✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Tak lengkap rasanya kalau ke Suria KLCC (jarang sebenarnya orang Malaysia sebut nama penuh, Suria KLCC. sebabnya, bila sebut KLCC je, ramai dah maklum apa menatangnya KLCC tu 😂😂 kalau tak singgah kedai buku ni.
tapi anies ke sini sebab nak cari majalah edisi khas sempena World Cup 2022. macam dah jadi rutin dari dulu lagi, bila ada WC, mesti nak cari majalah.
setiba di Kinokuniya, kaki terus melangkah ke rak majalah sukan. lokasinya masih sama walaupun dah lama tak ke sini.
lepas tu, sesaja merayau-rayau dalam kedai buku ni. nak tengok kalau-kalau ada perubahan yang berlaku.
yang anies perasan, ruangan belakang Kinokuniya dah bertambah besar. ada section buku-buku dari Jepun dijual di situ. anies just tengok je dari jauh. tak masuk pun.
overall, Kinokuniya masih sama macam dulu. pengunjung tetap ramai. staf pun friendly. cuma tang harga buku tu.... fuhhh... kus semangat!😂
antara foto yang ada:
main entrance...
berpinar nak pilih majalah...
buku-buku pelajaran tetap ada. teringat zaman study dulu. cari bahan untuk assignment kat sini. tapi ikut nasib laa...
Kinokuniya juga ada jual figurine. jangan tanya harga. nanti tercekik!😂
rak manga pun dah banyak/besar.
antara perubahan lain yang anies nampak adalah kekurangan novel-novelbahasa Melayu. kalau dulu, tak cukup rak buku, kat island pun penuh dengan macam-macam novel. sekarang, boleh bilang dengan jari.😢😢
stationary dan kedai buku sememangnya tak dapat dipisahkan.
teringinnn nak beli buku ni. tapi tengok harga.... fuh! tanjat gegirl😂
layan Aren Signature Coffee sebelum pulang ke pangkal jalan
okey, tu jelah perkongsian untuk hari ni. thanks for reading & comment.
daa...