✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Maaflah ya... 2 hari tak update. 2 hari juga tak BW. semuanya disebabkan demam.
pagi isnin badan dah mula sengal-sengal. belum masuk tengah hari lagi, dah 'lemau selemau lemaunya'. masuk petang, tekak dah perit.
malam pula, 8.30pm dah 💤💤. esoknya lepas bangun dan bersiap, terus bergegas ke klinik. dalam hati berdoa, janganlah sebab Covid. tekak ni memang perit ya rabbi! bukan sakit tekak yang macam nak selesema tu. ni lagi sakit.
alhamdulillah, dapat ubat dan rehat. hari ni... harapnya lebih bertenaga menyambung tugasan hakiki.
ehh... panjang pula mukadimahnya. padahal nak cerita fasal buah tangan pemberian blogger Fanny je.
macam yang anies share last week (baca di SINI) anies ada jumpa Fanny dan rakan-rakan masa diorang datang ke Melaka.
pada mulanya anies saja je bergurau dengan Fanny yang anies nak buah tangan bika ambon kalau dia datang ke Penang bulan depan. tak serius pun. saja nak mengusik.
tup tup dua hari sebelum datang sini, Fanny WA dan tanya anies, nak bika ambon flavor apa? ah, sudah... anies jadi blank sekejap. dalam hati cakap, Fanny ni biar betul?
then, masa kami jumpa sebelum balik Fanny serahkan sebungkus bika ambon! bila buka, bukan sekotak tapi dua kotak! patutlah berat semacam! aduhhh jadi malu pula anies dibuatnya.
then ingatkan sampai situ jelah. tiba-tiba Fanny hulur lagi sebungkus plastik. adoiii lagi bertambah segan anies dibuatnya.
haihhh Fanny ni... macam-macam laa... 😍😍
apa-apa pun jutaan terima kasih kepada Fanny atas pemberian ni. sangat sangat terharu and of coz... i like them all!!!
insya Allah nanti anies review fasal bika ambon medan ni...
buah tangan kedua... 2 helai shawl, sebotol tumbler dan dalam kotak kecil warna hijau tu, ada brooch engrave nama: anies😉
sekal lagi terima kasih tak terhingga buat Fanny atas pemberian ni. hanya Allah sahaja yang dapat membalas kebaikan ni. semoga Fanny sekeluarga sentiasa dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan terbaik dan dirahmati-Nya dunia akhirat. aminnn...
oh ya jangan lupa follow blog Fanny ya. klik je kat SINI untuk follow. buat blogger utagha, nanti dah kenal Fanny boleh laa jumpa dia kat Balik Pulau ka... nasi kandaq line clear ka... dia nak mai bulan depan tu😂
okay thats all for today. BW soon...slowly but surely...
thanks for reading...
daa