✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Alang alang dah sampai Pavillion KL, moh ler kita singgah salah satu kiosk yang dah tersohor namanya di Indonesia iaitu Kenangan Coffee (KC).
tapi bila dah sampai sini, tekak ni tak nak pula minum kopi. sebaliknya nak try teh tarik panas yang diberi nama: Teh Ter-Tarik.
suasana lepas hujan memang sesuaiiii sangat kalau dapat hirup teh panas. jadi tanpa berlengah anies pun bayar: RM6.90 untuk secawan teh.
haippp!!! jangan bandingkan dengan teh tarik mamak ya... ni teh tarik hipsturrr... selera T20 punya. kite B40 ni menempel je😁😁😁😂😂
lokasi kiosk KC ni bersebelahan Foodcourt Pavilion. so senang nak cari. kalau kat tempat lain, anies tak pasti sebabnya KC ni baru je bertapak di Malaysia. mungkin 2-3 tahun akan datang, akan ada lebih banyak kiosk/kafe KC di serata negara.
so, macam mana rasa teh tarik ni? sebagai penggemar teh tarik, Teh Ter-Tarik ni kurang rasa tehnya. maksud anies, 'kepahitan' teh tu tak terasa sangat. umpama buat teh tarik guna teh uncang. haa... lebih kurang macam tu laa rasanya.
okey, tu jelah perkongsian untuk hari ni. kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang KC, klik link INI untuk baca.
thanks for reading. daaa
::p/s anies mungkin akan lewat sikit BW. harap maklong😁🙏