✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Majlis kenduri kahwin sepupu anies ni adalah kenduri paling penat pernah kami alami. sebabnya? kami tak guna khidmat katering / buat majlis kat dewan. so, dari A sampai Z... semuanya handle sendiri. but once majlis selesai, rasa lega tu tak terkata!
salah seorang mak cik anies cakap, cukuplah! ni kenduri kahwin terakhir yang buat kat rumah. lepas ni no more rewang rewang. bukan kami nak lupakan budaya rewang tapi kudrat yang ada tak mampu lagi nak buat itu ini.
kata mak cik anies lagi, orang sekarang tak macam orang dulu. boleh settle macam-macam hal. kenduri kahwin 10 anak pun, boleh relaks je tanpa guna khidmat katering. tapi sekarang... tak mampu dah. penatnya masih terasa sampai hari ni. rasa nak pergi spa atau cari tukang urut sekarang! 😂😂
well, disebabkan macam-macam kerja kena buat, jadinya gambar yang ada pun so so jelah. apa-apa pun barakallahulakuma buat sepupuku, Solehah. semoga kekal berbahagia hingga ke syurga... aminnn...
sehari sebelum kenduri - majlis nikah dilangsungkan di masjid lepas solat Jumaat.
malam sebelum kenduri - adalah suatu kebiasaan bagi kami kalau tetamu hadir sebelum kenduri sebenar. sebab masing-masing kan ada urusan...
malam sebelum kenduri - rewang: potong daging. selalunya orang lelakilah yang buat selain kerja-kerja kupas bawang. dah lama tak tengok 'scene' macam ni, kan?
pagi sebelum kenduri - tukang masak sibuk memasak juadah bersama-sama pembantunya.
hari kenduri - menu yang disediakan:
daging masak asam
ayam masak black pepper
nangka masak lemak campur perut lembu
lontong + sambal
pacelis mangga
ikan masin goreng
sambal belacan
sambal mangga
sambal tempoyak
jambu + nanas + mangga potong
minuman: oren Sunquick sejuk
fuhhh... berderet punya menu. tapi... menu yang best semuanya 'licin' sebelum pukul 1.00 pm! nasib laa... siapa datang lambat dapat tray kosong😂😂
hari kenduri - masa ni belum kemuncaknya lagi. sekitar jam 11.45 pagi ke 1.00 tengah hari... area sini memang padat dengan tetamu!
mak cik anies cakap, dia jemput sekitar 500 orang je. tapi kami rasa, yang datang lebih 500 orang!
hari kenduri - keadaan dah reda sikit tapi masih ada lagi tetamu yang bertandang.
hantaran daripada Solehah. hantaran daripada Munib terlupa nak snap 😂😂😂
pelamin pilihan Solehah. punyalah sibuk, nak bergambar dengan pengantin atas pelamin pun tak sempat.

majlis bertandang ke rumah Munib, hari berikutnya - antara 'lauk pengantin' yang disediakan untuk keluarga anies yang hadir. gambar-gambar masa majlis bertandang tak sempat nak snap sebab rushing. ada hal lain kena settle lepas tu.
okey, tu jelah perkongsian untuk hari ini.
thanks for reading & comment.
daaa...
p/s ada kejadian tak diingini berlaku pada pagi kenduri... nanti anies share. stay tuned!