✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Niat asal nak singgah Kieda Crepe HQ kat Kepala Batas, Penang. hmm... last last kat sini juga yang kami singgah.
kat sini konsepnya order dan bayar di kaunter. jadi anies pilih untuk makan nasi goreng biasa (biasa, maksudnya?😂) dengan air limau suam je.
manakala abang pula order nasi kandar berlaukkan telur goreng. ni kerana ayam goreng dah habis. yang tinggal ayam yang bersaiz besar je.
masa kami sampai, restoran penuh dengan pelanggan. mujurlah dapat tempat duduk. selesai makan, abang order murtabak daging sebab dia masih rasa lapar lagi. anies yang dah senak perut kekenyangan tu, jamah sikit je murtabak. buat raso raso.
lokasi restoran ni senang je nak cari. landmark nya Pasaraya Billion. confirm jumpa restoran ni.
suasana dalam restoran. stafnya ramai. makanan siap masak boleh dapat sebaik selesai membayar. kalau masakan panas, yes kena tunggu. tapi tak lama. dalam 10 minit dah dapat. apa pun bergantung pada keadaan.
lepas buat order kat kaunter, pelanggan akan dapat plat besi ni. makanan atau minuman akan dihantar ke meja korang merujuk nombor yang tertera. lepas dapat order, staf akan ambil semula plat ni. untuk take away, plat besinya warna merah.
air limau suam. harga RM2.20 per cup
nasi goreng biasa. sedap. rasanya dia ada campur dengan serbuk Maggi kari. masa mengunya boleh terasa macam Maggi😂 nasi ada banyak sayur. harga: RM5.00 sepinggan
nasi kandar kuah campur lauk telur goreng. bila tengok bil... RM13.90! biar betik??? kalau ada ayam goreng entah berapa agaknya.
cawangan lain kalau korang nak singgah. anies snap dari plastik pembungkus je. so far restoran ni cuma ada kat Kedah & Penang je. orang KL, sila cari nasi kandar Pelita😂
okey, tu jelah cerita makan makan untuk hari ni. cerita fasal makan yang terakhir sebelum kita melangkah masuk bulan Ramadan.
thanks for reading.
daaa