pihak hotel siap call lagi, tanya anies kat mana? dah sampai ke belum... dah macam mak-mak yang bimbangkan anak perempuannya yang tak reti-reti nak balik rumah tu 😂😂😂
oh ya dari segi kebersihan tu, anies bagi rating 3.5/5. dari segi suasana (hotel), hmm... yang ni memang nak komen. tak tahulah kenapa malam tu, ada orang sibuk bertukang. klentang klentung klentang klentung... adehh... sabar jelah. nasib baik sekejap je. kalau dia bertukang sampai pagi, memang anies pergi report polis terus 😂😂😂
hmm... nak cerita apa lagi ya? oh, fasal harga memang murah. cuma RM49 sahaja semalaman termasuk cukai SST. kalau nak cari restoran halal agak jauh sikit. nasib baik ada member yang sudi bawa pergi makan. siapa lagi kalau budak yang lari dari rumah tu laa... 😂😂😂
lokasi hotel? nanti anies share alamat kat bawah ya. mana tahu kalau-kalau korang ada urusan kat Skudai nanti bolehlah menginap kat sini.
overall rating untuk hotel ni, anies bagi ✩✩✩ / ✩✩✩✩✩
sebahagian gambar yang ada...
depan / main entrance hotel. specific parking tak ada. pandai-pandai koranglah park kereta kat mana...
ada meja - senang nak buat kerja. TV tu macam biasalah. jadi pak pacak je.
katil queen. Alhamdulillah bantal empuk. tilam pun empuk. letak kepala terus zzzz
pintu kiri - bilik air. pintu kanan - pintu bilik. ya, bilik ni memang tak besar. kalau nak besar, silalah buat hotel sendiri😂😂😂
bidet tu, pancutan air dia memang boleh bawa maut. 😂😂😂 kuat yakmat! picit sikit rasa macam nak terpelanting!
heater pun okay. tak payah adjust suhu air. sebab pengguna sebelum ni dah tolong adjust kan.
depan bilik. dah nama pun The Fern, so memang wajib ada gambar fern leaf... bukan susu fernleaf ya...
small lobby depan bilik. hotel ni adalah gabungan 2 buah rumah kedai. so tangga di tengah-tengah.
depan small lobby. bilik anies di sebelah kiri.
besar betul tangga ni bila 2 bangunan jadi satu. pintu keluar di sebelah kanan gambar.
main lobby. unik betul kerusinya kan? kaunter hotel sebelah kiri gambar.
main entrance (dari dalam hotel).
alamat the Fern Lodge:
63, Jalan Besi,
Taman Sri Putri,
81300 Johor Bahru, Johor.
No. tel: 07-556 6899
Okey tu jelah perkongsian untuk hari ni. thanks 4 reading and comment.
daaaa