✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
bila tiada siapa beri jawapan untuk berpatah balik ke parking lot, jadi kami pun teruskan pendakian. pada masa sama pendaki lain, ada yang baru sampai dan ada juga yang sama macam kami - terus mendaki dan mendaki dalam keadaan yang sangat sejuk.
cabaran kami pada masa ni adalah mengantuk. ya betul. dah laa tak cukup tidur. kena pula mendaki dalam cuaca sejuk. rasanya sesiapa pun akan alami rasa yang sama. tapi kena lawan juga. sebab kalau tak lawan, memang pening kepala layan rasa mengantuk tu.
cara anies nak hilangkan mengantuk tu, bila berhenti, tarik nafas dalam-dalam. orang kata, biar oksigen masuk ke otak. dua tiga kali tarik nafas, mata kembali okey. tak mengantuk dah.
selain cabaran mengantuk, laluan mendaki dah jadi semakin kecil. bila anies berhenti, anies terpaksa tegakkan badan untuk bagi laluan kepada pendaki lain. kalau duduk, kita dah menghalang laluan orang. tak fasal-fasal kena marah pula nanti.
keadaan ni berterusan sampailah ke check point ketiga. sebelum tu kami ada berhenti juga di check point kedua tapi sekejap je sebab terlalu ramai orang. dan bila tiba kat sini, mama anies terus cakap kat ustaz yang dia surrender.
dia dah tak larat lagi. kata mama, ikutkan hati nak terus mendaki sampai ke check point ketiga tapi dia tak nak ambil risiko. jadi, ustaz pun bersetuju untuk temankan mama manakala ustaz seorang lagi dan juru pandu terus bersama kami menuju ke check point ketiga.
setiba di check point ketiga, kami ambil keputusan untuk solat Subuh. bila kami dah solat kat sini, ni bermakna kami dah GAGAL.
ya, kami gagal untuk solat Subuh di puncak sepertimana pendaki-pendaki Muslim yang lain. memang kecewa. tapi apakan daya. kami tak ada stamina. kami tak fit. kami berhenti banyak kali sepanjang pendakian😔😔.
(FYI, jangka masa pendakian hingga ke puncak adalah sekitar 5-6 jam. jika korang bermula jam 12.00am, maka korang akan sampai di puncak pada jam 5.00 atau 6.00 pagi = waktu Subuh)
tanpa buang masa, kami pun terus solat. wuduk kami dah ambil siap-siap sebelum mendaki. Alhamdulillah sepanjang mendaki wuduk tak terbatal. memang jaga sangat sangat!
oh ya lupa nak beritahu. bila kami tiba di check point ketiga, mana-mana yang menunggang unta atau keldai akan stop kat sini. so korang akan jumpa banyak unta dan keldai di sebelah check point hut. harap tahan hidung laa ya masa ni sebab bukan bau 💩💩 unta dan keldai je, bau hamis haiwan ni pun sama.... menusuk hidung😂😂
anies bercerita dengan gambar laa ya!
lepas solat, kami teruskan pendakian. sedar tak sedar suasana sekeliling dah berubah. cepat betul waktu berlalu masa tu. bila kami toleh belakang, scenery ni laa yang kami nampak... kalau tak silap masa ni kami berada di ketinggian 1000++ meter...
sampai di suatu tempat, laluan pendakian berubah yang mana kami akan melewati celah-celah gunung. jadi kalau yang naik unta / keldai untuk sampai ke puncak, hal ni tak boleh berlaku serentak kerana laluannya sangat sempit.
masa ni tinggal anies seorang je kat belakang. cousin semua dah ke depan. tak larat dah diorang nak tunggu anies yang asyik berhenti je tu. hahaha...
berhenti sekejap nak snap scenery ni... cantik kan? ya betul... Gunung Sinai ni dikelilingi batu-batu... dan tak mustahil ya... kalau batu-batu yang membina Piramid tu, diambil dari Semenanjung Sinai suatu ketika dahulu...
berhenti lagi. tak ingat dah masa ni kat paras ke berapa... nak posing lawa-lawa nan hado...kepala fikir penat je 😂😂
sampai di suatu tempat... laluan semakin sukar untuk menuju ke puncak. banyak batu dan setiap pendaki wajib berhati-hati. masa ni, ramai yang belum tiba ke puncak. so dalam hati anies cakap, nampaknya bukan anies seorang jelah yang tak mampu tiba di puncak pada jam 5.00 pagi😂😂
macam ni laa laluannya. ada yang cakap, batuan macam ni pihak berkuasa dah betulkan. sebelum ni takkan jumpa laluan bertingkat seumpama ni. tapi demi keselamatan dan keselesaan pendaki, mereka baiki laluan ni. anies tak sure sama ada mereka simenkan batu-batu ni atau tidak... sekali tengok macam tak ada sebarang perubahan dibuat ke atas laluan ni...
seram tak tengok laluan ni? masa mendaki ni, satu benda yang anies set dalam kepala. jangan toleh belakang. sebabnya kalau toleh, kita akan rasa ngeri / kecut-perut. snap gambar ni pun masa dah nak turun ke bawah...
anies tetap teruskan pendakian walaupun cousin semua dah tinggalkan anies kat belakang. kelibat ustaz dan juru pandu pun entah ke mana.
sambil mendaki, otak tak berhenti-henti beri semangat. "dah sampai ke tahap ni, jangan mengalah!""kalau susah, macam mana nak tahu kita ni berjaya ke tak?"dan macam-macam kata-kata motivasi bermain dalam kepala.
sampailah di suatu tempat, 2 cousin anies dah duduk berlunjur atas batu. anies tanya, "tak nak naik ke?" dua-dua menggeleng. dua-dua dah tak larat. ikutkan hati nak ikut macam diorang. tapi, desakan dari dalam suruh anies teruskan pendakian.
korang rasa anies akan sampai ke puncak tak? kalau sampai, agak-agaknya jam berapa anies tiba di puncak? stay tuned...
thanks for reading..
daaa...