✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Alhamdulillah...
masih sama macam sebelum ni... terima kasih tak terhingga buat kawan-kawan yang sudi singgah ke blog yang tak seberapa ni. moga-moga ia jadi asbab untuk kita sama-sama terus menulis dan menulis dan menulis lagi.
untuk 'carta' top 5 bulan ni nampaknya ada perubahan kedudukan namun 'penguasa' takhta masih dipegang mereka-mereka yang pernah 'merajai'carta sebelum ni.
ada yang datang blog dan terus 'bom' dengan komen. ada yang datang setiap hari dan seakan 'wajib' drop komen. ada yang tunggu seminggu dua then datang dan 'harung' sekaligus.
tak kiralah macam mana sekali pun, anies tetap nak ucapkan terima kasih daun keladi. insya Allah ada masa singgah-singgahlah lagi yek!
well, macam biasa... anies kongsikan 5 top commentators untuk bulan Mei 2023. cekidaut!
menariknya top 5 bulan ni adalah: 4N 1M☝😂😂 dah macam 4W 1H pula (ingat kelas English tak?)
bulan April kedudukan nina di tangga ke 5 tapi bulan Mei, dia rampas semula kedudukan nombor 1! tak boleh nak kata apa laa kalau dia 'datang membawa bom' a.k.a bom komen 😂😂 selain blog ni, ada blog lain tak yang kena bom dengan nina? kalau ada tolong angkat CPU? nak tengok orangnya...😂
dan macam biasa... kalau korang belum follow blog nina, lepas baca entry ni tolong follow ya... kalau nak cop bakal menantu pun boleh😂😂 lariiiiikkkkk
wallaweiii... bak kata uncle Anakonda... bulan April nama blogger dari negara jiran ni tak termasuk dalam top 5. tup tup bulan Mei terus melonjak ke tangga kedua! fewwiitttt!!!
ya, Mrene Yoo ni merupakan warga Indonesia dan menetap di Lampung. haa... kepada mereka yang nak jalan-jalan ke Lampung nanti bolehlah berkenalan dengan Mrene Yoo. mana tahu... Mrene Yoo boleh bawa jalan-jalan sekitar Lampung nanti.
tapi sebelum tu kenalah follow blog Mrene Yoo dulu ya!
haaa... ni seorang lagi blogger dari negara jiran... bulan April nama Naia berada di kedudukan ke 4. untuk Mei, Naia melompat satu anak tangga di nombor 3!
peminat-peminat k-Drama ke... Chinese drama ke... anies sangat-sangat recommended korang follow blog Naia ni. dia selalu share review tentang drama dari Korea atau Tanah Besar China. selain tu Naia juga selalu share tentang buku-buku fiksyen.
so klik je link kat atas tu untuk follow blog Naia ya!
bulan April blog NA tersenarai dalam top 5 dan berada di kedudukan nombor 3. tapi bulan 4, blog NA berada di kedudukan ke 4. that's okay. ni bukan pertandingan. anies buat ni pun untuk menghargai our fellow bloggers. jangan sedih tau NA! 😁
well... sedikit ringkasan tentang blog NA... hmm ia lebih terarah kepada personal sharing. so apa sahaja aktiviti yang NA lakukan, dia akan tulis kat blog. tapi jangan risau. tak ada kecaman atau perli memerli. NA sekadar meluahkan pendapat tanpa mengaitkan sesiapa. so just enjoy her sharing, okey!
last but not least, blog yang 'tersangkut' dalam top 5 untuk mei jadi milik blogger Nur!!! untuk April, blog Nur berada di kedudukan nombor 2. tapi untuk Mei, jatuh ke tangga ke 5.
that's okey. ni bukan competition. ni just suka-suka sahaja untuk anies hargai rakan-rakan blogger. well, sedikit ringkasan tentang blog Nur ni... dia selalu share fasal aktiviti lariannya. sesuai dengan nama blognya, Kait dan Lari... jadi setiap minggu pasti ada sharing tentang 'berlari'.
so korang yang suka berlari ke... berjogging ke... brisk walk ke... bolehlah follow blog Nur ni ya!
>>::<<
so beralih kepada ringkasan performance dan sharing blog anies ni sepanjang Mei... rasanya paling banyak entry tentang makan makan.😂😂 hahaha dah macam lepas geram pula sebab sepanjang bulan puasa, entry makan makan cuma ada 2 je. bukan tak nak share tapi tu laa... bulan puasa kan... kita sama-samalah hormati bulan mulia ni ya...
cerita jalan-jalan ke Mesir belum habis lagi. rasanya bulan 8 kot baru selesai. bertabahlah...😂😂 kalau sebelum ni hampir setiap hari anies share tentang cerita jalan-jalan. tapi since tahun lepas, anies sengaja jarakkan (perkongsiannya). anies tak mahu pembaca jemu sebab asyik share entry yang sama je. kalau boleh biarlah pelbagai meskipun temanya sama.
Alhamdulillah, bulan lepas masih konsisten publish entry setiap hari bekerja. harap-harap bulan Jun ni pun kekal sama. cuma yang jadi masalah adalah BW. kadang anies ambil masa yang lama untuk BW. kadang, sehari je boleh hadap. semuanya bergantung pada waktu senggang. harap korang tak kecil hati ya kalau anies lambat BW.
well, thanks for reading. tahniah buat semua top 5. well... that's all.
daaa...