✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
ikutkan hati, nak merayau lepas kami balik dari aktiviti island hopping. tapi hujan pula pada sebelah petangnya.
jadi, dalam keadaan badan yang penat, dicampur dengan air cond bilik dan hujan lebat... maka 💤💤 semuanya sampai ke maghrib. lepas maghrib kami keluar cari makan. so niat nak merayau tu nampaknya kena tangguh dulu.
keesokan hari, lepas balik dari majlis nikah anak menakan, kami decide untuk balik ke hotel untuk berkemas. jam 12.00pm kami check out. tapi sebelum tu anies minta kebenaran daripada owner hotel untuk stay kat lobby sampai jam 2.00pm. ni kerana van yang kami tempah tu akan tiba dalam jam 2.00pm.
since kami ada masa lebih kurang 2 jam, anies decide untuk merayau-rayau seketika walaupun cuaca mendung.
deretan khemah niaga tepi jalan. cuaca masa ni agak mendung.
masa anies ke sini, wabak Covid-19 masih berleluasa. jadi suasana sekeliling agak 'muram'. banyak kedai masih tutup / beroperasi tapi tiada pelanggan. so sad. tak sanggup nak tengok muka pekerja / tauke kedai yang muram sebab tak ada pelanggan yang datang.
penduduk Semporna ni ada berbilang kaum...
walaupun bandar Semporna ni kecil tapi ia ada banyak kemudahan. tengok tu! mahkamah pun ada tau!
laluan masuk ke hotel kami (belakang KFC)
jalan raya agak sibuk kerana rata-rata pelajar baru pulang dari sekolah...
pejabat Daerah Semporna...
anies merayau sampai ke depan. laluan ni kalau tak silap boleh ke Jeti Pelancong (kePulau Mabul)
meriah betul dengan pelbagai papan tanda... menunjukkan bandar Semporna ni 'hidup' dengan pelbagai aktiviti...
merayau lagi... anies jalan kaki je.
di sini rata-ratanya bangunan kedai. bangunan tinggi tak ada rasanya even rumah flat sekalipun...
laluan menuju ke hotel... bila tengok jam, dah hampir pukul 2.00pm.
sempat beli kudap-kudapan untuk dimakan dalam van sepanjang perjalanan ke airport Tawau nanti.
van sampai di hotel tepat jam 2.00 petang. then kami terus ke airport dan tiba di sini kira-kira jam 3.30 petang. masa ni, hanya anies seorang sahaja yang balik KL. yang lain-lain sambung bercuti di Tawau selama 3 hari.
selfie sekejap sebelum masuk. pada hari tu flight anies pukul 5.00 petang. tapi delayed sebab cuaca buruk. Alhamdulillah jam 8.15pm selamat tiba di KLIA 2.
walaupun sekejap percutian ni, tapi rasa sangat-sangat berbaloi. insya Allah, ada rezeki nak datang lagi. nak pergi pulau Mabul pula. tapi... macam biasa laa... plan je. perginya belum tentu lagi😂😂
well, dengan ini berakhirlah perkongsian cerita basi anies. ke Semporna yang berlangsung pada September 2020😂 FYI, anak menakan anies tu pun dah ada anak seorang. kiranya anies dah jadi nenek laa ni huhu.
tapi ada satu khabar sedih. beberapa bulan lepas kami pulang dari Semporna, kami dapat berita mak mertua anak menakan anies tu meninggal dunia. mama cakap, syukur dapat jumpa arwah masa majlis nikah tu walaupun sekejap. al-Fatihah untuk arwah.
thanks for reading. selamat berpuasa everyone.
daaa