✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Cerita basi ni bersambung dari SINI.
.
.
.
lepas sarapan, bas kami menuju ke suatu lokasi yang kedudukannya masih lagi berada dalam bandar Nha Trang. meskipun dekat (dengan restoran) perjalanan pagi tu agak perlahan disebabkan keadaan trafik yang sesak. mungkin sebab orang ramai nak pergi kerja.
oh, ya... maksud title di atas adalah: Nha Trang Trade Centre. (shopaholic abroad tu, refer kepada novel karya Sophie Kinsella) kalau korang pernah pergi Ben Thant @ Ho Chih Minh City, haa... lebih kuranglah macam tulah keadaannya. bezanya, kat sini tak ada jual kain ela atau tudung Neelofa tepi jalan (blogger Nina Mads jangan sengih-sengih!).
kat sini banyak menjual barangan keperluan harian seperti baju, buah-buahan, kudap-kudapan dan tak lupa juga, souvenir. tapi souvenir yang ada tak berapa nak best sebabnya lebih kurang sama je dengan souvenir di tempat-tempat lain (di luar Nha Trang). jadi, anies tak beli apa-apa kecuali bidai pintu.
agak lama jugalah ahli rombongan habiskan duit masa kat sini. disebabkan bosan lepas membeli belah, anies dengan mak cik duduk kat gerai jual air kelapa sementara tunggu yang lain selesai shopping.
dan macam biasa... beberapa keping foto anies sertakan kat sini untuk tatapan korang.
nilah tempatnya... agak besar dan puas jugalah menjelajah pasar ni. kalau tak percaya, cuba tanya blogger Salbiah M. dia pun pernah ke sini. tapi janganlah korang tanya entry tentang pasar ni kat dia. dia cakap, entry Dalat & Nha Trang dah tergantung sepi😂😂😂
kawasan hadapan Nha Trang Trade Centre... banyak gerai-gerai kecil menjual pelbagai jenis barang termasuk makan minum.
sebaik tiba, our tour guide terus bawa kami ke tingkat atas dan 'serbu' kedai souvenir. so, semua ahli rombongan pakat serbu kedai kecil ni. kesian pula anies tengok kedai-kedai yang lain. diorang pandang je mak cik-mak cik ni membeli belah tapi tak singgah kedai diorang...
view dari tingkat atas (ruang niaga di tingkat bawah). laluan antara kedai-kedai ni sempit. kalau orang ramai, confirm berlaga tumit!
view dari aras bawah (ruang niaga tingkat atas). kawasan di tingkat atas tak seluas aras bawah.
pergilah ke mana-mana ceruk di dunia ni. yang nama kedai pakaian, is everywhere...
yang selalu lupa daratan lepas membeli belah tu, bolehlah bertandang ke kedai ni. jangan nanti dah sampai airport baru nak menyesal sebab luggage dah membuncit😂😂😂 (p/s blogger Nina Mads: macamku kenal situasi ni)
ni cuci-cuci mata je. lepas dapat bidai dah tak cari yang lain dah. oh, ya bidai tu sebenarnya officemate anies punya. dia pernah cakap, kalau anies ada terjumpa bidai yang diperbuat daripada manik / kayu, dia minta tolong belikan. last last jumpa kat Nha Trang ko! jauh betul bidai ko ni ya, Adah!😂😂😂 bila balik Malaysia, si Adah ni cakap bidai yang anies beli tu cantik. jadi, dia minta belikan lagi. kebetulan blogger Salbiah M datang ke sini, jadi anies terus kirim duit kat dia.
dari dalam pasar, moh ler kita ke luar pasar. jom tengok apa yang ada...
macam-macam perkakasan rumah pun ada kat sini.
kawasan menjual makanan kering termasuklah pelbagai jenis kekacang. tapi kami tak borong gajus kat sini.
gambar ni ter snap tau! ingat nak share suasana kat pasar basah tapi ter snap yang ni. ya ampunnn...🤭
gerai buah-buahan memang banyak. yang geramnya, saiz buah kat sini besar-besar. nak beli tapi takut tak muat luggage😂😂😂
daaaa