Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Singapore: Gardens by the Bay

$
0
0
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

Our tour guide tak beritahu pun ke mana destinasi kami seterusnya. tapi kami tak kisah. yang penting, bukan tempat yang panas terik macam kat Merlion Park.😬

rasanya, baru seminit dua kami nikmati pemandangan sekitar, tiba-tiba kedengaran arahan daripada tour leader. rupanya kami dah sampai kat salah sebuah taman yang sememangnya tak asing lagi di Singapura iaitu Gardens by the Bay (GBTB).

tahap kepanasan kat sini terkawal sebab dikelilingi pohon menghijau (eh, macam lirik lagu sekolahku!). jadi, kalau panas cepat-cepat kami berlindung bawah pokok. 

kawasan GBTB ni sangat luas. nak jelajah dari pintu masuk sampai ke pintu belakang, sememangnya memerlukan kudrat (sila baca: lutut) yang kuat. kalau tak, sure korang akan pusing-pusing je di halaman masuk GBTB.

anies tak merayau sampai ke dalam. cukuplah dapat tengok kawasan luar je. rasanya, kalau nak berlama-lamaan kat sini, perlukan masa yang panjang. berbanding kami, masa yang diperuntukkan cuma 45 minit je. insya Allah ada rezeki kelak, anies nak datang lagi ke sini.

jadi, ni jelah foto yang ada...

sebaik saja turun bas, nilah yang singgah di mata kami dulu...

tertarik dengan pokok ni sebab besar yakmat!

tercari-cari juga... mana pangkal pokok ni...

3 daripada Silver Garden Supertrees yang menjadi ikonik kepada GBTB...

area yang diberi nama Golden Garden. anies just snap foto je. kebetulan tak ada manusia kat situ hehe

memang boleh nampak MBS dari sini. laluan (kanan - gambar) adalah laluan untuk terus masuk ke dalam taman.

macam-macam replika / patung haiwan ada kat sini...

laluan berbumbung menuju ke pintu masuk taman...

sebelum balik, sempat singgah McD. lama betul tak minum shake McD ni. dulu, macam satu kewajipan, kalau datang McD mesti beli shake. kalau beli shake mesti datang McD. sekarang dah tak ada. kalau teringin... kena pergi Singapore. ehh... tak sanggup den!😂😂

memahat memori - tanda mem besaq pernah sampai sini😂😂

okey, tu je perkongsian untuk hari ni. thanks for reading & comment.
daaa

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Trending Articles