Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1682

Menang cabutan bertuah utama

$
0
0
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Alkisah, mama anies pergi ke suatu majlis pada malam Deepavali lepas. dia tak tahu menahu pun fasal lucky draw ni sampailah MC majlis mengumumkan, pihak penganjur nak beri hadiah kepada pengunjung bertuah.

usai majlis, seorang demi seorang dipanggil ke pentas setelah nama mereka 'dicabut (undi)'. hadiah yang ditawarkan pada malam tu, kebanyakannya peralatan elektrik termasuklah peti sejuk.

orang kata, rezeki tak pernah salah alamat... dannn...

"manakala cabutan bertuah terakhir yang bakal membawa pulang hadiah utama iaitu sebuah LED TV 40 inci... menjadi milik.... Puan M!"

mama yang masa tu berada jauh dari pentas utama, terpinga-pinga bila MC sebut nama dia.

"kak, akak menanglah!"tegur salah seorang tetamu kepada mama.

"dipersilakan Puan M naik ke pentas untuk menerima hadiah," ulang MC lagi.

tanpa berlengah mama terus naik pentas dan ambil hadiah. dan inilah hadiahnya...

sekarang kat rumah kami dah ada 2 TV besar...😁😁 syok layan World Cup ni😁

thanks for reading.
daaa

p/s lambat BW🙏🙏

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1682

Trending Articles